Backdrop Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan dan Penyelidikan Guru Peringkat Negeri 2014 |
Pada 21 Jun 2014, satu Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan dan Penyelidikan Guru telah dianjurkan oleh SMK Sacred Heart dengan kerjasama Universiti College of Technology Sarawak (UCTS). Melalui seminar ini, guru-guru diberi peluang untuk berkongsi ilmu tentang amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka di dalam kelas. Perkongsian seumpama ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru di seluruh Sarawak.
Draf Persidangan sehingga 10.50pagi |
Pada pukul 7.00 pagi, guru-guru dari sekitar Negeri Sarawak telah mula membanjiri dataran UCTS yang masih lagi dalam proses pembinaan. Pembentang serta peserta persidangan mula mendaftar di Foyer Dewan sehingga pukul 7.40pagi. Sebaik sahaja selepas pendaftaran, semua peserta dan pembentang bergerak ke Dewan Kuliah untuk mendengar ucapan dan amanah serta pengkongsian ilmu daripada pihak penganjur serta profesor yang terlibat.
Pergi ke pekan membeli laksa,
Rasanya masin, kuahnya jalang,
bila penganjur hargai masa,
Rasanya masin, kuahnya jalang,
bila penganjur hargai masa,
Perjalanan program lancar, cemerlang.
Tepat pukul 9.45pagi, taklimat House-keeping telah diberikan oleh Encik Tiong Tuang Ching, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Sacred Heart. Beliau telah menerangkan secara ringkas tetapi padat tentang perjalanan Seminar Penyelidikan pada hari itu. Selain itu, sedikit taklimat umum tentang pembentangan penyelidikan telah diberikan oleh beliau untuk memastikan perjalanan program yang lancar.
Taklimat House-Keeping oleh En. Tiong Tuang Ching |
Tepat pukul 8 pagi, ucapan alu-aluan telah diberikan oleh Yang Berusaha En Stephen Tan ming Kiong, Pengetua SMK Sacred Heart selaku penganjur Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan dan Penyelidikan Guru ini.
Ucapan alu-aluan oleh Stephen Tan Ming Kiong, Pengetua SMK Sacred Heart |
Dalam ucapan beliau, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak UCTS di atas kesudian mereka bekerjasama dengan SMK Sacred Heart dalam menganjurkan persidangan ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peserta dan pembentang yang datang jauh dari sekitar Sarawak.
Ucapan oleh Dato' Dr.Sabaruddin B. Mohd |
Seterusnya, masjlis diteruskan dengan ucapan oleh Dato' Dr. Sabaruddin B. Mohd selaku Deputy Vice-Chancellor (Academic), University College of Technology Sarawak. Dalam ucapan, beliau menerangkan sedikit sebanyak tentang kelebihan fasiliti UTCS ini. Menurut beliau, fasiliti ini dibina dengan berkonsepkan ". Tasik di hadapan UCTS ini sebagai contoh, sebenarnya adalah takungan air hujan yang akan digunakan dalam sistem penghawa dingin di seluruh fasiliti UCTS.
Selepas itu, majlis memperdengarkan ucapan utama daripada En Lau Shin Chai yang menggantikan Tn Hj Abdul Hassan Bolhassan, selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Beliau telah menggunakan peluang ini untuk memberikan nasihat kepada para hadirin yang rata-ratanya adalah guru. Berikut adalah antara ringkasan nasihat yang diberikan oleh beliau:
- "Collaboration is everything". Sebuah sekolah haruslah bekerjasama dengan PPD, JPN, komuniti dan sebagainya untuk berjaya.
- "Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself". Untuk membawa perubahan, guru harus merubah dirinya dahulu.
- "The art of Teaching is the art of assisting discovery". Guru harus membuat kajian untuk mewujudkan amalan PdP yang terbaik bagi kumpulan pelajar yang diajarnya.
- "Success comes from the HEART (H=HOPE; E=EFFORT; A= ATTITUDE; R= RESOURCEFULNESS; T= TEAMWORK).
Pada tepat pukul 9.00 pagi, majlis ditangguhkan untuk berehat dan sesi penggambaran. Semua peserta dan pembentang dikumpulkan bersama-sama untuk sesi penggambaran.
Bergambar dengan Guru inspirasiku, Cikgu Tan Kok Ann |
Saya amat bertuah pada ketika ini kerana telah bertemu semula dengan Cikgu Tan Kok Ann, yang telah memberi inspirasi kepadaku ketika saya belajar di bangku sekolah menengah pada tahun 2005.
