|
Cikgu Tan mendedahkan Program Mentor-mentee |
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
|
Cikgu Drahman berkongsi pengalaman hidupnya |
Pada 20 Mei 2014, program mentor-mentee telah dilaksanakan pada pukul 7.20 pagi hingga 7.50 pagi bagi mengisi ruang perhimpunan yang ditangguhkan. Seorang guru telah ditempatkan di dalam setiap kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 sebagai mentor.
|
Cikgu Moktar memberi penjelasan |
Guru-guru telah mengambil peluang ini untuk mengambil berat serta mengetahui masalah-masalah yang murid-murid hadapi di sekolah. Kemudiannya, guru-guru juga berkongsi dengan mereka pengalaman mereka sendiri dalam menghadapai masalah-masalah yang serupa.
|
Mentee Tahun 1 |
Beberapa orang guru pula telah mengambil peluang ini untuk berkongsi berkaitan dengan "Perkembangan Diri" murid-murid sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
Gambar-gambar lain
|
Mentor dan mentee yang menyambut kedatangan jurukamera |
|
Ustaz Safri tersenyum mendengar perkongsian murid |
|
Cikgu Drahman berkongsi pengalaman hidupnya |
|
Cikgu Alifarizal dengan topik perbincangannya |