Pengumuman: Pertambahan "GAME" baharu dalam e-library SKT!

 

"Game" Belajar Suku Kata (Pop-it) telah dimasukkan dalam koleksi multimedia e-library SK Trusan.

Lihat koleksi multimedia e-library SKT...


Oleh: Tan Kan Tsai (PK1 SK Trusan, 11 Nov 2023)

Program Duta Sahsiah: Pemangkin Pembentukan Karakter karamah Insaniah

 


Program: Duta Sahsiah: Pemangkin Karakter Karamah Insaniah
Tarikh: 31 Oktober 2023

Melalui program ini, SK Trusan telah melantik duta sahsiah yang terdiri dalam kalangan murid dan mempunyai suri teladan yang tinggi nilai sahsiahnya serta berkeperibadian mulia.

Duta sahsiah dipilih dalam kalangan murid kerana mreka lebih rapat dan mengenali antara satu sama lain. Mereka ini dapat menjadi mata dan perantaraan antara murid dan guru, serta membantu memberi kesedaran kepada rakan-rakannya berkaitan kesan salah laku buli dan gangguan seksual.

Duta Sahsiah SK Trusan: Nurul Asyiqin

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
31 Oktober 2023

*Layari e-library SKT untuk bermain game pendidikan.

Pembentangan 1: Kajian Tindakan dan Inovasi Sesi Penerbitan 2024

 


Pembentangan 1 (Kajian Tindakan dan Inovasi) telah dilaksanakan pada 30 Oktober 2023 untuk mendengar dan membincangkan isu-isu instruksional yang telah dikenalpasti dan seterusnya mencadangkan intervensi atau inovasi yang sesuai untuk menangani isu-isu tersebut.

Melalui pembentangan ini, cadangan penambahbaikan terhadap intervensi dan inovasi dapat diberikan. Ini menjamin keberkesanan intervensi yang akan dilaksanakan di dalam kelas dan seterusnya menjamin kualiti Kajian Tindakan dan Inovasi yang akan diterbitkan.

Diharap Kajian Tindakan dan Inovasi ini dapat diamalkan pada tahun-tahun akan datang dan seterusnya menjadi budaya penyelidikan di sekolah ini.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
31 Oktober 2023

*layari e-library SKT untuk melihat inovasi pendidikan (Memory Game)





"Multimedia Section" telah ditambah ke dalam e-library SKT!!!

Multimedia Section Added

e-library SK Trusan telah dibangunkan sejak awal tahun 2023. Pihak sekolah telah berusaha untuk memperkayakan kandungan e-library ini dari masa ke masa supaya dapat digunakan oleh murid-murid SK Trusan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka.

Seksyen Multimedia (Multimedia Section) telah ditambahkan ke dalam e-library SKT pada hari ini. melalui seksyen ini, murid-murid dapat meneroka dan bermain permainan pendidikan (Educational game) yang telah dibangunkan oleh guru-guru SK Trusan. Melalui permainan digital ini, murid-murid bukan sahaja dapat bermain, malah dapat belajar kandungan pelajaran sambil bermain.

New Educational Game added!

Tiga permainan berbentuk ingatan iaitu memory game telah dimuatnaik pada hari ini. Permainan ini diinspirasikan oleh Arika Wira bin Karim (ketua panitia Bahasa Inggeris), dan dibangunkan oleh Tan Kan Tsai (guru Bahasa Inggeris). Tujuan permainan ini dibangunkan adalah untuk membantu murid-murid:
  1. Mengulangkaji vocabularies yang telah dipelajari;
  2. Meningkatkan ingatan jangka panjang (long-term memory) mereka; dan
  3. Menilai kemahiran "spelling" mereka (Standard Pembelajaran: 4.3.2)
Diharap seksyen multimedia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid sekolah.

