Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014


Pada 20 November 2014, satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar telah dianjurkan secara gilang-gemilangnya olah pihak Sekolah Kebangsaan Trusan. Majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah bertungkus-lumus dan juga berusaha dalam mencapai pencapaian yang baik dan cemerlang dalam bidang akademik.

Seawal pukul 7.30 pagi, murid-murid SK Trusan telahpun berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad manakala guru-guru pula sibuk membuat persediaan yang terakhir memastikan supaya majlis yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dihadiahkan kepada murid-murid yang dikasihi sekalian.


Pada pukul 7.58 pagi, wakil PPD dan pengerusi PIBG telahpun tiba di Dewan Dato Pengiran Mohammad. Sebaik sahaja beliau tiba, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negaraku.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Awangku Mohammad Arif Bin Abdool Kadir.

Majlis tidak akan lengkap tanpa ada yang berucap. Maka majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi PIBG SK Trusan. Dalam ucapannya, beliau telah menekankan betapa pentingnya Ibu Bapa bekerjasama dengan pihak sekolah agar anak-anak mereka boleh berjaya.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yusop Bin Sitam, Guru Besar SK Trusan.
Beliau menyatakan rasa bangga beliau terhadap warga SK Trusan kerana telah menjayakan semua aktiviti sekolah dengan membekalkan semangat kerjasama yang begitu erat.

Selepas itu, wakil PPD Lawas pula memberikan ucapan beliau. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan rasa tertarik beliau terhadap motto sekolah iaitu "ASAL BEKARIH BERLURIH" kerana beliau juga percaya bahawa usaha adalah tangga kejayaan.


Majlis kemudiannya dihidangkan dengan "Tayangan Slaid Aktiviti Sepanjang Tahun SK Trusan". Tayangan slaid ini telah merumuskan secara ringkas semua aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan trusan sepanjang tahun 2014 serta kejayaan dan pencapaian yang telah dikecapi pada tahun ini. Video klip berikut merupakan tayangan slaid asal yang telah ditayangkan semasa Majlis Anugerak Kecemerlangan Pelajar 2014. Hayatilah...




Selepas menikmati tayangan slaid yang begitu mantap, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat tempat 3 teratas dalam Ujian Penilaian Akhir Tahun. Setelah penyampaian sijil dan hadiah itu, pada hadiri disajikan pula dengan tarian yang begitu comel yang dipersembahkan oleh murid-murid pra-sekolah di bawah bimbingan Cikgu Noriah.







Seterusnya ialah penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu lulus semua mata pelajaran dan mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya "B".  Pengiktirafan ini bertujuan untuk memberi galakkan kepada murid-murid untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan diri.


Untuk menghilangkan rasa bosan, para hadirin dan tetamu jemputan dipersembahkan dengan Tarian Sumazau yang begitu terkenal di Negeri Sabah.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemimpin muda iaitu PENGAWAS HARIAN, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA SERTA PENOLONG KETUA KELAS yang telah bertungkus lumus berkhidmat untuk Sekolah Kebangsaan Trusan dan membantu meringankan kerja-kerja guru-guru disekolah.

Kemudian, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh murid-murid Pra-sekolah yang kecil molek, majlis konvokesyen Pra-sekolah.


Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Konvokesyen murid-murid Tahun 6 yang bakal meningkalkan bangku sekolah rendah dan menjejak kaki ke sekolah menengah pada tahun hadapan.


Kemudian, majlis dipersembahkan pula dengan satu lagi tarian iaitu Tarian Poyo



Akhirnya, tibalah acara kemuncak dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 iaitu penyampaian hadiah kepada 3 orang pelajar yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Keempat-empat orang pelajar tersebut adalah seperti dibawah dengan anugerah yang diterima masing-masing.


Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik

Nurdina Nazifa Binti Madini

- Sentiasa mendapat tempat pertama atau kedua dalam peperiksaan di sekolah.
Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum

Zul Jalani Wal Ikram

- Pingat emas dalam Lompat Jauh (Daerah Lawas)
- Pingat perak dalam Lompat Jauh (Bahagian Limbang)
- Sepatutnya mewakili Bahagian dalam Ujian Masa (Terpaksa tarik diri untuk UPPK)
Anugerah Tokoh Pelajar 2014


Mohamad Faizzurrin Bin Abdul Khan

- Ketua Pengawas
- Sentiasa mendapat tempat 3 teratas dalam peperiksaan.

- Memecah rekod 4x100m Lawas. Wakili Daerah Lawas dalan Acara Balapan dan Padang.



Anugerah Kerjasama

Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk memberikan "Anugerah Kerjasama" ini sebagai penghargaan kepada PIBG SK Trusan di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang tahun 2014.

TERIMA KASIH!!!




TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID YANG TELAH BERJAYA. KEPADA YANG KURANG BERJAYA, TERUSKAN USAHA. 

ASAL BEKARIH BELURIH!!!


Disediakan Oleh: Tan Kan Tsai & Moktar Bin Jaman