Karnival Kokurikulum dan Asrama 2014

Pada 21 hingga 23 Mei 2014, satu Karnival Kokurikulum dan Asrama telah diadakan secara besar-besaran oleh unit Ko-kurikulum SK Trusan. Karnival ini bertemakan

"1 Karnival, 1 Murid, 1 Penglibatan" 

Bertepatan dengan tema ini, penglibatan daripada semua murid amat digalakkan.

Dalam karnival ini, pelbagai pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah Pertandingan Membaca, Pertandingan Bercerita, Choral Speaking, Bicara Berirama, Bola Baling, Badminton dan sebagainya.

Pada 21 mei 2014, satu Majlis Perasmian karnival Ko-kurikulum dan Asrama telah diadakan. Seawal pukul 7.20 pagi, murid-murid telah berkumpul di dewan Dato Pengiran Mohammad.

Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Cikgu Siti Jaliha, Penolong Kanan HEM SK Trusan. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga SK Trusan kerana telah berjaya melaksanakan karnival ini. Beliau berharap para peserta dapat bertanding dengan penuh semangat berpasukan dan kesukanan.

Reading Year 1
Pada pukul 8.30 pagi, tiga pertandingan iaitu pertandingan Membaca Tahun 1, Story telling level 1 dan Bercerita Tahp 2 telah dipertandingkan. Setiap pertandingan diwakili oleh 2 orang peserta daripada setiap rumah iaitu Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Merah dan Rumah Kuning. Murid-murid telah bertanding dengan penuh semangat. Pertandingan ini telah berakhir pada pukul 9.50pagi.

Choral Speaking
Setelah berehat selama 40minit, pertandingan Choral Speaking telah dijalankan. Sebanyak 4 pasukan yang setiap satunya mewakili rumah masing-masing telah menyertai pertandingan ini. Setiap pasukan telah mempersembahkan Choral Speaking dengan ciri masing-masing yang begitu unik dan istimewa.

Pertandingan Bola Baling
Pada sebelah petang pula, pertandingan Bola Baling pula meriuhkan padang SK Trusan. Setiap pasukan bermain dengan penuh semangat kesukanan.

Pada sebelah malam pula pada pukul 7 malam hingga 9 malam, pertandingan Karom dan Catur pula berlangsung di dalam Dewan Dato Pengiran Mohammad. Para peserta terpaksa memerah otak mencari langkah untuk menumpaskan pihak lawan.

Pertandingan Catur


Pertandingan Tulisan Jawi
Pada 22 Mei 2014, murid-murid berkumpul di dalam kelas masing-masing. Semua murid akan menyertai pertandingan Tulisan Jawi pada pukul 7.20 pagi. Pertandingan ini merupakan pertandingan yang terbesar dalam karnival ini serta mempertandingkan mata yang terbanyak. Oleh itu, semua murid berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing.

Story Telling Level 2
Selepas pertandingan Tulisan Jawi, murid-murid berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad. Murid-murid amat teruja untuk melihat aksi-aksi daripada peserta-peserta daripada rumah masing-masing. Terdapat 3 pertandingan yang dipertandingkan pada pukul 8.30pagi hingga 9.50pagi iaitu Pertandingan Reading Year 1, Pertandingan Bercerita tahap 1 dan Story Telling Level 2.

Bicara Berirama
Selepas rehat, Karnival Ko-kurikulum dan Asrama ini diteruskan dengan pertandingan Bicara Berirama. Pertandingan ini memperlihatkan persembahan yang cukup menarik daripada setiap rumah sukan. Pada penonton cukup tertarik dengan laungan semangat yang ditunjukkan oleh setiap pasukan. Dengan tema masing-masing, setiap pasukan mempersembahkan Bicara masing-masing.

Pertandingan Badminton (Perempuan)

Pada pukul 2 petang, pertandingan badminton dan sepak takraw pula memeriahkan suasana petang SK Trusan. Pertandingan ini berakhir pada kira-kira pukul 4 petang.
Pertandingan Takraw (Lelaki)


Pada sebelah malam pula, Pertandingan Hafazan dan Azan pula diadakan. Setiap peserta telah mencuba dengan sedaya upaya.

Pada hari terakhir Karnival Ko-kurikulum dan Asrama, pertandingan Kalam Jamae, Bola Sepak dan Bola Jaring menjadi penentu kejuaraan. 
Kalam Jamae


Majlis Perasmian Penutupan
Pada pukul 1010 pagi, Majlis Perasmian Penutupan pula berlangsung. Majlis ini bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Kemudian, diikuti dengan bacaan doa. Keputusan Karnival ini kemudiannya diumumkan. Rumah Biru telah menjuarai karnival ini. Majlis ini dirasmikan oleh Cikgu Awang Amir bin Awang Arshad, Penolong Kanan Kurikulum. Majlis ini bersurai pada pukul 11.30 pagi.

Majlis Kesyukuran Karnival Kokurikulum dan Asrama
Pada 26 mei 2014, satu Majlis Kesyukuran Karnival Ko-kurikulum dan Asrama diadakan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas kerjasama semua warga SK Trusan dalam menjayakan karnival ini.




Gambar-Gambar lain Karnival Kokurikulum dan Asrama
Pertandingan Badminton

Penonton melihat persembahan dengan asyik

Bicara Berirama

Memanaskan Badan untuk Pertandingan Bola Baling

Choral Speaking

Bicara Berirama

Pertandingan Hafazan

Para Juri yang Adil lagi Bijaksana

Kalam Jamae

Pertandingan Karom

Majlis Perasmian Penangguhan

Ucapan Cikgu Madini bin Masri, PKKK

Pertandingan Bercerita Tahap 1

Penjaga masa

Menyaksikan Pertandingan

Pertandingan Azan

Pertandingan Tulisan Jawi

Pertandingan Tulisan Jawi

Pertandingan Bercerita tahap 1

Pertandingan Membaca Tahun 1

Pertandingan Story Telling Level 2

Story Telling Level 2


Pertandingan Sepak Takraw