        Selain itu, pihak sekolah akan mengadakan Program Penulis Muda pada bulan November 2023 untuk menggalakkan murid-murid sekolah untuk mencemburi bidang penulisan. Cerita-cerita pendek yang dikarya oleh murid-murid ini akan diterbitkan dan kemudian dimasukkan ke dalam e-library SKT.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
27 Oktober 2023


Link ke e-library SKT: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/e-libraryskt

Bimbingan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD)

 



Bimbingan seperti tajuk di atas telah dijalankan oleh Ustaz Abi Sofian dan Ustaz Aliff pada hari ini (25 Oktober 2023). Bimbingan telah dilaksanakan berdasarkan instrumen Penjaminan Kualiti PBD.

Terima Kasih diucapkan.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
25 Oktober 2023





Pameran Inovasi Guru Pemulihan Khas Daerah Lawas 2023 & Talent Show Murid Pemulihan Khas

 


Satu Karnival Pameran Inovasi Guru Pemulihan Khas telah diadakan pada 24 Oktober 2023 (Selasa) di Stadium Tertutup Lawas. Sebanyak 18 sekolah Daerah Lawas telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Sekolah Kebangsaan Trusan juga tidak ketinggallan dalam menyumbangkan inovasi pendidikannya yang bernama The ATM (Alphabet Teller Machine).


    Selain itu, seramai 3 orang murid pemulihan telah menyertai pertandingan Talent Show pada hari itu dan telah mempamerkan bakat dan potensi yang tersendirinya. Murid-murid ini telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan itu.
Hakimi, Andrian Kitan & Yazid



Tahniah diucapkan!

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
25 Oktober 2023

Junior Innovate Competition Sarawak State Level 2023.

Junior Innovate 2023 Competitors for SK Trusan


Junior Innovate is a competition that inspire digital creator mindset among primary school students (age 9 - 12 years old). The Junior Innovate theme for this year is "My Hero- A Role Playing Game". And SK Trusan has taken up the challenge by sending 3 teams, with 1 teacher and 2 students on each team.

The competition on the first day (7 October 2023) was between Northern Sarawak Zone, with 82 competing teams. And there were 5 gold medals, 5 silver medals and 5 bronze medals on the stack.

With the continuous effort and perseverance, all 3 teams for SK Trusan was able win the top 15 prize.

Trusan JI Medalist 2023

  1. The Great Team (Iffah Dania & Asyqin) - Bronze Medal
  2. The Excellence Team (Eunissa & Natasya) - Silver Medal
  3. Engineer Team (Ahmad Idham & Elijah) - Gold Medal
CONGRATULATION!

On the second day, was the competition between 15 gold medalist throughout Sarawak. The Engineer Team with their Project about Walt Disney was able to catch the attention of the judges and proceeded to the Top 4 finalist.

Top 4 Finalists

The Engineer Team has performed their best and was able to complete the competition with 3rd Runner-up.

3rd Runner-up


Summary Video



Other pictures and videos of Junior Innovate 2023 Sarawak State Final...
Download Here...


Reported by:
Tan Kan Tsai
Senior Assistant of Administration (PK1)
9 October 2023

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2023

 



7 Oktober 2023 - Sambutan Hari Sukan Negara 2023 disambut meriah dikalangan warga sekolah. Aktiviti yang berlangsung seawal 7.30 pagi itu dimulakan dengan senaman memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Moktar bin Jaman. Sekitar jam 8.00 pagi partandingan Rentas Desa dilepaskan oleh Cikgu Abdul Rahaman bin Hj. Abit, Guru Besar SK Trusan bagi kategori pertama iaitu kategori lelaki Tahap Dua. Ini disusuli lima minit kemudian dengan pelepasan untuk kategori perempuan Tahap Dua pula. Jarak larian untuk tahap dua ialah sekitar 2.84 km sementara untuk tahap satu pula ialah 0.84km. Pelepasan untuk tahap satu menyusul selepas itu. 

Disamping itu pada hari tersebut juga turut diadakan ialah aktiviti senam Zumba untuk warga sekolah termasuk penglibatan semua pekerja swasta di sekolah ini. Team Zumba ini adalah dibawah bimbingan Puan Rosita binti Matsaleh yang terdiri dari enam orang murid dari tahun 5 dan seorang murid tahun 3. Aktiviti ini telah berlangsung sekitar 40 minit tanpa henti. Di akhir aktiviti memperlihatkan suasana menyeronokan dikalangan peserta aktiviti yang terlibat.

