LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan
murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) dan numerasi
di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah.
Pada 10 Mac 2014, satu Pertandingan Membina Bahan Bantu Belajar (BBB) telah dijalankan oleh penyelaras LINUS di bawah unit kurikulum. tujuan pertandingan ini adalah untuk membina BBB yang berkesan dalam mendidik murid-murid tahap satu dalam program LINUS.
Seramai 14 orang guru daripada semua panitia di SK Trusan telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Setiap kumpulan telah berusaha untuk menghasilkan BBB yang dirasakan paling sesuai dan berkesan dalam mengajar murid-murid dalam program LINUS.
Pada 23 Mei 2014, keputusan pertandingan telah diumumkan oleh barisan Juri. Kumpulan Bahasa Melayu telah mendapat tempat pertama dengan BBBnya yang cukup kreatif dan inovatif.
Pada 23 Mei 2014 iaitu pada pukul 10.10 pagi, semua BBB telah dipamerkan di Pusat Sumber SK Trusan. Kemudian, satu "Galeri Work" telah dilaksanakan dan murid-murid telah diaturkan mengikut kelas untuk melihat sendiri pameran BBB itu. Beberapa orang murid juga telah mengambil peluang ini untuk mencuba sendiri BBB itu bersama-sama dengan guru-guru mereka.
Gambar-gambar lain
Cikgu Tan menunjukkan BBBnya kepada murid-murid. |
Cikgu Khatayrina mendemonstrasikan BBBnya. |
Ustazah Zaimah mengajar murid-murid dengan BBBnya. |
Cikgu Soraya menerangkan cara penggunaan BBBnya. |
Cikgu Alifarizal mendidik murid-murid membaca. |