Kejohanan Merentas Desa 2022


Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SK Trusan 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 5 Disember 2022 iaitu Hari Isnin yang lalu. Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid telah berkumpul di gelanggang SK Trusan untuk sesi taklimat keselamatan dan laluan merentas desa. Taklimat ini adalah sangat penting untuk memastikan peserta tahu dan faham tentang keselamatan jalan raya serta laluan yang patut mereka ambil semasa kejohanan itu berlangsung. Sudah tentu pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk memastikan murid-murid selamat sepanjang kejohanan.



Pada pukul 7.45 pagi, murid-murid mula memanaskan badan dan membuat regangan. Ini adalah untuk memastikan mereka adalah bersedia dari segi fizikal supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa berlari.



Kejohanan merentas desa ini telah dimulakan secara rasminya pada pukul 8.00pagi. Semua peserta telah berjaya menghabiskan larian mereka pada pukul 8.45pagi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah berjaya menamatkan larian. Dapat menghabiskan larian sejauh 3 kilometer merupakan satu pencapaian dan kejayaan bagi setiap atlet.


Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (9 Disember 2022)

Perkhemahan Bersepadu TRKS 2023


Perkhemahan adalah di antara aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan keyakinan diri masing-masing di samping itu juga memberi kesempatan kepada para peserta untuk mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memastikan agar objektif-objektif yang telah digariskan itu dapat dicapai. Aktiviti pertama adalah Team Building di mana para kadet dibahagikan dalam kumpulan dan belajar untuk melaksanakan aktiviti secara berkolaborasi dalam kumpulan. Semangat berpasukan dan nilai kerjasama diuji dan dilatih melalui aktiviti seperti membina logo dan sorakan semangat kumpulan. Aktiviti ini diketuai oleh Zakhiruddin bin Zainol.

Aktiviti seterusnya adalah Aktiviti Mendirikan Khemah. Ramai murid pada tahun ini kurang mahir mendirikan khemah kerana kegiatan perkhemahan ini telah ditangguhkan selama 2 tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19. Aktiviti ini yang diketuai oleh Moktar bin Jaman telah berjaya mendedahkan semula murid-murid dengan salah satu kemahiran asa perkhemahan.

Kemudian, para kadet juga didedahkan dengan kemahiran asas pertolongan cemas dalam satu aktiviti yang diketuai oleh Siti Nor Hafizatul. Para kadet mempelajari cara membuat balutan dan anduh dalam aktiviti ini. Kemudian mereka diajar juga kemahiran membuat ikatan dan gajet dalam satu lagi aktiviti iaitu Aktiviti Pioneering yang diketuai oleh Rosidah binti Matnor, di mana mereka telah mempelajari beberapa jenis ikatan asas seperti simpul manok, simpul buku sila dan sebagainya.

Di sebelah petang, sepatutnya para kadet memasak makan malam mereka sendiri dalam aktiviti masakan rimba tetapi terpaksa diberhentikan kerana hujan yang turun dengan lebat. 

Selepas makan malam, pada sebelah malam para kadet bertungkus lumus untuk menyediakan persembahan mereka dalam aktiviti malam kebudayaan di mana mereka menghasilkan satu lakonan dan nyanyian lagu secara kreatif untuk dipersembahkan kepada semua hadirin.

Pada hari kedua, para kadet disambut seawal 6 pagi dengan aktiviti senaman pagi dan kawad kaki yang diketuai oleh Tan Kan Tsai. Dalam aktiviti ini, para kadet didisiplinkan dan didedahkan dengan kawad statik. Ramai murid didapati kurang pandai berkawad kaki. Walaubagaimanapun, setelah dilatih dengan tegas, mereka dapat melakukan kawad statik dengan memuaskan.

Selepas kawad kaki, para kadet mula mengemaskan khemah masing-masing dan bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu explorace yang diketuai oleh Mathuri a/p Marimuthu. Murid-murid sangat seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan pada pukul 10pagi. Dalam ucapan Abdul Rahman Abit, guru besar SK Trusan, beliau menyatakan hasrat supaya murid-murid dapat berkhemah dalam situasi yang sebenar pada tahun akan datang supaya intipati-intipati perkhemahan yang sebenarnya dapat dirasai dan dihayati murid-murid sekolah.

Perkhemahan Bersepadu TKRS 2023 ini telah secara rasminya ditangguhkan pada pukul 11pagi. Dan murid-murid sudah pastinya telah penat tetapi mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang penting dalam kegiatan perkhemahan kali ini. Diharap perkhemahan pada tahun akan datang akan lebih menyeronokkan dan terus memberikan kebaikan kepada murid-murid.


Dilaporkan oleh:
Tan Kan Tsai
S/U Kokurikulum
(3 Disember 2022)


Gambar-gambar perkhemahan

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID ASRAMA TAHUN 6 SK TRUSAN KE SABAH TAHUN 2022

Pada 26 hingga 27 November 2022 yang  lepas, murid-murid asrama tahun 6 SK Trusan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sabah.  Seramai 15 orang murid  serta 17 orang guru dan staff SK Trusan telah menyertai lawatan ini.  Program lawatan ini adalah anjuran unit Hal Ehwal Murid SK Trusan. Objektif utama lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah  serta budaya setiap masyarakat ( Muzium Sabah).  Selain itu, murid-murid juga berpeluang melihat hidupan laut yang terdapat di Aquamarine UMS.  Melalui lawatan sambil belajar ini juga, murid-murid dapat bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan yang lain mengenai aktiviti serta tempat-tempat yang dilawati sepanjang program berlangsung.



Lawatan hari pertama (26.11.2022)-
Jurassic Land Kiulu

JURASSIC LAND TAMPARULI