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta rentas desa diadakan di Dewan Pengiran Datuk Hj. Mohamed sekitar jam 10.30 yang disampaikan oleh Guru Besar SK Trusan. dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta mengucapkan terima kasih kepada JK penganjur untuk sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini.




Laporan oleh
Cikgu Moktar bin Jaman
PKK SK Trusan



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H PERINGKAT DAERAH LAWAS 2023


28 September 2023
- SK Trusan telah menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1445H tahun ini yang diadakan di Dataran Awam Lawas. Perarakan yang bermula sekitar jam 9 pagi itu telah disertai oleh 56 pasukan dari pelbagai kategori. SK Trusan meneyertai untuk kategori C iaitu Sekolah Menengah dan Rendah yang melibatkan penyertaan 8 buah sekolah rendah dan 3 pasukan sekolah menengah.

    Ini adalah penyertaan pertama SK Trusan selepas sambutan ini tertangguh selama 3 tahun akibat pandemik Cobit-19 pada tahun 2020. Pada sambutan 2022, SK Trusan tidak menyertai atas sebab-sebab tertentu.

        Untuk penyertaan kali ini SK Trusan menyertai pertandingan sepanduk dan perbarisan. Ini melibatkan penyertaan yang terdiri daripada 26 orang murid dan 18 orang gabungan guru serta AKP.  Perarakan bermula dari Dataran Awam Lawas dan berakhir di Taman Awam Lawas di ketuai olah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tangah Ali Hasan. 


Laporan Oleh :
Cikgu Moktar bin Jaman
PKK SK Trusan

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2023

 

15 September 2023 - Majlis penutupan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah SK Trusan Lawas telah disambut meriah dikalangan warga sekolah. Majlis yang diadakan di dewan Pengeran Datuk Hj. Mohamad itu telah berlangsung dengan meriah dengan pelbagai aktiviti melibatkan semua murid dan warga sekolah. Antara lain aktiviti menarik pada hari tersebut ialah pertandingan peragaan pakaian kebangsaan PraSekolah dan murid Tahap 1, pertandingan mendeklamasikan sajak petriotik dan pertandingan nyanyian lagu patriotik untuk Tahap 2. Sebelum itu pada hari berasingan iaitu pada 31 Ogos 2023

pula telah diadakan pertandingan Mewarna Tahap 1 dan PraSekolah dan juga pertandingan menyusun Jigsaw Puzzles Online yang dikhususkan untuk pelajar tahap 2 sahaja. Sambutan kali ini dibuat secara bersemuka dan melibatkan lebih ramai murid untuk menyertai. Pada tahun 2022 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, semua pertandingan yang dianjurkan hanya dibuat secara atas talian.

    Dalam ucapan penangguhan majlis, Guru Besar Encik Abdul Rahaman bin Abit menegaskan tentang peripentingnya para pelajar untuk diterapkan semangat cintakan negara bagi memastikan genarasi baharu ini boleh memahami dan menghayati tentang erti kemerdekaan dan semangat perpaduan dikalangan masyarakat dalam Malaysia. Beliau juga berharap aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan dan dilaksanakan pada masa akan datang.
    Pada anjuran kali ini semua pertandingan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Penyertaan murid dalam pertandingan sajak dan nyanyian terpaksa dibuat tapisan untuk memastikan hanya beberapa orang sahaja yang dibawa ke pertandingan akhir. Sementara pertandingan Jigsaw Puzzle telah menerima 48 penyertaan dari tahap 2. Begitu juga pertandingan peragaan pakaian yang sangat mendapat sambutan dari pelajar tahap 1 dan Prasekolah. Pada majlis itu juga sebahagian ibu bapa telah turut hadir untuk menyaksikan dan memeberi sokongan kepada anak-anak mereka yang menyertai pertandingan. Dengan kehadiran ibu bapa ini juga turut sama menambah kemeriahan majlis sambutan pada hari tersebut.

