Sambutan Hari Guru 2014

 
Sambutan Hari Guru
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Pada tahun 2014, hari yang penuh bermakna ini telah dianjurkan oleh unit asrama SK Trusan.

Seawal pukul 7.30 pagi, semua murid telah berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad dengan penuh teruja. Beberapa orang murid telah menyediakan hadiah yang istimewa buat guru yang dikasihi mereka.

Pada pukul 7.40 pagi, perhimpunan khas sempena Sambutan Hari Guru telah bermula. Perhimpunan ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

Majlis ini diteruskan pula dengan ucapan oleh Ketua Murid, Mohd Faizurrin. Kemudian, bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah KPM, Dato Dr. Khair Bin Yusof.

Kemudian, Cikgu Yusof Bin Haji Sitam telah memberikan ucapan perasmian beliau. Sebagai tanda simbolik perasmian Perhimpunan Khas Sambutan Hari Guru, upacara memotong kek dilaksanakan.
 
Semangat Guru Malaysia!
Selepas itu, guru-guru telah mempersembahkan dua buah lagu kepada murid-murid iaitu Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang.

Setelah perhimpunan ini selesai, murid-murid telah berbaris dan memberikan hadiah istimewa mereka kepada guru-guru mereka dan juga bersalaman dengan semua guru.

Bowling Kelapa
Pada kira-kira pukul 10 pagi, semua guru dan Anggota Kumpulan Perlaksana (AKP) telah berkumpul di padang SK Trusan untuk acara sukaneka yang telah dikendalikan oleh murid-murid Tahun 6 SK trusan. Dua permainan telah dipertandingkan iaitu Bowling Kelapa dan Mengisi Air ke Dalam Botol.

Cikgu Tan bermain Bowling Kelapa

Guru-guru dan AKP telah bertanding dengan penuh semangat. Semua guru dan AKP berasa sungguh seronok bermain dalam permainan yang dipertandingkan. Pada pukul 11.00 pagi, sukaneka ini telahpun tamat. Dengan tamatnya sukaneka ini, maka tamatlah Sambutan Hari Guru di SK Trusan.

Gambar-gambar lain