Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2014

Mesyuarat  Agung PIBG SK Trusan telah dilangsungkan pada 22 Jun 2014.  Mesyuarat berlangsung di Dewan Pengiran Dato Mohamad SK Trusan. Lebih 70 orang ibu bapa pelajar turut hadir. Mesyuarat bukan saja untuk memilih jawatankuasa baharu tetepi juga turut membincangkan tentang perancangan PIBG untuk membantu pembangunan dan perancangan sekolah pada masa depan. Dalam ucapan alu-aluan Yang Dipertua(YDP) turut menekankan tentang peripentingnya kerjasama berterusan antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam memastikan pelajar dapat pendidikan sempurna dan suasana kondusif di sekolah  dapat dinikmati oleh anak-anak kita di sekolah ini. Guru-guru perlukan sokongan ibu bapa dalam mereka melaksanakan tugas mendidik kerana tanpa sokongan ibu bapa mereka sendiri sudah pasti tidak dapat melaksanakan amanah itu dengan sempurna. Dengan ada hubungan erat antara keduanya, apa saja yang dirancang untuk kebaikan sekolah akan dapat dijalankan, dan infaknya nanti sudah pasti kepada pelajar itu sendiri serta memberi  keuntungan kepada ibu bapa mereka.  Kejayaan mereka bererti kejayaan Ibu Bapa juga.
Mesyuarat tersebut juga telah memutuskan secara bersama untuk mempertahankan semua ahli Jawatankuasa yang lama disamping membuat sedikit perubahan mengikut keperluan semasa. Berikut adalah keputusan pemilihan JK baharu bagi sesi 2014-2016;

Penasihat                    :  Encik Yusop bin Hj. Sitam – Guru Besar SK Trusan
Yang Dipertua             :  Pg. Abdoll Kadir bin Pg. Hj. Harun
Tim. Yang Dipertua     :  Pg. Samsuh bin Pg. Hj. Matassan
Setiausaha                   :  Encik Moktar bin Jaman
Tim. Setiausaha          :  Encik Alifarezal bin Sahak
Bendahari                   :  Encik Madini bin Hj. Masri
Ahli-ahli Jawatankuasa
Kampung  Tanjung      :  Awgku Mohamad bin Pg. Baha
Kampung Gelapas       :  Puan Zaiton binti Murat
Kampung Balai            :  Encik Zakria bin Damit
Kampung Tengah        :  Encik Kassim bin Saleh
Kampung Dato            :  Puan Norimah binti Hj. Tapa
Kampung Pg. Karta     :  Encik Abu Bakar bin Sabeli
Kampung Seberang     :  Encik Samari bin Said
Kampung Ranau Baru :  Encik Temanggong
Audit Dalaman            :  Encik Awang Amir Bin Awang Arsad

Disediakan oleh : Cikgu Moktar bin Jaman

Penyampaian Cenderamata
pihak sekolah oleh Guru Besar
Majlis persaraan Pg. Ebeni bin Pg. Hj. Jakaria. Majlis diadakan dengan sederhana namun cukup bermakna bagi beliau. Beliau yang akan bersara pada 17 Julai 2014 namun bercuti lebih awal bagi menghabiskan cuti yang masih belum diambil sebelum ini. Beliau berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2012 sebagai pembantu Am Rendah dan sebelum ini telah berkhidmat di SMK Trusan selama lebih 30 tahun. Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1973. Beliau mengakhiri perkhidmatan di SK Trusan dimana beliau pernah menuntut pada awal persekolahan beliau. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih atas didikasi beliau walaupun dalam tempoh yang singkat di sekolah ini. Semoga beliau dapat menikmati persaraan ini dengan kesihatan yang baik dan ceria selalu. Terima kasih daun keladi, ada masa dan ruang kita bertemu lagi.
Disediakan oleh : Cikgu Moktar bin Jaman