LAPORAN PROGRAM
TARIKH: 28 Oktober 2025 (Selasa)
TEMPAT: Dewan Dato Pengiran Mohammad, SK Trusan
1. Pengenalan
Program Pembentangan 2 Kajian Tindakan dan Inovasi SK Trusan & Perkongsian Amalan Terbaik Pembudayaan Kajian Tindakan telah diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada guru-guru berkongsi hasil dapatan kajian tindakan serta memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik. Program ini juga menjadi platform untuk membudayakan amalan refleksi dan penambahbaikan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Kehadiran
Seramai 38 orang peserta telah hadir ke program ini yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan dan guru-guru dari tiga buah sekolah, iaitu:
-
Sekolah Kebangsaan Trusan
-
Sekolah Kebangsaan Luagan
-
Sekolah Kebangsaan Awat-Awat
3. Pengisian Program
Sebanyak tujuh (7) pembentangan Kajian Tindakan telah dijalankan sepanjang program ini. Antara pembentangan yang menarik perhatian ialah Kajian Tindakan Bahasa Arab dan Kajian Tindakan Prasekolah, yang merupakan subjek baharu terlibat dalam pelaksanaan kajian tindakan pada tahun ini.
Antara tajuk pembentangan yang menarik termasuklah:
-
Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Murid Tahun 5 Melalui Permainan Quizizz dan Silang Kata
-
Program Meningkatkan Penguasaan Asas Membaca Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 2 dan Tahun 3 di SK Trusan
-
AI Generated Mock Examination Paper in Improving Students’ Achievement in English Subject
![]() |
| Sesi Soal Jawab semasa Pembentangan Dari Kiri: GB Saptu (SK Awat-Awat), GB Kueh Pern Yaw (SK Luagan), GB Alifarizal (SK Trusan) |
4. Perkongsian Amalan Terbaik
Selepas sesi pembentangan, satu Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) telah disampaikan oleh Cikgu Tan Kan Tsai. Beliau berkongsi pengalaman dan panduan pelaksanaan kajian tindakan dengan berkesan di sekolah. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada semua peserta untuk memulakan serta membudayakan pelaksanaan kajian tindakan di sekolah masing-masing, khususnya di daerah Lawas.
5. Penutup
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada semua peserta. Diharapkan usaha ini dapat terus memupuk semangat kolaborasi, inovasi dan pembudayaan kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik di daerah Lawas.
Dilaporkan oleh:
Natasha Lee Phay Wern
30 Oktober 2025