Majlis sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 pada kali ini adalah anjuran bersama Unit Kokurikulum Sekolah dan Panatia Sejarah SK Trusan.


Laporan disediakan oleh;
Cikgu Moktar bin Jaman
PKKK SK Trusan

Gotong-royong Madani


Gotong-royong Madani telah berjaya dilaksanakan pada petang hari ini (18 Ogos 2023). Skop gotong-royong pada hari ini adalah mengecat dinding di luar bilik darjah Tahun 1 hingga 4. Hujan lebat yang turun pada petang ini menyebabkan pelbagai kerja gotong-royong tidak dapat dilaksanakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan murid-murid yang sudi menyertai gotong-royong pada hari ini.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
18 Ogos 2023

Gambar-gambar lain

Bengkel Penulisan, Penerbitan dan Pemasaran Buku (Buat Duit dengan Buku)

 

Gambar bersama pensyarah IPGKS dan penceramah
(Dari Kiri: Dr.Nelson, Mdm Chia Yip Lan, Syahrul Nizam, Tan Kan Tsai, Diana, George & Dr. Bell)

Satu bengkel berkaitan dengan Penulisan, Penerbitan dan Pemasaran (Buat Duit dengan Buku) telah dilaksanakan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Dua orang guru dari Lawas telah menyertai Bengkel ini iaitu:
Tan Kan Tsai (SK Trusan)
Diana (SMK Merapok)

Daripada bengkel ini  peserta belajar tentang anatomi buku iaitu apakah yang perlu ada pada sesebuah buku. Peserta juga diperkenalkan dengan 7 Langkah Mudah (Authors).

  1. Analisis Buku Terlaris
  2. Unik (Selling Point)
  3. Teknik Menulis yang Berkesan
  4. Hari-hari menulis
  5. Optimumkan penggunaan Teknologi
  6. Review dan Sunting
  7. Strategi Pemasaran

Gambar awal pagi

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan

(12 Ogos 2023)


Gambar-gambar lain

Kontinjen Olahraga SKT 2023 (MSSRD Lawas)

 


Kontinjen SK Trusan tahun ini (2023) adalah terdiri daripada 8 orang atlet (iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan).

Ketua kontinjen: Abdul Rahman bin Abit (guru besar)

Pengurus Pasukan: Moktar bin Jaman KPK Kokurikulum)

Ketua Jurulatih: Tan Kan Tsai (PK Pentadbiran)

Jurulatih: Natasha Lee Phay Wern (S/U Sukan)

Semoga pasukan SK Trusan berjaya dalam kejohanan olahraga ini dan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.


Kalah Menang adat pertandingan, 

Team Trusan Terus memberi persaingan.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai

PK Pentadbiran

SK Trusan

3 Ogos 2023


Gambar-gambar lain

Perasmian Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2023

 


Perasmian ringkas untuk Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Trusan telah dilaksanakan pada hari ini, 1 Ogos 2023 oleh Abdul Rahman Abit, Guru Besar SK Trusan.



Perkhemahan Eco-Camp 2023 Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) & Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

 


Eco Camp pada tahun ini amat istimewa kerana telah diadakan di Pusat Kokurikulum Lawas. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Kelab PALS dan TKRS dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan SK Trusan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti jadual di bawah.

Tentatif Eco Camp


Montage di bawah menunjukkan ringkasan aktiviti yang telah dijalankan. Enjoy!


Gambar-gambar Eco Camp

Klik di sini untuk Gambar-gambar Eco Camp


Dikemaskini oleh:

Olivia Sara
Pengerusi Kelab PALS
SK Trusan
(28 Julai 2023)

Mesyuarat Pelaksanaan Eco-camp PALS & TKRS 2023

 


Satu mesyuarat telah diadakan bersama dengan pihak NREB untuk membincangkan perkara-perkaran berkaitan secara terperinci pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Julai 2023

Masa: 1.30 - 3.30 petang

Tempat: Dewan SK Trusan

Mesyuarat dihadiri staf SK Trusan dan Pegawai NREB (En. Wan Ridzuan, Hawiena dan 2 yang lain).


