Majlis Perasmian Hari Guru Tahun 2015


"Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"

Tema hari guru, "Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" cukup padan dengan tugas pendidik dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Insan yang seimbang dan holistik perlulah bukan sahaja mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tetapi juga perlu mempunyai akhlak yang tinggi serta moral yang baik agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada 18 Mei 2015, satu majlis perasmian Hari Guru telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Trusan, serentak dengan Sambutan Hari Guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Majlis perasmian ini telah dilaksanakan secara kecil-kecilan sahaja. Berikut merupakan aturcara Majlis Perasmian Hari Guru Tahun 2015.

  1. Nyanyian Lagu Kebangsaan, Negaraku
  2. Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri, Ibu Pertiwiku
  3. Bacaan doa oleh Awangku Hishamuddin Bin Abdoll Kadir
  4. Ucapan Wakil Murid, Dayangku Ayusapura Binti Awangku Ifni (Ketua Pengawas)
  1. Ucapan Wakil Guru Besar, Siti Jaliha Binti Wahap (PK HEM)
  1. Bacaan perutusan Pengarah KPM oleh Madini Bin Masri (PK KK)

  1. Lafazan Ikrar Guru, diketuai Drahman Bin Kahar
 
  1. Nyanyian Lagu "Kami Guru Malaysia" oleh guru-guru

  1. Nyanyian Lagu "Pendidik Bumi Kenyalang"
  2. Nyanyian Lagu "Fly Kenyalang Fly... Fly High"
  3. Upacara memotong kek
 
  1. Persembahan Koir "Terima Kasih, Cikgu" oleh murid-murid Tahun 5
  2. Bersurai (pada pukul 9.00 pagi)


Pada ketika ini, murid-murid SK Trusan sedang membuat persediaan rapi bagi menganjurkan Sambutan Hari Guru sebagai satu kejutan dan hadiah istimewa kepada guru-guru yang mereka sayangi. Latihan demi latihan telah mereka jalankan secara berdikari sejak 11hb Mei 2015.

Oleh yang demikian, guru-guru SK Trusan sedang menantikan kejutan dan hadiah tersebut yang akan dilaksanakan pada 27hb Mei 2015.

Gambar-gambar lain