Kejohanan
Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah Daerah (MSSRD)
Lawas telah diadakan pada 25 hingga 27 Februari 2014.
SK
Trusan telah menghantar seramai 25 orang atlet untuk bertanding dalam
kejohanan ini. Dalam kejohanan ini, SK Trusan telah berjaya mengumpul
sebanyak 56 mata dan secara tidak langsung telah berjaya menaikkan
kedudukan sekolah daripada tempat ke-16 pada tahun lepas kepada tempat
ke-10 pada tahun ini (2014).
Dalam
kejohanan ini, SK Trusan telah berjaya merangkul 2 emas dan 2 perak
serta berjaya memecah rekod kejohanan dalam acara 4 x 100m Lelaki 12
Tahun Ke bawah (L12TKB). Berikut merupakan atlet-atlet yang
menyumbangkan pingat-pingat itu.
PINGAT EMAS
1. lompat jauh lelaki 11 TKB
- Zul Jalani Wal Ikram bin Rodi (no. 1213)
2. 4 x 100m lelaki 12 TKB (REKOD- 58.22 saat)
- Ak Mohd Irfan B Ak Reduan (no. 1203) - pelari 1
- Mohd Faizzurin B Abdul Khalid (no. 1201) - pelari 2
- Mohd Fakhruddin Ar Razi B Yaman (no. 1200) - pelari 3
- Afzareziman B Abdullah (no. 1202) - pelari 4
PINGAT PERAK
1. Lari berpagar lelaki 12 TKB
- Ak Mohd Irfan B Ak Reduan (no. 1203)
2. 4 x 100m lelaki 11 TKB
- Mohammad Hafiz Joll B Faizul (no. 1211) - pelari 1
- Zul Jalani Wal Ikram B Rodi (no. 1213) - pelari 2
- Muhammad Hafiz Irfan B Alihan (no. 1212) - pelari 3
- Mohd Zaiful Nizam B Ranawi (no.1214) - pelari 4
Sedutan Ringkas: Hayatilah...
4x200m Lelaki 11 TKB: Sedia... |
Pasukan 4 x 100m Lelaki 12TKB (pemegang rekod Lawas 2014) |
Pasukan Perbarisan SK Trusan Lawas |
TAHNIAH!
KEPADA PARA ATLET DAN WARGA SK TRUSAN.
Penghargaan kepada pasukan jurulatih:
1. Tan Kan Tsai
2. Madini bin Masri
3. Drahman bin Kahar
4. Alifarizal bin Sahak
5. Rizal bin Awang
6. Moktar bin Jaman
Syabas dan Tahniah kepada Yusop bin Hj Sitam (GB)