Sejarah Kami

Banjir SK Trusan 2009
 
6 Februari 2006, satu banjir kilat telah melanda SK Trusan. Air banjir telah naik ke paras kira-kira 6 kaki. Penduduk Trusan mula dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Guru-guru dan staf SK Trusan pula tanpa mengenal bahaya, bergegas ke sekolah untuk menyelamatkan harta benda sekolah seperti Buku Teks dan Fail-fail pengurusan dan pentadbiran.

Teruskan Membaca...

Sejarah SK Trusan, Lawas
 

...Sejarah awal Sekolah Kebangsaan Trusan dibina pada tahun 1942 sebelum merdeka iaitu pada zaman pemerintahan Jepun. Sekolah yang pertama dibina di kawasan kedai Trusan. Namun begitu sekolah ini telah dipindahkan pada tahun 1953 di Kampung Tengah Trusan. Bahan utama yang digunakan pada awal pembinaan adalah dengan beratapkan Daun Nipah dan Kajang serta bertiangkan “Kayu Kulim Papa”... 




Sejarah Trusan

...Setelah mendapatkan bekalan hasil persembahan dari penduduk tempatan ketika itu, beginda meminta pendapat para pegawai yang mengiringi beginda sama ada perjalanan ini diteruskan atau pun tidak. Namun para pegawai tidak berani untuk membuat keputusan dan akhirnya beginda sendiri bertitah untuk meneruskan perjalanan hingga ke hulu dan dipercayai baginda dan rombongan telah sampai hingga ke Long Tengoa sebuah penempatan yang didiami oleh suku kaum Tagel. Disitulah beginda menamakan tempat ini sebagai Trusan iaitu berasal dari titah beginda ”taruskan saja”...