Dilaporkan


Tan Kan Tsai

Guru Penasihat PALS

SK Trusan

Tahniah! Tempat ke-3 Badminton Daerah Lawas

 


Iffah Damia (Tahun 6) telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan badminton MSSR Lawas pada hari Isnin (12 Jun 2023) yang lepas.

Tahniah dan terima kasih kpd semua jurulatih, PKKK dan semua pihak.yg terlibat..Terima kasih juga kpd guru/AKP yg membantu teach in kelas...Tahniah dan terima kasih...


Dilaporkan oleh:

Zakhiruddin bin Zainol
Penolong Kanan HEM & Jurulatih Badminton,
SK Trusan Lawas
(14 Jun 2023)

Bengkel Pembudayaan Kajian Tindakan dan Inovasi 2023/2024

 


Tarikh: 13 Jun 2023 (Selasa)
Masa: 2 -  4ptg
Tempat: Pra Sekolah 2

Bengkel Pembudayaan Kajian Tindakan ini telah dijalankan pada 13 Jun 2023 bertujuan untuk menggerakkan amalan kajian tindakan dalam kalangan guru-guru SK Trusan untuk sesi 2023/ 2024. Bengkel ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta termasuk 3 orang tetamu jemputan (Pn. Dolphina Balang, Pegawai SISC+ PPD Lawas; Pn Colly Kong Suan Fung, Guru Besar Chung Hua Trusan; dan Pn, Ung Kiew Lee, Penyelaras Kajian Tindakan Chung Hua Trusan).

Dilaporkan oleh: 

Tan Kan Tsai 
Penolong Kanan Pentadbiran, & Penyelaras Kajian Tindakan dan Inovasi
SK Trusan Lawas.
(14 Jun 2023)

Imbasan Sambutan Hari Malaysia Tahun 2022


Bagi yang ingin mengimbas Kembali cerita masa sambutan Hari Malaysia tahun 2022 boleh klik linik di Bawah. Baru ta tah terupload ke youtube…

https://youtu.be/01eQWllghZs


Moktar bin Jaman

PKKK

SK Trusan

2 Jun 2023

Majlis Perpisahan Sahbarina | Semoga Maju Jaya!

Majlis Perpisahan telah diadakan di Rumah Hasna (banting) pada hari ini (24 Mei 2023)

Sahbarina (PT) SK Trusan yang telah berkhidmat dan menabur bakti selama 3 Tahun lebih di sekolah ini telah mendapat tawaran untuk berpindah dan terus berkhidmat di PPD Lawas.

Beliau merupakan seorang pegawai yang cemerlang dan ringan tulang menjayakan apa sahaja aktiviti dan program yang diadakan di sekolah. Perpindahan beliau merupakan satu kerugian kepada pihak sekolah.

Terima kasih, Sab.

Semoga maju jaya di stesen baharu.


Dilaporkan Oleh:

Tan Kan Tsai

Penyelaras Laman Web Rasmi

SK Trusan

24 Mei 2023





Kejohanan Catur MSSD 2023

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera

Ucapan penghargaan dan terima kepada Cikgu Mathuri atas usaha menjayakan penyertaan peserta sekolah ke Kejohanan Catur MSSD 2023 di SK Luagan Sundar pagi tadi (23 Mei 2023). Walaupun waktu yg amat singkat dengan perubahan mendadak kita dapat juga menyertai.

Peserta kita dapat memberi saingan dalam 5 pusingan dengan 2 menang, 2 seri Dan 1 kalah (Ilham), 1 menang, 2 seri, 2 kalah (Norhaziman). 

Teruskan usaha dan kita bersedia untuk Kejohanan lain akan datang.


