Nurhazrah bt Hali

Anugerah Usaha Gigih SK Trusan

Nama: Nurhazrah bt Hali (2013)

Nurhazrah bt Hali ialah seorang murid yang sangat gigih dan tekun malah tidak berputus asa dalam menimba ilmu pengetahuan dan bersaing dengan rakan sebayanya.

Beliau memulakan langkahnya dalam alam persekolahan pada umur 11 tahun iaitu agak lewat berbanding rakan sebayanya.

Bagaimanapun, kelewatan dalam menimba ilmu pengetahuan tidak pernah menjadi halangan kepadanya. Bermula dengan minda yang kosong iaitu tanpa mengenal huruf dan nombor, beliau berusaha dengan begitu gigih dan tekun.

Dalam masa 1 bulan sahaja beliau menguasai kemahiran membaca dan keluar dari kelas pemulihan. Bukan itu sahaja, di dalam kelas beliau begitu asyik menumpukan perhatian kepada pengajaran guru-gurunya. Sering kali, beliau tinggal di sekolah selepas waktu persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran bersama gurunya.

Segala usaha dan pengorbanan beliau selama kira-kira 6 bulan akhirnya telah membuahkan hasil apabila beliau menerima keputusan UPSRnya. Beliau mendapat 2A,1C dan 2D.
Walaupun keputusan UPSR beliau tidaklah sebaik sesetengah murid yang lain, namun kegigihan yang ditunjukkan oleh beliau telah menjadi inspirasi kepada warga SK Trusan.

Beliau telah membuktikan bahawa tempoh 6 bulan sahaja adalah cukup untuk maju dari 5E kepada 2A,1C,2D. Kemajuan beliau yang konsisten selama 6 bulan ini amat dibanggakan.

Tahniah diucapkan kepada Nurhazrah bt Hali!


Terima kasih diucapkan juga kerana memberikan inspirasi kepada kita semua.
Daripada guru dan staf SK Trusan