Liga Bola Baling SK Trusan (LBBST)

Liga Bola Baling SK Trusan telah bermula pada 11 Mei 2015.


Laporan Perlawanan 18 Mei 2015
Liga Bola Baling SK Trusan diteruskan semalam menyaksikan 4 perlawanan berlangsung. Rumah Biru terus menguatkan cengkaman di takhta liga menafikan lawan dengan bergaya menewaskan rumah kuning dengan 3 gol berbalas 1. Pemain handalan mereka Zul Zalani Wal Ikram begitu tangkas memperdayakan lawan membuat serangan demi serangan merobek kubu lawan. Hantaran yang jitu dan balingan yang padu seakan membunuh penjaga gawang lawan hingga terpaksa berputih mata. Walaupun begitu, rumah kuning tetap dapat menerbusi benteng akhir rumah biru dan menyumbat satu gol sebagai menjaga maruah agar tidak pulang dengan karung kosong. Di wesel terakhir rumah biru berjaya membawa pulang 3 mata berharga bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam carta liga.

Sementara itu, rumah merah lelaki sudah mula mengatur gerak dan bangkit memberi persaingan di gelanggang. Kepulangan Mohd Hafiz Joll ternyata membawa rahmat selepas berehat dua perlawanan atas sebab tidak diketahui. Beliau yang jelas seperti mengamuk di atas gelanggang bertubi-tubi menguji gawang lawan. Mujurlah penjaga gawang rumah hijau mampu menidakkan serangan tersebut dan melepaskan 2 gol sahaja. Mohd Najib tidak mahu tenggelam dan muncul secara tiba-tiba menjadi penjaring menjadikan jaringan di minit 3 jaringan. Walaupun begitu, Hafiz Irfan sempat mengambil kesempatan atas kelekaan penjaga gawang rumah merah apabila berjaya menyumbat 1 gol melalui balingan jauh yang tidak sempat ditampan kemas AK Hakim yang akhirnya merubah jumlah balingan kepada 3 berbalas 1.


Di kem rumah merah perempuan pula ternyata semakin tidak bermaya apabila terus dimalukan di depan penyokong dan pengurusnya sendiri apabila tewas 6 - 1 di tangan rumah biru. Pemain kontrovasi rumah biru yang bergelur dengan masalah anti dopeng sebelum ini sekali lagi menjadi Ratu Gelanggang apabila rakus meratah rumah merah dengan 6 jaringan. Ternyata pemain kesayangan rumah biru itu tidak menghampakan peminatnya. Biarpun rumah biru berpeluang untuk menambah lebih banyak jaringan namun keupayaan penjaga gol rumah merah patut mendapat pujian. Serangan tumpul dan kelemahan di bentang serangan bagaimanapun mampu merobek sedikit gawang rumah biru dan memberi saguhati 1 gol kepada rumah merah untuk dibawa balik.

Dalam perlawanan terkahir petang semalam menyaksikan 3 gol terhasil. Dua gol adalah milik rumah hijau sementara 1 lagi adalah milik rumah kuning. Perlawanan yang nyata seimbang menyaksikan dua-dua pasukan sering berbalas serangan dan mengasak kubu lawan. Ternyata nasib tidak menyebelahi rumah kuning yang akhirnya terpaksa akur dengan wesel penamat dengan hanya mampu menerima hakikat yang mereka tewas di tangan rumah hijau tanpa membawa balik apa-apa mata. Memasuki pusingan kedua petang ini debaran makin memuncak. Apakah takhta liga akan berubah atau biru masih unggul di sana. Sama-samalah kita saksikan. Sokonglah liga kita.

Keputusan LBBST (pada pagi 19 Mei 2015)
Keputusan LBBST (Lelaki)

Keputusan LBBST (Perempuan)
 Asal Bakarih Belurih!

Dilaporkan: Moktar Jaman (11:43, 19 Mei 2015)
_______________________________________________________________

Laporan Perlawanan 19 Mei 2015

Keputusan rasmi perlawanan liga bola baling pada hari ini ialah:

PERLAWANAN 7:
HIJAU VS MERAH (0 - 3) ----- lelaki
MERAH VS BIRU (2 - 4) ----- perempuan

PERLAWANAN 8:
BIRU VS KUNING (8 - 1) ----- lelaki
KUNING VS HIJAU (1 - 4) ----- perempuan

Dilaporkan: Emlly Uding Gau (19:35, 19 Mei 2015)
________________________________________________________________