Hari Permuafakatan dan Gimik Penyerahan HiSense Smart TV 50"

 
Penyerahan Smart TV 50" x6 (Tajaan Yayasan Petronas)

Tarikh: 26 Julai 2024 (Jumaat)
Tempat: SK Trusan, Lawas


Hari Permuafakatan dan Gimik Penyerahan HiSense Smart TV 50" telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Berikut merupakan tentatifnya:

0800 - Ucapan aluan GB
0815 - Pembentangan kurikulum
0830 - Pembentangan HEM
0845 - Pembentangan Kokurikulum
*0900 - Gimik Penyerahan Smart TV Hisense 50"
( Cg.Christina Ting- Pen.PPD  Sektor Pengurusan Sekolah & Duta guru Kohort 2)
*0910 - Tayangan slaid Smart TV dan Innovation for Nature Project
0920 - Perbincangan dan Permuafakatan Ibu Bapa (di kelas) & Jamuan utk tetamu jemputan.

Pembentangan ringkas tentang kurikulum, HEM dan Kokurikulum dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada ibu bapa tentang program-program serta usaha pihak sekolah ke arah kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.

Gimik Penyerahan Smart TV HiSense 50" telah disempurnakan oleh Cg. Christina Ting Sieng Tze, Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah & Duta Guru Kohort 2. Sebanyak 6 buah televisyen pintar berjenama HiSense telah dibeli dan dipasang di kesemua bilik darjah di sekolah ini. 

Ini merupakan satu inisiatif pendigitalan sekolah untuk membekalkan kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih memuaskan dan canggih supaya kualiti instruksional di dalam kelas dapat dipertingkatkan dengan sokongan pelbagai bahan multimedia seperti gambar, muzik, video dan sebagainya.

Terima Kasih Yayasan Petronas di atas sumbangan dana sebanyak RM20,000 kepada SK Trusan.

Kemudian, satu tanyangan video berdurasi kira-kira 5 minit telah dipertontonkan kepada murid-murid, ibu bapa dan juga semua guru. Video ini diharap dapat memberi gambaran kepada semua pihak tentang Projek Innovation for Nature yang diilhamkan serta dicadangkan oleh Cg.Tan Kan Tsai dan ditaja oleh Yayasan Petronas sebanyak RM20,000.


Setelah selesai majlis, ibu bapa berjumpa dengan guru-guru di dalam kelas untuk mengambil keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), serta berbincang dengan guru-guru tentang pencapaian anak-anak mereka.

Dilaporkan oleh: 

Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran
26 Julai 2024

BRIDGE BUILDING COMPETITION 2024 ( LAWAS DISTRICT )

 


DATE     : 3 JULY 2024
PLACE  : SJK(C) CHUNG HWA LAWAS
TIME     : 7.30AM - 4.00PM

  • Elijah Ben Jarry
  • Nurul Izzah Binti Dahalan
  • Nur Arissa Haziqah Binti Abdullah Effendy
This year SK Trusan chose 3 students from year 5 and sent them to Bridge Building Competition.
These three students were selected based on their performance in maths, science and english subjects in school. 


Students with 'Guru Pengiring' Miss Mathuri and 'Ketua Panitia Sains' Miss Nur Arifah Ilyana.


Bridge made my SK Trusan students


All the SK Trusan teachers, staffs and students would like to
THANK and CONGRATULATE  
Elijah Ben Jarry, Nurul Izzah Binti Dahalan and Nur Arissa Haziqah Binti Abdullah Effendy 
for their hardworking. 



Written by : Miss Mathuri Marimuthu

4 JULY 2024