Banjir SK Trusan 2009

Banjir Melanda SK Trusan
6 Februari 2006, satu banjir kilat telah melanda SK Trusan. Air banjir telah naik ke paras kira-kira 6 kaki. Penduduk Trusan mula dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Guru-guru dan staf SK Trusan pula tanpa mengenal bahaya, bergegas ke sekolah untuk menyelamatkan harta benda sekolah seperti Buku Teks dan Fail-fail pengurusan dan pentadbiran. Kemusnahan dokumen-dokumen ini akan memberi kesan kepada kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pada pukul 7 pagi, sepatutnya pengajaran dan pembelajaran mula dijalankan. namun pada hari ini, SK trusan sunyi sepi, tiada murid yang datang ke sekolah di sebabkan oleh banjir yang mula melanda. Guru-guru dan staf sampai di sekolah melihat air banjir membanjiri kawasan sekolah. Air banjir masih lagi melimpah masuk kawasan sekolah.
Guru-guru dan staf masuk sekolah


Memikirkan tentang harta benda sekolah yang bakal dimusnahkan, guru-guru dan staf masuk ke sekolah untuk melakukan operasi penyelamatan harta benda sekolah. Pada ketika ini, penduduk-penduduk di sekitar Trusan sudahpun mula berpindah daripada kawasan yang semakin di tenggelami air ini.
Usaha penyelamat
Pasukan penyelamat harta benda, mula meninggikan barang-barang yang penting ini dengan meletakkannya di atas meja dan bangku. Setelah bertungkus lumus selama kira-kira 3 jam, kerja-kerja penyelamatan telahpun siap. Namun begitu, segala usaha menjadi sia-sia apabila air semakin naik dan menenggelami barangan tersebut.
Air menenggelami barangan
Air banjir terus naik dan naik menyebabkan bot terpaksa digunakan untuk memindahkan barang-barang mustahak seperti fail-fail pengurusan dan pentadbiran.
Bot digunakan untuk pemindahan barangan
Pada pukul 2 petang air banjir mula surut. Guru-guru dan staf SK Trusan mula berasa lega sedikit. Namun, setelah air surut sepenuhnya, kesan lumpur dan tanah yang tebal telah menutupi lantai setiap pelusok SK Trusan.
Kesan selepas banjir
barangan seperti almari, kerusi, meja dan sebagainya tersepah di dalam dewan, dapur dan kelas.
Kesan banjir di dalam dapur

banjir 2009 ini dikatakan sebagai banjir yang paling dahsyat dalam sejarah SK trusan.

Gambar-gambar lain.





 



Ditulis pada: 17/6/14