Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Demontrasi Alat Pemadam Api 2015

Majlis Perasmian Taklimat Keselamatan Kebakaran

Pada 26 Mei 2015, satu Taklimat Keselamatan Kebakaran telah diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Trusan bagi menerangkan kepada murid-murid tentang bahayanya api dan langkah-langkah keselamatan kebakaran.


Ketibaan Pegawai Bomba dan Penyelamat
Bomba dan Penyelamat di Sk Trusan


Pada tepat pukul 8.30 pagi, satu rombongan bomba dan penyelamat seramai enam orang telah tiba di dataran Sekolah Kebangsaan Trusan. Rombongan yang tiba dengan sebuah kereta pacuan empat roda dan sebuah jentera Bomba dan Penyelamat, cukup menggemparkan murid-murid SK Trusan. Mereka cukup seronok melihat ketibaan rombongan ini yang terdiri daripada 6 orang pegawai bomba iaitu
  1. En. Masli (Pegawai Bomba Kanan II)
  2. En. Johnny
  3. En. Awg Zamahri
  4. En. Awg Drizal
  5. En. Ihsan
  6. En. Shamri
Taklimat Keselamatan Kebakaran

Taklimat Keselamatan Kebakaran telah diberikan oleh En. Masli, Pegawai Bomba Kanan II. Taklimat yang ringkas dan padat ini cukup lengkap dengan pelbagai informasi yang berguna sama ada kepada murid-murid ataupun kepada guru-guru. Antara informasi yang telah diberikan oleh beliau ialah Konsep 3P (Pencegahan, Pemadaman, Pengosongan)


Konsep 3P
Organisasi seperti sekolah pula diingati supaya mempunyai perancangan langkah-langkah keselamatan. Perancangan yang dimaksudkan ialah post-mortem di bawah.

Post Mortem Organisasi seperti sekolah
Malang tak berbau, sesebuah organisasi yang mempunyai bilangan penghuni yang ramai perlu mempunyai langkah-langkah keselamatan seperti mempunyai laluan kecemasan, mempunyai Ahli Jawatankuasa Keselamatan (AJK) dan senarai semak penghuni.

Murid-murid juga diajar cara memadamkan api jika pakaian terbakar dengan cara Rebah dan Guling. Awangku Afiq telah mencuba dan mendemostrasikan caranya kepada murid-murid yang lain.

Berguling dan memadamkan api
Selepas taklimat yang tidak begitu panjang iaitu hanya selama kira-kira 1 jam. Pihak sekolah memberikan cenderamata kepada pegawai-pegawai bomba yang sudi datang memberi Taklimat Keselamatan Kebakaran.


Yusop Bin Sitam memberikan cenderamata kepada En.Masli
Murid-murid direhatkan pada pukul 9.30 pagi dan akan berkumpul di padang SK Trusan pada pukul 10.00 pagi. Pada pukul 10.00 pagi, murid-murid telah ditunjukkan oleh pengawai bomba cara-cara menggunakan alat pemadam api.


Demonstrasi Alat Pemadam Api
Alat pemadam api yang beratnya 14kg itu, rupa-rupayanya boleh diangkat oleh seorang murid sekolah rendah. Berat pada zahirnya, tetapi tidaklah terlalu berat.


Mathew Lusat mengangkat alat pemadam api

Aliya bt Moktar mengangkat alat pemadam api
Kemudian, tibalah masanya, pegawai bomba menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api. Guru-guru juga berpeluang untuk menunjukkan cara kepada murid-murid di samping mencuba alat pemadam api itu.

Demonstrasi oleh pegawai bomba

Demontrasi oleh Cg. Drahman Bin Kahar

Demontrasi oleh Cg. Siti Jaliha
Selepas sesi demontrasi, alat pemadam api, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh warga SK Trusan. Inilah peluang yang jarang ada. Bukan sahaja murid-murid, bahkan guru-guru juga jarang berpeluang melihat dan memahami jentera bomba dan penyelamat ini. Biasanya melihat dari jauh, tetapi kali ini dapat lihat dari dekat. Ramai guru dan murid-murid mengambil peluang ini untuk mencuba kelengkapan bomba dan penyelamat, merasa duduk di dalam jentera ini dan sebagainya.

Pegawai bomba telah cuba sedaya upaya untuk menjawab dan menerangkan sebarang soalan yang dilontarkan oleh murid-murid dan juga guru-guru SK Trusan. Penerangan yang begitu terperinci dan jelas telah membantu warga SK Trusan lebih memahami profesion bomba dan penyelamat ini.

Bergambar bersama-sama anggota bomba

Selepas sesi ini, warga SK Trusan telah mengambil gambar dengan rombongan bomba dan penyelamat ini. Kemudiannya bersalaman dengan pegawai bomba dan penyelamat sambil menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka.

Rombongan Bomba dan Penyelamat ini telah meninggalkan SK Trusan pada jam 1130.

Sekian, dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai

Nikmatilah beberapa gambar dalam sesi ini!
Jentera bomba dari sisi

jentera bomba dari sisi sebelah lagi

Cg. Alifarizal memakai suit bomba

Cg. Tan Kan Tsai sedang memakai suit bomba

pakailah helmet untuk keselamatan

siap memakai suit bomba

Memang nampak macam bomba

Gambar lagi

Cuba menanggalkan suit bomba

murid-murid melihat jentera bomba

meneliti jentera ini. Rasa kagum!

Ada yang menanyakan soalan


Giliran Cg. Amir mencuba suit bomba

Cg moktar dan Cg. Amir


Mari bergambar!

Penerangan di atas jentera bomba

Meneliti peralatan di atas jentera ini

Lebih banyak penerangan

Ada murid yang merasa duduk di dalam jentera bomba

Cg Tan Kan Tsai berada di atas jentera

Bergambar bersama-sama


Bergambar bersama-sama