Ratu Merentas Desa Meraih Emas di Bahagian Limbang


Nur Arissa telah berjaya meraih Pingat Emas dalam Kejohanan Merentas Desa Bahagian Limbang pada hari ini (16 April 2024). Semangat Nur Arissa amat dikagumi apabila beliau tetap gigih berlatih semasa bulan puasa bersama-sama dengan jurulatihnya, Cikgu Christina Koo yang mengorbankan Cuti Raya Aidilfitrinya semata-mata untuk melatih atletnya.


"Tahniah kepada Arissa jdi Johan.. nebesss excited kamiii" merupakan kata-kata Cikgu Christina semasa beliau memperoleh kejayaan itu. Diharap kedua-dua atlet dan jurulatihnya dapat terus memperoleh kejayaan di Peringkat Negeri nanti.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Penolong Kanan 1 &
Pentadbir Laman Web
SK Trusan

16 April 2024

 

Makluman: Penerbitan Jurnal Penyelidikan Tindakan dan Inovasi Bil 2/ 2024

 

Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik Sekolah Kebangsaan Trusan di atas kejayaan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Tindakan dan Inovasi Bilangan 2/ 2024 pada 21 Mac 2024 yang lepas.

Kejayaan ini merakamkan satu detik sejarah yang menunjukkan bahawa warga pendidik SK Trusan merupakan barisan guru yang kreatif dan inovatif dalam menangani isu-isu pembelajaran murid-murid di dalam kelas, serta mengamalkan budaya penyelidikan sebagai satu komuniti pembelajaran professional.

Budaya penyelidikan SK Trusan pada tahun lepas (2023) telah berjaya mendapat perhatian daripada sekolah-sekolah lain di Zon Trusan di mana terdapat beberapa sekolah yang meminta agar satu mini-kolokium diadakan supaya guru-guru di Zon Trusan ini dapat belajar serta mendapat manfaat daripada perkongsian amalan penyelidikan ini.

Oleh yang demikian, satu mini kolokium telah diadakan (atas permintaan) dengan kerjasama sekolah rakan iaitu SJKC Chung Hua Trusan. Pihak SK Trusan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SJKC Chung Hua Trusan di atas kerjasama yang diberikan selama ini. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Pihak pentadbir berharap dengan penerbitan Jurnal Penyelidikan Tindakan dan Inovasi Bilangan 2/ 2024 ini, segala penat lelah dan titik peluh guru-guru SK Trusan melaksanakan penyelidikan tindakan pada tahun lepas mendapat pengiktirafan dan penghargaan yang sepatutnya serta dapat dikongsikan dengan sekolah-sekolah Daerah Lawas Khususnya dan sekolah lain amnya.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran, Penyelaras
Kajian Tindakan dan Inovasi
& Ketua Editor Jurnal

28 Mac 2024

Fun Game: Wonderful Sea Creature!

 


Seramai 6 orang murid telah menerima cabaran JAZRO dengan menyertai pertandingan "Fun Game: Wonderful Sea Creatures) dibimbing oleh Cg. Tan Kan Tsai. Mereka telah menghasilkan permainan video/ "game" bertemakan kehidupan dalam laut. Pertandingan ini bermula pada 17 - 24 Mac 2024.

Game yang telah mereka hasilkan telah dimuatnaik dalam e-library SK Trusan untuk dikongsikan kepada semua warga SK Trusan di samping netizen semua.


Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 31 Mac 2024.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Guru Pembimbing & PK Pentadbiran
SK Trusan

21 March 2024

Taklimat Ringkas Pengungsian Bangunan



Latihan pengungsian bangunan merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua premis kerajaan. Ini adalah supaya semua warga sesuatu organisasi tahu dan cakna dengan laluan kecemasan serta dalam bergerak secara efektif ke tapak perhimpunan yang telah ditetapkan.


SK Trusan telah melaksanakan latihan dan taklimat ringkas pengungsian bangunan bersama semu warga sekolahnya pada hari ini.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
(14 Mac 2024)

Kejohanan Merentas Desa MSSRD Lawas

 


Tarikh: 5 Februari 2024
Tempat: Sekolah Kebangsaan Awat-awat

Ketua Kontinjen: Abdul Rahman bin Abit
Penolong kanan kokurikulum: Arika Wira bin Karim
Pengurus Pasukan: Tan Kan Tsai
Jurulatih: Christina Koo

Seramai 9 orang atlet telah dihantar untuk menyertai kejohanan merentas desa yang bertempat di SK Awat-Awat, Lawas. Semua atlet telah menunjukkan prestasi larian yang memuaskan di mana catatan masa menunjukkan kemajuan dari segi larian mereka setelah berlatih selama 2 minggu.



    Nur Arissa Haziqah (11 Tahun) daripada kontinjen SK Trusan telah berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan ini. Tahniah diucapkan atas kejayaan tersebut. Nur Arissa telah berlatih bersungguh-sungguh tanpa merungut sepanjang latihan dan berjaya meningkatkan tempo lariannya daripada 4.27min/km kepada 3.51min/km dalam latihan terakhirnya. Diharap Nur Arissa terus berjaya dalam peringkat kejohanan yang seterusnya.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai

Pengurus Pasukan & PK Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Trusan
7 Februari 2024


Gambar-gambar lain