Kursus Penyebaran DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6


Semua Peserta Kursus TMK Daerah Lawas, 2015
Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 telah dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lawas pada 13 dan 14 Mei 2015 bermula Jam 0800 hingga 1700. Kursus ini telah disampaikan oleh dua orang Jurulatih Utama Kebangsaan dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Pn. Christina dan Pn. Berta.

Secara ringkasnya, terdapat 6 slot dalam kursus ini seperti berikut.



Hari Pertama
0800 - 1000
Taklimat Umum KSSR
1030 - 1230
Taklimat DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1400 - 1500
Taklimat Pengaturcaraan dan Aplikasi Script
Amali/ projek Aplikasi Script
Hari Kedua
0800 - 1000
Amali/ projek Aplikasi Script
Pembentangan Script
1030 - 1230
Taklimat Rancangan Pengajaran Harian TMK
Amali/ menulis RPH
1400 - 1700
Pembentangan RPH
Taklimat Penilaian dan Pentaksiran

Di dalam kursus ini, kami telah mempelajari pengaturcaraan (programing) mudah yang mana akan diajarkan kepada murid-murid Tahun 6 pada tahun hadapan. Berikut merupakan salah satu projek pengaturcaraan yang dihasilkan oleh peserta kursus menggunakan perisian Scratch.



Gambar-gambar semasa kursus:
Pn. Christina menyampaikan taklimat beliau

Contoh Pseudokod dan Carta Alir Peserta
Cikgu Tan Kan Tsai menyampaikan cenderahati kepada Pn. Berta

Cikgu Tan Kan Tsai menyampaikan cenderahati kepada Pn.Christina

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai