MESYUARAT ASET BIL 1/ 2015

Pada 26 Mac 2015, Mesyuarat Aset Bilangan 1/ 2015 telah diadakan bagi membincangkan tentang hal-hal berkaitan dengan aset sekolah. Mesyuarat ini telah bermula pada pukul 2 petang bertempat di Dewan Dato Pengiran Mohammad Sekolah Kebangsaam Trusan.


RINGKASAN AGENDA
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
  • Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru dan AKP ke mesyuarat kali ini. Beliau berharap mesyuarat ini akan dapat memutuskan banyak perkara dan mengharapkan pengurusan aset sekolah dapat berjalan lancar dan sempurna
  • Beliau juga menekankan tentang penggunaan aset sekolah dapat diguna dengan baik dan semua rekod-rekodnya adalah kemas dan terkini.
2.0 TAKLIMAT PEGAWAI ASET
  • En. Moktar memaklumkan tempoh lantikan beliau sebagai Pegawai Aset telah pun taman pada bulan Januari, namun beliau sanggup menjalankan tugas sebagai Pegawai Aset sehingga lantikan baru dibuat.
  • Setakat ini pengurusan aset berjalan dengan lancar, semua laporan dihantar kepada Jabatan mengikut jadual.
  • Beliau berterima kasih kepada Cik Maslinah kerana banyak membantu dalam hal-hal berkaitan dengan membaut laporan dan mengemaskini aset sekolah.
  • Walau bagaimanapun, banyak bahagian yang perlu ditambahbaik terutama dari segi rekod penggunaan dan pengenalpastian kedudukan aset-aset tertentu.
3.0 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET 2015
  • Pengerusi : En. Yusop bin Sitam
  • N. Pengerusi : En. Awg Amir bin Awg Arshad
  • Setiausaha : Moktar Bin Jaman
  • Pegawai Aset Sekolah: En. Moktar Jaman
  • Pegawai Pemeriksa Harta Modal dan Inventori: En Drahman b Kahar & En Alifarizal b Sahak
  • Pegawai Pemeriksa Pelupus Aset: Pn Syarkinah bt Wahab & Pn Emlly Uding Gau
  • Pegawai Pemeriksa Stor: En Hafizuddin Bin Hairudin & Cik Maslina bt Tinggal
  • Pegawai Pemberifikasi Stor: Pn Lolitha Balang, Pn Zaimah bt Yusoff & En Tan Kan Tsai
4.0 HAL-HAL LAIN
  • Pn. Emlly mencadangkan supaya satu taklimat tentang tatacara pelupusan aset sekolah diadakan di sekolah.
  • En. Moktar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana telah menjayakan pengurusan aset sekolah dengan sempurna.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1543.



----------------Laporan Disediakan Oleh: TAN KAN TSAI -----------------