Kem 1 Murid 1 Sukan Sekolah Kebangsaan Trusan Tahun 2014

Satu Kem 1M1S telah dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Trusan pada 31 Oktober 2014 hingga 1 November 2014. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan serta mendedahkan mereka tentang Nilai Olimpik dalam Program Pendidikan (OVEP).

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem 1 murid, 1 sukan yang dijalankan selama 2 hari satu malam ini.


Hari Pertama

Pada 31 Oktober 2014 (hari jumaat) Seawal pukul 7.20 pagi, murid-murid telah berkumpul di pada besar SK Trusan bagi menyertai majlis perasmian Kem 1 Murid, 1 Sukan Sekolah Kebangsaan Trusan Tahun 2014. Kem 1M1S telah dirasmikan oleh En. Yusop Bin Sitam, Guru Besar SK Trusan.

Pada pukul 8.15 pagi, kem 1M1S diteruskan dengan aktiviti yang pertama iaitu senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Tan Kan Tsai, dibantu oleh Cikgu Awang Amir Bin Awang Arshad dan Cikgu Madini Bin Masri.




Pada pukul 9.15 pagi, permainan yang pertama iaitu Bola Beracun telah dipertandingkan. Pertandingan disertai oleh 8 pasukan iaitu 2 pasukan daripada setiap rumah sukan.

Pertandingan sengit ini telah tamat pada pukul 11.30 pagi. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Rumah Merah dengan markah terkumpul sebanyak 37 markah. Rumah Biru dan Hijau masing-masing mendapat 29 markah dan Rumah Kuning 24 Markah.





Pada pukul 2 petang, kem 1M1S diteruskan dengan ceramah Kecederaan dalam sukan yang diberikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Trusan. Slaid berikut merupakan isi kandungan yang telah disampaikan oleh beliau.



Pada pukul 4 petang, satu lagi permainan iaitu Timbang-Timbang Bola Sepak telah dipertandingkan. Sekali lagi keempat-empat rumah sukan aka bersaing bagi merebut kejuaraan.





Selepas permainan yang kedua yang berlangsung selama 2 jam ini. Rumah Hijau telah mengetuai rumah sukan yang lain dengan pungutan markah sebanyak 96 markah. Rumah Merah di tempat kedua dengan markah sebanyak 86, Rumah Kuning 82 Markah dan Rumah Biru 68 Markah.

Pada tepat pukul 6 petang, murid-murid berehat, mandi dan makan malam. Murid-murid tahap 1 pula pulang ke rumah masing-masing. Dengan kata lain, hanya murid-murid tahap 2 sahaja yang bermalam.

Pada pukul 8 malam, murid-murid yang keletihan itu telah disajikan dengan ceramah Pemakanan Seimbang dalam Sukan yang disampaikan oleh Cikgu Siti Jaliha, Penolong Kanan HEM.




Pada pukul 9 malam, satu lagi ceramah iaitu ceramah "Olympic Values in Education Programme" telah disampaikan oleh Tan Kan Tsai, Setiausaha Ko-kurikulum SK Trusan.




Pada pukul 10 malam, murid-murid dilepaskan untuk tidur supaya bertenaga untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi pada keesokkan hari.


Hari Kedua

Pada pukul 7 pagi Murid-murid telah berkumpul di padang besar SK Trusan. Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Tan Kan Tsai, Penyelaras Program 1M1S.



Kemudian, murid-murid dibawa oleh guru rumah sukan masing-masing untuk melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan.

Pada tepat pukul 8 pagi, pertandingan yang ketiga iaitu Bola Menyalak (Bark Ball) telah dipertandingkan. Permainan ini merupakan pengubahsuaian daripada permainan kriket atau softball.




Kemudian pada pukul 9.30 pagi, pertandingan yang terakhir telah dipertandingkan. Pertandingan Perang Bola (iaitu permainan yang diubahsuai daripada permainan Bola Tampar).




Pada pukul 11 pagi, murid-murid telah berkumpul sekali lagi di padang besar SK Trusan untuk majlis perasmian penangguhan Kem 1M1S serta penyampaian hadiah kepada pemenang.


Tempat Keempat

Tempat Ketiga

Naib Johan

Johan