Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2014


 8 Ogos 2014, Majlis sambutan perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2014 peringkat sekolah diadakan di gelanggang bola futsal SK Trusan. Sambutan kali ini lebih meriah dengan adanya kerjasama PIBG yang turut menyumbang dan menjayakan perayaan itu bersama pihak sekolah. Lebih 200 orang hadir pada majlis tersebut. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan doa dibacakan oleh Ustaz Hafizudin bin Hairudin.
Dalam ucapanya Guru Besar Cikgu Yusop bin Hj. Sitam menegaskan tentang peri pentingnya kerjasama guru dan ibu bapa dalam menjayakan sekolah. Banyak program-program dirancang baik bersifat akademik maupun non akademik yang semestinya menagih sokongan padu semua warga sekolah dan ibu bapa sendiri. Beliau juga menyebut tentang anjakan pendidikan masa kini untuk maklumat ibu bapa. Dalam aspek disiplin beliau mahu ibu bapa perlu memainkan peranan untuk berkerjasama dengan pihak sekolah dalam
mengawal dan mendisplinkan anak masing-masing.

         Sementara itu, YDP Pg. Abdoll Kadir bin Pg. Hj. Harun turut meminta ibu bapa agar sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak sekolah untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan baik serta pihak sekolah selesa menjalankan amanah ini demi masa depan anak-anak kita sendiri. PIBG menurut beliau akan berkerjasama dengan pihak sekolah dan bersedia memberi khidmat jika diperlukan.
           Dalam majlis itu pihak PIBG telah menyumbang 20 buah hemper untuk cabutan nama-nama bertuah. Para ibu bapa yang hadir juga turut menyumbang juadah untuk sajian pada majlis tersebut disamping juadah yang disediakan oleh pihak sekolah dan PIBG sendiri.

Sumbangan : Cikgu Moktar bin Jaman