Makluman: Penerbitan Jurnal Penyelidikan Tindakan dan Inovasi Bil 2/ 2024

 

Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik Sekolah Kebangsaan Trusan di atas kejayaan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Tindakan dan Inovasi Bilangan 2/ 2024 pada 21 Mac 2024 yang lepas.

Kejayaan ini merakamkan satu detik sejarah yang menunjukkan bahawa warga pendidik SK Trusan merupakan barisan guru yang kreatif dan inovatif dalam menangani isu-isu pembelajaran murid-murid di dalam kelas, serta mengamalkan budaya penyelidikan sebagai satu komuniti pembelajaran professional.

Budaya penyelidikan SK Trusan pada tahun lepas (2023) telah berjaya mendapat perhatian daripada sekolah-sekolah lain di Zon Trusan di mana terdapat beberapa sekolah yang meminta agar satu mini-kolokium diadakan supaya guru-guru di Zon Trusan ini dapat belajar serta mendapat manfaat daripada perkongsian amalan penyelidikan ini.

Oleh yang demikian, satu mini kolokium telah diadakan (atas permintaan) dengan kerjasama sekolah rakan iaitu SJKC Chung Hua Trusan. Pihak SK Trusan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SJKC Chung Hua Trusan di atas kerjasama yang diberikan selama ini. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Pihak pentadbir berharap dengan penerbitan Jurnal Penyelidikan Tindakan dan Inovasi Bilangan 2/ 2024 ini, segala penat lelah dan titik peluh guru-guru SK Trusan melaksanakan penyelidikan tindakan pada tahun lepas mendapat pengiktirafan dan penghargaan yang sepatutnya serta dapat dikongsikan dengan sekolah-sekolah Daerah Lawas Khususnya dan sekolah lain amnya.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran, Penyelaras
Kajian Tindakan dan Inovasi
& Ketua Editor Jurnal

28 Mac 2024