Sumbangan PIBG: Papan Tanda Keselamatan

YDP menyampaikan papan tanda
keselamatan kepada pihak sekolah
dan diterima sendiri oleh Cikgu Yusop
bin Hj. Sitam Guru Besar SK Trusan
Sebagai tanda kerjasama erat PIBG SK Trusan dengan pihak sekolah, PIBG telah mengadakan pelbagai aktiviti bersama pihak sekolah. Pada tahun 2013 yang lalu PIBG telah mengadakan Perayaan PIBG di sekolah ini. Mereka juga terlibat dalam penganjuran Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran pihak sekolah pada akhir tahun 2014. Selain itu PIBG juga turut sama dalam menceriakan sekolah dengan penganjuran gotong-royong secara berkala bersama pihak sekolah. Baru-baru ini iaitu pada 24 Julai 2014 pihak PIBG telah menyerahkan sumbangan papan tanda keselamatan kepada pihak sekolah yang disampaikan sendiri oleh YDP Pg. Abdoll Kadir kepada Guru Besar Cikgu Yusop Hj. Sitam  di pejabatnya.  Ini bertujuan bagi membantu pihak sekolah terutama dalam memastikan keselamatan pelajar sentiasa menjadi keutamaan.
Pada majlis itu juga pihak PIBG juga menghulurkan sumbangan kepada Puan Nohayati binti Dahlan sebagai tanda simpati dan perihatin atas pulangnya kerahmatullah suami beliau baru-baru ini. Beliau adalah merupakan salah seorang pekerja di sekolah ini dan mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah. Sebelum ini pihak PIBG  juga telah menyumbang papan putih untuk semua kelas, pembelian papan lapis untuk pentas dan pelbagai sumbangan lain. Semoga sumbangan dan kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh : Cikgu Moktar bin Jaman