Terima kasih


Dilaporkan oleh: 

Moktar bin Jaman

Penolong Kanan Kokurikulum

SK Trusan

23 Mei 2023




Jom Baca Bersama SK Trusan!


Tarikh: 18 Mei 2023 (Khamis)
Masa 11.00 pagi - 1110 pagi

Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan satu inisiatif KPM untuk menerapkan minat dan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah. Program ini sangat berfaedah kerana murid-murid sekarang jarang membaca buku. Oleh yang demikian, melalui program seperti ini, murid-murid digalakkan untuk membaca bersama bahan bacaan yang mereka minati selama 10 minit. 

Beberapa orang murid didapati ingin terus sambung membaca selepas tempoh 10 minit ini tamat. Dan sesetengah murid juga berhasrat untuk meminjam buku yang mereka sedang baca itu supaya mereka dapat menghabiskan cerita itu.

Pada pendapat saya, membaca adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi bahan bacaan itu haruslah sesuai dengan minat dan citarasa pembaca itu. Bukan semua orang suka membaca cerita pengembaraan dan bukan semua orang suka rakyat.

Jadi, carilah bahan bacaan yang kita minati.

Dilampirkan adalah gambar-gambar Program Jom Baca Bersama SK Trusan.


Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (19 Mei 2023)

Tetap Gagah Walaupun Tidak Belurih... Bola Tampar Lelaki 12TKB

 

Seramai 8 orang murid telah menyertai Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Lawas yang diadakan pada 18 Mei 2023. Peserta-peserta ini telah melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini, tetapi tidak berjaya memperoleh sebarang kejayaan kerana kurangnya latihan. Ini adalah disebabkan cuaca panas yang menjadi halangan kepada pihak sekolah dalam menjalankan sebarang latihan.

Tahun depan, kita cuba lagi!

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (19 Mei 2023)


Hari Apresiasi dan Penyampaian Sijil 2023


Tarikh: 15 Februari 2023
Tempat: Dewan SK Trusan

Download slide Hari Apresiasi 2023: Klik di sini


Naib Johan: e-Mahrajan Asrama Sekolah Harian Peringkat Kebangsaan

 


Tahniah Rafiqaufa bin Rashid kerana berjaya merangkul naib johan dalam e-Mahrajan Asrama Sek.Harian Peringkat Kebangsaan.

Laporan oleh: Tan Kan Tsai
Tarikh: 30 Januari 2023

Gotong-royong Pencegahan Jangkitan Kudis Buta dan Conjunctivis | Asrama 2023

Sekitar jam 2 petang, pihak pengurusan asrama sk trusan bersama semua murid asrama telah mengadakan satu gotong-royong asrama. Gotong-royong ini diadakan utk membersihkan kawasan sekolah dan asrama terutamanya di tempat tidur murid. Hal ini bagi mengelakkan dan membuat pencegahan awal penyakit kudis buta dan kontijuntivitis (penyakit mata merah) di sekolah. 

Hal ini juga disebabkan risiko penularan penyakit berjangkit adalah tinggi selepas cuti sekolah terutamanya di kalangan murid asrama kerana keadaan bilik yang terdedah kepada habuk dan kotoran. Dengan pelaksanaan gotong-royong ini diharap dapat mewujudkan persekitaran sihat kepada semua murid terutama yang tinggal di asrama.



Dilaporkan oleh: 

Zakhiruddin Bin Zainol
Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Trusan

Pada: 11 Januari 2023


Bengkel & Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) Kajian Tindakan dan Inovasi SK Trusan Tahun 2023

 

Pembudayaan Kajian Tindakan merupakan satu program yang telah dilaksanakan secara meluas dalam kalangan warga pendidik di Malaysia, bertujuan untuk menjadikan kajian tindakan sebagai satu budaya di sekolah-sekolah di Malaysia. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga pendidik di seluruh Malaysia, di mana terdapat peningkatan berterusan bilangan guru yang menjalankan Kajian Tindakan pada setiap tahun (Amir Salleh, 2008).