Mindset oleh Assoc Prof Patrick Then |
Pada tepat pukul 9.30pagi, semua peserta dan pembentang berkumpul sekali lagi di dalam Dewan Kuliah UCTS untuk sesi Plenary I oleh Assoc Prof Patrick Then dengan tajuknya "MINDSET". Menurut beliau, "mindset" amat penting dalam pembelajaran. Kita haruslah mempunyai "growth mindset" untuk berjaya. Antara ciri-ciri "growth mindset" ialah orang yang mempunyai "growth mindset" akan ketawa terhadap masalah yang dihadapinya serta sedia menerima cabaran.
Mindset mempengaruhi peluang untuk berjaya |
Menurut Prof Patrick Then juga "mindset" juga mempengaruhi "attitude" seseorang individu. Cara kita berfikir boleh mempengaruhi peluang seseorang itu untuk berjaya.
Action Research oleh Dr. Lau Hieng Soon |
Sesi Plenary II pula bermula pada pukul 10.00 pagi oleh Dr. Lau Hieng Soon, Senior Lecturer of UCTS dengan tajuknya "Action Research".
Action Research |
Menurut beliau, setiap orang guru mengharapkan yang terbaik dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka di dalam kelas. Oleh sebab itu, setiap orang guru haruslah membuat penyelidikan tindakan kerana melalui penyelidikan, guru "reflect" terhadap amalan PdP mereka di dalam kelas. Kemudian merancang rawatan atau strategi terhadap masalah yang dihadapinya di dalam kelas, lalu menghasilkan persekitaran pembelajaran yang berterusan, baru dan menunjukkan kemajuan. Seorang guru yang baik akan sentiasa mengubah kaedah dan strategi pengajarannya berdasarkan kepada kumpulan murid serta stail pembelajaran murid.
Sesi Plenary II telah tamat pada pukul 10.50 pagi. Kemudian, kami berehat sebentar sehingga pukul 11.00pagi. Tepat pukul 11 pagi, seminar ini diteruskan dengan Sesi Selari di mana para pembentang membentangkan hasil penyelidikan masing-masing.
Jadual Sesi Selari I |
Saya telah membentangkan kertas kajian saya sebagai pembentang ke-5 dengan tajuk kajian "Token Ganjaran dan Token Dendaan dalam menggalakkan murid-murid menghantar tugasan Bahasa Inggeris mereka".
Saya (Cg. Tan Kan Tsai) membentangkan hasil kajiannya |
Dalam penyelidikan ini, saya mengkaji sama ada pemberian token ganjaran dan token dendaan dapat menggalakkan murid-murid membuat dan menghantar tugasan; dan sama ada perbuatan membuat dan menghantar tugasan dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam penilaian sumatif.
Peserta Seminar mendengar pembentangan pembentang |
Hasil dapatan penyelidikan saya, menunjukkan bahawa pemberian token ganjaran dan token dendaan sememangnya dapat meningkatkan kekerapan murid-murid menyiap dan menghantar tugasan. Selain itu, perbuatan murid-murid menyiap dan menghantar tugasan juga terbukti dapat meningkatkan prestasi mereka dalam penilaian sumatif.
Menerima sijil penghargaan daripada En. Tiong Tuang Ching |
Selepas pembentang penyelidikan tindakan itu, saya telah menerima beberapa cadangan dan kritikan yang membina daripada pada peserta. Saya berasa sangat bertuah kerana cadangan dan kritikan tersebut dapat membantu saya memperbaiki perlaksanaan penyelidikan tindakan saya pada masa akan datang. Selepas sesi soal jawab, saya telah menerima sijil penghargaan daripada En. Tiong Tuang Ching, PKT6 SMK Sacred Heart.
Cg. Chin Suk Mei dari Kuching membentangkan hasil penyelidikannya |
Semua pembentang telah berjaya membentangkan hasil penyelidikan mereka pada kira-kira pukul 13.30 petang seperti dalam perancangan. Kami kemudiannya berhenti berehat untuk makan tengah hari. Pada pukul 2 petang, seminar diteruskan dengan perbincangan para pembentang dengan panel review yang memberikan komen lanjut kepada kami.
Persidangan ini tamat pada pukul 2.30petang.
Dilaporkan oleh,