8 September 2014, Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Lawas (PPD) Encik Awang @ Ibrahim bin Ahmat ke SK Trusan sebagai penyuntik semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Beliau ditemani oleh pegawai-pegawai dari Jabatan yang turut sama memberi motivasi. Dalam pertemuan tersebut beliau mengharapkan para pelajar dapat menjawab dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Beliau turut mendoakan agar semua pelajar mencapai kecemerlangan pada peperiksaan itu nanti.
Pada tahun ini 29 orang pelajar Tahun Enam akan menduduki peperiksaan UPSR pada 9-11 September 2014. Persiapan telah dibuat sejak awal tahun lagi dalam membantu para palajar ini. Pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan bermula Februari, Kelas Inisiatif Tambahan, Ceramah Motivasi, penyediaan buku-buku latihan dan pelbagai cara lagi untuk meningkatkan kesedaran pelajar untuk lulus dalam peperiksaan tersebut. Semua warga sekolah dan ibu bapa khasnya turut mendoakan semoga mereka berjaya mengharumkan nama sekolah.