|
Taklimat Kebakaran dan Pengungsian Bangunan serta Demonstrasi Alat Pemadam Api |
Pada 5 Februari 2014, satu Taklimat Kebakaran dan Pengungsian Bangunan serta Demonstrasi Alat Pemadam Api telah diadakan oleh SK Trusan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lawas.
Pada pukul 8.30 pagi loceng dibunyikan dengan kuat dan berterusan menandakan kecemasan. Murid-murid bergegas keluar daripada kelas masing-masing, meninggalkan segala aktiviti dan barangan mereka lalu berkumpul di padang.
Pihak Bomba yang telah bersiap sedia di padang mengucapkan tahniah kepada murid-murid kerana telah berjaya mengosongkan bangunan pada masa yang singkat.
|
Demonstrasi cara bergerak dalam bilik berasap tebal |
Pada pukul 9 pagi, semua murid telah berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad untuk mendengar taklimat kebakaran daripada pegawai bomba. Murid-murid juga diajar tentang cara-cara mencegah kebakaran dan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan ketika berlakunya kebakaran.
|
Menyampaikan cenderamata |
Taklimat ini telah tamat pada kira-kira pukul 10 pagi. Cikgu Madini bin Masri mewakili pihak SK Trusan menyampaikan cenderamata kepada pegawai bomba sebagai tanda terima kasih.
|
Demonstrasi Alat Pemadam Kebakaran |
Pada pukul 1020 pagi, satu demonstrasi penggunaan Alat Pemadam Api telah diadakan. Murid-murid serta warga SK Trusan kemudiannya juga diberi peluang untuk mencuba sendiri untuk memadamkan api menggunakan Alat Pemadam Api itu. Demonstrasi itu telah tamat pada kira-kira pukul 11 pagi.
Gambar-gambar lain