Sejarah SK Trusan

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TRUSAN, LAWAS
( AS. 76 )

Sekolah Kebangsaan Trusan terletak di kawasan perkampungan Daerah Trusan yang bergeografikan kawasan pinggir hutan dan berhampiran dengan Sungai Trusan. Sekolah yang berstatus luar bandar ini terletak 20 KM dari bandar Lawas. Sekolah ini juga menempatkan dirinya di tengah perkampungan Melayu dan Lun Bawang di Daerah Trusan iaitu salah satu Daerah Kecil di Bahagian Daerah Lawas.

Sejarah awal Sekolah ini dibina pada tahun 1942 sebelum merdeka iaitu pada zaman pemerintahan Jepun. Bangunan sekolah yang pertama dibina di kawasan kedai Trusan. Namun begitu sekolah ini telah dipindahkan pada tahun 1953 di Kampung Tengah Trusan. Bahan utama yang digunakan pada awal pembinaan adalah dengan beratapkan Daun Nipah dan Kajang serta bertiangkan “Kayu Kulim Papa”.

Selepas kemerdekaan pada Tahun 1957, Sekolah ini telah dipindahkan dan dibina di kawasan Kampung Balai Trusan. Namun hanya bertahan sekitar 4 tahun sahaja. Kemudian  dipindahkan ke tapak sekolah baru pada tahun 1960 sehinggalah sekarang.

Sekolah Kebangsaan Trusan ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1960 walapun telah mula beroperasi pada tahun 1942 dalam pemerintahan Jepun. Pada awal penubuhannya dikenali sebagai Dato Mohammad School Trusan atau singkatannya DAMOST yang banyak dipengaruhi oleh sistem Pendidikan Inggeris kerana pada masa itu adalah Zaman Pemerintahan Colony British kerana Sarawak Merdeka pada 22 Julai 1963.


Oleh kerana pengaruh British masih bertapak semasa penubuhan Sekolah Kebangsaan Trusan pada suatu ketika dahulu, maka tidak hairanlah bangunan sekolah ini mempunyai ciri-ciri pembinaan Bangunan Kuno Pengaruh British. Pembinaan Sekolah ini juga dibina oleh pihak Lawas District Council (LDC) pada zaman tersebut sehingga sekarang.

Kesan pengaruh itu, masih lagi dapat dilihat pada bangunan sekolah pada masa kini. Maka tidak keterlaluan dikatakan Sekolah Kebangsaan Trusan ini adalah satu-satunya sekolah yang tertua di Daerah Lawas mahupun di peringkat Negari Sarawak. Ini kerana struktur pembinaan asal bangunan ini masih kekal sehingga sekarang. Penambahbaikkan sentiasa dibuat bagi memberi ruang pembelajaran dan pengajaran yang kondusif untuk keselesaan murid-murid dan para guru.

Pada tahun 1965, kesinambungan perkembangan Pendidikan di Malaysia. Sekolah yang dikenali sebagai Dato Mohammad School Trusan atau singkatannya DAMOST tahun 1960 telah ditukar namanya menjadi Sekolah Rakyat. Namun begitu, sistem Pendidikan Negara sekali lagi berkembang pesat dan ini telah menyumbang kearah pertukaran nama sekolah ini kepada nama yang lebih sesuai pada masa itu. Maka sekolah ini telah diberi nama dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Trusan.

Sekolah Kebangsaan Trusan yang masih berdiri megah dari zaman dahulu hingga sekarang bertapak di tanah yang disumbangkan oleh Pengiran Haji Haron Bin Pengiran Haji Gani iaitu Keluarga Dato Pengiran Mohammad yang merupakan seorang pemimpin awal yang terkenal pada masa dahulu di kawasan Trusan.

Kepimpinan Dato Pengiran Mohammad juga terbukti apabila pada awal pembukaan dan menubuhan sekolah ini diberi nama Dato Mohammad School Trusan atau singkatannya DAMOST sempena nama Beliau. Pada zaman kepimpinan beliau di daerah ini, beliau bertanggungjawab menyatukan dan mendamaikan seluruh penduduk kampung di kawasan Trusan.

Pada ketika dahulu, Sekolah ini masih di bawah Pengurusan  Lawas District Councill (LDC) yang kini dikenali sebagai Majlis Daerah Lawas, sebelum diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Ini berlaku bagi menyeragamkan lagi sistem pendidikan di seluruh Malaysia pada ketika dahulu.

Setiap penubuhan pasti ada pengasasnya, begitu juga dengan sekolah ini. Guru yang pertama mengajar dan mengasas sekolah ini pada tahun 1942 adalah Cikgu Brahim Bin Gungsal yang berasal dari Labuan. Disokong oleh Abang Bujang Bin Abang Mat, Pgn. Haji Haron Bin Pgn. Haji Gani, Pgn. Haji Bahar, Haji Ujan Bin Ali dan Haji Yahya. Mereka ini adalah merupakan dikalangan ahli mesyarakat Melayu Trusan yang mempunyai pengaruh pada ketika itu.

