Amalan Guru Penyayang 2014

Dalam Mesyuarat Agung Tahun 2014, Amalan Guru Penyayang merupakan salah satu agenda yang dipandang berat oleh Guru Besar SK Trusan, Yusop bin Haji Sitam. Oleh yang demikian, telah diputuskan dalam mesyuarat bahawa amalan ini dilaksanakan sepanjang tahun 2014.

Menyambut kedatangan murid
Setiap hari, terdapat 3 orang guru yang ditugaskan untuk menyambut kedatangan murid-murid. Ketika menyambut kedatangan murid-murid, guru-guru juga mengambil perhatian terhadap pakaian murid-murid. Sekiranya ada murid yang tidak memakai pakaian mereka dengan kemas, guru-guru akan membantu murid tersebut untuk membetulkan pakaiannya.

Tindakan yang mudah seumpama ini dapat menunjukkan sifat seorang guru yang penyayang. Ini menyebabkan murid-murid lebih suka untuk datang belajar di sekolah.