Inspirasi & Kejayaan Kami

Ratu Merentas Desa Meraih Emas di Bahagian Limbang
Tahniah diucapkan kepada Nur Arissa Haziqah Binti Abdullah Effendy meraih Emas dalam Kejohanan Merentas Desa MSSB Limbang pada 16 April 2024 di Limbang.

Pencapaian: Emas (Bahagian Limbang)

...Semangat Nur Arissa amat dikagumi apabila beliau tetap gigih berlatih semasa bulan puasa bersama-sama dengan jurulatihnya, Cikgu Christina Koo yang mengorbankan Cuti Raya Aidilfitrinya semata-mata untuk melatih atletnya.

Maklumat Lanjut...

Johan Merentas Desa Perempuan 12TKB
Tahniah diucapkan kepada Nur Arissa Haziqah Binti Abdullah Effendy di atas kejayaan merangkul Pingat Emas dalam Kejohanan Merentas Desa MSSRD Lawas yang bertempat di SK Awat-Awat pada 5 Februari 2024 yang lalu.

Pencapaian: Emas Perempuan 12TKB


Maklumat Lanjut

4 prizes in a single Junior Innovate Competition
Congratulation to all 3 JI teams. It was a huge success for SK Trusan when all 3 teams were able to win a prize for themselves in the Junior Innovate competition 2023.

SUCCESS!
1 Gold, 1 Silver, 1 Bronze and 3rd Runner Up.

More Info...

Naib Johan: e-Mahrajan Asrama Sekolah Harian Peringkat Kebangsaan
Tahniah Rafiqaufa bin Rashid kerana berjaya merangkul naib johan dalam e-Mahrajan Asrama Sekolah Harian Peringkat Kebangsaan.

Maklumat Lanjut...

Gold and Silver Award Junior Innovate 2022 Peringkat Kebangsaan
Nurdina Nayliaufa & Maqdalene Janet (Gold Award) - Tahun 6
Nur Iffah Damia & Nurul Asyiqin (Silver Award) - Tahun 5

Tahun ini Pasukan "The Dreamers" yang disertai Nurdina Nayliaufa dan Maqdalene Janet telah berjaya mara ke Peringkat Sarawak di Miri pada 25 dan 26 September 2022, dan kemudiannya melayakkan diri ke Peringkat Kebangsaan pada 4 dan 5 November 2022 di Kuching. Ini secara tidak langsung telah memberi suntikan semangat dan inspirasi kepada murid-murid lain untuk mencapai kejaya seperti mereka di mana mereka berpeluang untuk menaiki kapal terbang dan melancong sambil bertanding di luar Daerah Lawas. Segala perbelanjaan semasa pertandingan adalah ditaja oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui Chumbaka.


Bronze Award Junior Innovate 2021 Peringkat Kebangsaan
Nama: Nessabyll & Mecclaren
Darjah 6 (2021)

Tahun ini merupakan satu tahun yang mencabar bagi "Junior Innovator" SK Trusan kerana mereka bukan sahaja perlu berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda, mereka juga diuji dengan banjir yang terburuk dalam sejarah Trusan.

Namun, semua ini tidak cukup untuk melunturkan semangat mereka untuk menyelesaikan latihan serta projek inovasi mereka pada masa yang ditetapkan. Daripada 3 pasukan yang didaftarkan oleh SK Trusan, hanya pasukan ini sahaja yang berjaya menyiapkan projek mereka.



Silver Award Junior Innovate 2020 Peringkat Kebangsaan
Nama: Valerie Semuil & Vivian Semuil
Darjah: 6 (2020)

Sebagai pasukan The V-Twins, mereka telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka belajar tentang "coding" dan memasang litar. mereka telah berjaya menghasilkan satu game bertajuk "Cactus Shoot" dan telah mendapat Silver Award (Top 30) dalam pertandingan ini.

Melihat video pembentangan projek mereka...                          

Juara Larian Ritma (2017)
Nama: Larry Libat Nelson
Darjah: 6 (2017)

Beliau telah berjaya meraih Emas dalam acara 80m Lari Berpagar (rekod 13.50s) dan Perak dalam acara Lompat Tinggi (1.28m). Semangat beliau semasa menyertai MSSRD Lawas ini patut dicontohi semua atlet.

Teruskan membaca...
______________________________________________


JOHAN PERTANDINGAN CATUR DAERAH LAWAS
Nama: Larry Libat
Tahun: 5 (2016)

Bakat bermain catur Larry memang tidak diragui lagi sejak beliau di Tahun 4 lagi apabila beliau memenangi johan dalam Pertandingan Catur dalam Karnival Kokurikulum dan Asrama.

Teruskan membaca...
____________________________________________________________


4x100m L12TKB terpantas Lawas (Rekod)
Nama: 1. Mohd Irfan
             2. Mohd Faizzurin
             3. Mohd Fakhruddin
             4. Afzaireziman
Darjah: 6 (2014)


Teruskan membaca...
_________________________________________________________


Most Inspiring Story Teller (2014)
Name: Mohd Syukri Bin Samari
Year: 5 (2014)

English Carnival was just around the corner. With only 6 hours of training, Mohd Syukri Bin Samari was able to end up with 1st runner up in the Story Telling Competition...


Continue reading... 
_______________________________


Anugerah Usaha Gigih (2013)
Nama: Nurhazrah bt Hali
Darjah: 6 (2013)

Beliau mula bersekolah pada umur 11 tahun dalam darjah 6. Hanya bersekolah selama 6 bulan sahaja beliau telah berubah daripada tidak mengenal huruf kepada 2A dalam UPSR...

Teruskan membaca...