Tentang Kami

Pengenalan:
Sekolah Kebangsaan Trusan merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Lawas. Sekolah ini mempunyai punyai 8 buah kelas iaitu 1 kelas setiap darjah dan 2 kelas prasekolah.






Visi Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Trusan Cemerlang Dalam Akademik Dan Kokurikulum.

Misi Sekolah:
Misi sekolah ialah berusaha untuk:

  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan murid
  2. Mencapai dan meningkatkan prestasi kokurikulum.
  3. Mewujudkan suasana bersih dan ceria yang berterusan
  4. Mewujudkan dan mengamalkan pentadbiran bersih, cekap dan efisyen.


Logo Sekolah:

Motto Sekolah:
Berakhlak, Berilmu dan Berbakti.

Music Sekolah


Lirik Lagu Sekolah
(Chorus)
To our school we sing and praise,
To you our hearts are true,
For the future we have given hope,
And we, forever thank you,

The name is SK Trusan,
Where we gather day and night,
We will cherish every moment,
And defend you with our might,

(Chorus)

In classroom studying always,
On the field we'll playing hard,
We are ever moving forward,
SK Trusan be our pride.

(Chorus)
 

Piagam Pelanggan Sekolah
KAMI WARGA SK TRUSAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK;

  1. Memastikan semua pelajar, mengikut umur yang ditetapkan, dapat mula belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
  2. Memastikan semua permohonan / aduan daripada pelajar diproses dalam tempoh dua minggu dari tarikh borang atau aduan diterima secara lengkap.
  3. Memastikan semua pelajar mempunyai satu aktiviti badan beruniform dan satu aktiviti sukan atau kelab/ persatuan.
  4. Memastikan semua pelajar sakit diberi rawatan atau dirujuk ke klinik dengan serta-merta.
  5. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen, tuntutan dan lain-lain dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan.
  6. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran dan kecacatan.
  7. Memastikan semua alat pemadam api disemak 2 kali dalam setahun.
  8. Memastikan semua kerosakan dibaiki dalam tempoh dua minggu laporan dibuat dan kerosakan yang disengajakan hanya dibaiki setelah bayaran ganti rugi dibuat.
  9. Memastikan kebersihan kelas, kawasan sekolah dan asrama dijalankan dengan teratur pada masa-masa yang ditetapkan pada waktu pagi dan petang.
  10. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.


Maklumat Lain (Sila Rujuk Slaid di bawah):
Slaid Pengenalan SK Trusan

from Tan Kan Tsai - 30 March 2024