Pertambahan Guru berlaku dari tahun ke tahun. Namun Kebanyakkannya jumlah guru di satu-satu masa di sekolah ini adalah hanya berjumlah 2 hinggga ke 4 orang guru.

Antara senarai beberapa orang guru yang pernah berkhidmat pada suatu ketika dahulu dari sekitar Tahun 1942 hingga 1976 adalah seperti di bawah:-


Bil
Senarai Guru
Tempat Asal
1.      
Cikgu Brahim Bin Gungsal
Labuan
2.      
Cikgu Abdul Hamid Bin Hamid
Limbang
3.      
Cikgu Sigip Bin Mustapa
Merapok, Lawas
4.      
Cikgu Awang Putera Bin Awang Piut
Kuching
5.      
Cikgu Abdul Aziz Bin Abd Rashid
Kampung Balai, Trusan
6.      
Cikgu Bujang Bin Amir
Saribas, Sri Aman
7.      
Cikgu Gapar
Sundar, Lawas
8.      
Cikgu Liaw Chai Hock
Kedai Trusan, Lawas
9.      
Cikgu Low Kee Seng
Kedai Trusan, Lawas
10.   
Cikgu Tanin F. Keri
Mukah
11.   
Cikgu Dayang Chong
Kedai Trusan, Lawas
12.   
Cikgu Soh Hock Lai
Kedai Trusan, Lawas
13.   
Cikgu Khaider Bin Unea
Belawai, Sarikei
14.   
Cikgu Adenan Haji Amjah
Kedai Trusan, Lawas
15.   
Cikgu Davis Parag Udan
Kedai Trusan, Lawas
16.   
Cikgu Annuar Abdullah
Melusok, Lawas

Mengikut catatan sejarah sekolah ini, pada tahun 1966 hingga 1970, semasa Cikgu Liaw Chai Hock menjadi guru besar terdapat ramai murid yang berbangsa Cina datang ke sekolah ini untuk belajar dan menimba ilmu. Hal ini telah membawa serta menyumbang ke arah perpaduan yang erat antara masyarakat Melayu, Cina, Lun Bawang dan bangsa-bangsa yang lain. Ini juga terbukti sehingga hari ini kebanyakkan masyarakat di Daerah Trusan ini pandai berbahasa Cina akibat pergaulan yang erat pada zaman persekolahan pada ketika dahulu.

Untuk mengingati dan mengenang Sejarah Sekolah ini dan mengenang jasa individu yang menyumbangkan tapak sekolah ini. Pihak PIBG sekolah ini pada masa ini ingin memohon agar nama Sekolah Kebangsaan Trusan ditukar menjadi “Sekolah Kebangsaan Dato’ Pengiran Mohamad”. Ini bertujuan bagi mengembalikan identiti asal sekolah ini pada suatu ketika dahulu. Selain daripada itu, pihak PIBG juga ingin memohon agar pembinaan sekolah baru dibuat bagi memberikan keadaan sekolah yang lebih kondusif dan selesa untuk anak-anak mereka menimba ilmu.
       

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT
DI SK TRUSAN

Bil

Nama Guru Besar

Asal

Tahun

1

En. Brahim Bin Gungsal

Wilayah Persekutauan Labuan

1942 – 1950

2

En. Abdul hamid Bin Ahmad

Limbang, Sarawak

1958 – 1960

3

En. Awang Putera Bin Piut

Kuching, Sarawak

1960 – 1962

4

En. Gapar

Sundar, Lawas Sarawak

1962 – 1965

5

Haji Mohd Zain Bin Yusof

Sundar, Lawas Sarawak

1965 - 1967

6

En. Liaw Chai Hock

Trusan, Lawas Sarawak

1967 - 1969

7

En. Low Kee Seang

Belawai, Sarawak

1970 - 1972

8

En. Khaider Bin Unia

Lawas, Sarawak

1973 – 19 76

9

En. Jukin Bin Matusop

Lawas, Sarawak

1977 - 1982

10

En. Jamal Bin Brahim

Trusan, Lawas Sarawak

1983 - 1986

11

En. Yusop Bin Haji Bahar

Sundar, Lawas Sarawak

1987 - 1996

12

En. Jamal Bin Brahim

Trusan, Lawas Sarawak

1997 - 2009

13

En. Awang Morni Bin Haji Muda

Sundar, Lawas Sarawak

2010 (Memangku)

14

En. Mohd Noor Sim Bin Abdullah @ Sim Kwong Yong

Kuching Sarawak

2011 - 2012

15

En. Yusop Bin Haji Sitam

Trusan, Lawas Sarawak

2012 – 2016

16

En Suliman Bin Yahya

Lawas Sarawak

 2016 – 2022

17

En. Abdul Rahman Bin Abit

Lawas Sarawak

2022 -



Ditulis oleh: Moktar bin Jaman & Tan Kan Tsai (5 Ogos 2013)
Dikemaskini oleh: Tan Kan Tsai (3 November 2022)