Pentadbir sekolah juga berinspirasi untuk membudayakan kajian tindakan di SK Trusan . Ini adalah bertujuan untuk membangunkan sumber manusia serta meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentabdiran sekolah dan seterusnya meningkatkan keberkesanan sekolah secara menyeluruh. Keberkesanan sekolah boleh dikategorikan kepada 3 aspek utama iaitu aspek kepimpinan pemimpin sekolah, iklim sekolah, dan pengurusan instruksional (Addario, 2022; Yuga Gayu, n.d).

Ucapan Alu-aluan GB SK Trusan (Abdul Rahman Abit)

Untuk membudayakan kajian tindakan di sekolah. Para guru dan staf perlu terlebih dahulu didedahkan dengan kajian tindakan, iaitu bagaimana melaksanakannya secara berkesan di sekolah. Oleh itu, satu Bengkel dan PAT Kajian Tindakan dan Inovasi telah dilaksanakan pada hari ini (10 Januari 2023).

Bengkel ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Abdul Rahman Abit, guru besar SK Trusan. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan signifikan perlaksanaan kajian tindakan di sekolah dan beliau sangat berterima kasih kepada pengerusi program, Pn. Fatimah Siji serta penyelarasnya, En. Tan Kan Tsai kerana telah mengambil inisiatif dalam membudayakan kajian tindakan di sekolah. Beliau berharap agar program ini dapat meningkatkan professionalisme guru-guru di sekolah dan seterusnya menyumbang kepada kemenjadian murid dan keberkesanan sekolah.

Bengkel ini diteruskan dengan pembentangan Projek Kajian Tindakan dan Inovasi oleh En. Tan Kan Tsai (selaku penyelaras program). Dalam slot ini, para peserta didedahkan dengan prosedur perlaksanaan kajian tindakan, fasa-fasa perlaksanaan program serta pembahagian kumpulan penyelidik.

PAT oleh Pn. Colly Kong (GB SJKC Chung Hua Trusan)

Kemudian, bengkel ini diteruskan dengan Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) Program Kajian Tindakan dan Inovasi yang sedang dilaksanakan oleh SJKC Chung Hua Trusan. PAT ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu  Pn. Colly Kong Suan Fung, guru besar SJKC Chung Hua Trusan.

Pembentang: Pn. Ung Kiew Lee (Peserta KT kebangsaan 2020)

Seterusnya, para peserta mendengar perkongsian dan pembentangan Kajian Tindakan dan Inovasi yang telah dilaksanakan oleh Pn. Ung Kiew Lee yang bertajuk "Menggunakan kaedah ‘Trace and twist’ untuk membantu murid Tahun 1 menulis nombor 5, 6, 7dan 9 dengan betul". Pembentangan ini memberi pendedahan kepada guru-guru tentang penulisan kajian tindakan.

Pembentang: En. Tuo Tai Soon (Guru Pra sekolah)

Kemudian, En. Tuo Tai Soon pula membentangkan inovasinya yang sedang dilaksanakan di sekolah. Inovasinya (yang masih belum bernama) adalah merupakan satu kad yang digunakan untuk membantu murid-murid pra sekolah untuk menulis huruf dengan betul. Kad ini juga berfungsi sebagai rujukan atau panduan kepada murid-murid selain boleh digunakan sebagai kad latihan. 

Komen dan ulasan oleh Pn. Dolphina Balang (SISC+ Lawas)

Akhir sekali, para peserta mendengar komen dan ulasan daripada pembimbing jemputan, Pn. Dolphina Balang (Pegawai SISC+ PPD Lawas). Dalam ucapannya, beliau sangat tertarik dan teruja dengan usaha kedua-dua buah sekolah dalam membudayakan kajian tindakan di sekolah. Beliau berharap kolaborasi antara kedua-dua sekolah ini dapat diperkukuhkan dan seterunya menyumbang kepada pembangunan professionalisme sekolah.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Penyelaras Kajian Tindakan dan Inovasi
Sekolah Kebangsaan Trusan, Lawas
(10 Januari 2023)

Gambar-gambar lain: