Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014

29 Ogos 2014, Sambutan Hari Kemerdekaan ke57 di sini disambut mariah. Pelbagai acara diadakan sempena perayaan tersebut. Bermula dengan pemasangan bendera Malaysia dan Sarawak di sekitar sekolah seminggu lebih awal dan kemuncaknya dengan perarakan serta pertandingan basikal Patriotik pada 29 Ogos. Pertandingan ini telah menarik penyertaan ramai pelajar dan kemuncaknya ialah perarakan merdeka secara berkonvoi di sekitar Kampung Gelapas hingga ke Kampung Pg. Dato Mohamad.
              Konvoi telah dilepaskan sendiri oleh Guru Besar SK Trusan iaitu Cikgu Yusop bin Hj. Sitam dalam satu upacara ringkas di kawasan letak kereta sekolah. Sebelum itu juga acara bacaan yasin dan doa sempena kemerdekaan juga diadakan di Surau Sekolah diketuai oleh Ustaz Hafizudin bi Khairudin. Konvoi diiringi oleh guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah diketuai oleh Cikgu Moktar bin Jaman. Majlis berakhir dengan jamuan ringkas di Dewan Pg. Dato Mohamad. Basikal patriotik telah dimenangi oleh Adik Faizurin bin Abdul Khan, tempat kedua Adik Norirfan bin Drahman dan tempat ketiga Adik Nurdina Nazifa. 15 hadiah saguhati juga disediakan.               
 Di peringkat asrama pula, diadakan pertandingan mewarna yang bertemakan hari kemerdekaan. Pertandingan diadakan dalam dua kategori iaitu kategori A  bagi tahap 1 manakalah kategori B pula adalah bagi tahap 2. Keputusan pertandingan telah diumumkan pada hari berikutnya dan hadiah-hadiah telah disempaikan oleh Guru Besar dalam satu perhimpunan ringkas di Dewan Pg. Dato mohamad. Pemenang kategori A ialah Syaifa Misyafiqa bin Jahari, Agustine Jose dan Sophea Dallyn. Sementara dalam kategori B pula ianya dimenangi oleh Nur Rusydah, Norputry Saffawati dan Rina Abdullah. 10 peserta terbaik juga mendapat hadiah saguh hati masing.masing.