9 Tahun antara pemenang pingat Kejohanan Merentas Desa Daerah Lawas 2022

3 pingat berjaya dirangkul atlet-atlet SK Trusan dalam Kejohanan Merentas Desa Daerah Lawas 2022.

Pemenang-pemenang itu adalah Amsyar (12 Tahun), Nursyahanaz (11 Tahun) dan Arissa (9 Tahun).

Tahniah diucapkan di atas kemenangan itu.

Dan terima kasih diatas sumbangan pingat-pingat itu, di samping menaikkan nama SK Trusan.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (25 Mei 2022)

Ujian SEGAK Mei 2022

 



Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Guru2 dan AKP yang terlibat dalam pelaksanaan ujian SEGAK sebentar tadi. Atas kerjasama semuanya, aktiviti berjalan lancar dan dijayakan dengan baik.


Terima kasih


Bahagian Kokurikulum

SK Trusan

24 Mei 2022

Terima Kasih GB Suliman! Semoga Maju Jaya di sekolah baru!


Hari ini (13 Mei 2022), GB Suliman Bin Yahya meninggalkan Sk trusan setelah kira-kira 7 Tahun menemani dan memimpin sekolah ini. Murid-murid serta guru-guru sangat berterima kasih dengan beliau atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan.

TERIMA KASIH, TUAN GB SULIMAN!

Whatapps mesej daripada Mokhtar


Semoga tuan GB terus maju jaya di sekolah baru...!

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (13.5.2022)

Junior Innovate 2022: Train-the-Teacher

Hari Pertama (13 Mei 2022)
 

Peserta TTT Junior Innovate dari Lawas

Junior Innovate merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh Chumbaka bertujuan untuk mendedahkan murid-murid sekolah dengan bidang inovasi dan reka cipta. Melalui pertandingan ini, murid-murid diberi peluang serta sokongan untuk merealisasikan idea inovasi mereka dalam bentuk fizikal (robot, permainan video dan lain-lain). Dengan memanfaatkan aplikasi "open-source" seperti scratch, mblock dan raspberry PI), murid-murid adalh terbuka kepada peluang serta kemungkinan yang tidak terhad.

Walaubagaimanapun, sebelum mengajar dan menyediakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berinovasi, pihak Chumbaka melatih guru-guru terlebih dahulu dalam sesi Train-the-Trainer (TTT) ini. TTT kali ini telah diadakah di Curtin Universiti dan kami (guru-guru) tidak sabar untuk menimba dan berkongsi pengalaman serta kemahiran antara satu sama lain, dan seterusnya meningkatkan lagi profesionalisme kami dalam bidang ini.

TTT schedule