Hari Pertama
Khamis (15/10/15)
|
Aktiviti
|
0720 – 0800
|
Pendaftaran
|
0800 – 1000
|
Kem Kraf
Ucap Tama
Taklimat Komanden Kem
|
1000 – 1030
|
Rehat
|
1030 – 1230
|
Orientasi – LDK 1
|
1230 – 1400
|
Makan Tengahari / Solat Zohor
|
1400 – 1545
|
Tali Temali
|
1545 – 1615
|
Rehat
|
1615 – 1800
|
Membina Gajet
|
1800 – 2000
|
Persiapan diri
Makan malam
Solat Magrib & Isyak
|
2000 – 2200
|
LDK 2
|
Aktiviti pada hari ini bermula pada pukul 8 pagi, iaitu selepas pendaftaran para peserta perkhemahan. Aktiviti bermula dengan ucapan daripada Cikgu Yusop Bin Sitam, guru besar SK Trusan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan beliau yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam penganjuran perkhemahan ini kerana aktiviti seperti ini dapat meningkatkan jati diri dan kemahiran murid-murid di samping menanam nilai-nilai murni dalam kalangan mereka.
Ucapan oleh Yusop bin Sitam, GB SK Trusan |
Selepas ucapan guru besar, komanden kem iaitu Ustaz Hafizzudin telah memberikan taklimat kepada para peserta berkaitan dengan peraturan dan juga keselamatan yang perlu diambil perhatian sepanjang perkhemahan ini.
Taklimat oleh komanden kem, Ustaz Hafizzudin |
Sebaik sahaja selepas taklimat ini, kira-kira pada pukul 0900, murid-murid bertungkus lumus mendirikan khemah masing-masing kerana masa yang diberikan hanyalah 1 jam sahaja.
Mengeluarkan khemah |
Mula memasang khemah |
sedang berusaha memasang khemah |
Siap memasang khemah |
Pada pukul 10 pagi, murid-murid berehat dan memakan sarapan di dalam dewan Dato Pengiran Mohammad. Pada pukul 10.30pagi, murid-murid berkumpul semula untuk aktiviti seterusnya iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDP) bersama Cikgu Tan Kan Tsai. Terdapat beberapa aktiviti telah dilaksanakan di dalam LDP itu, antaranya ialah pemilihan ketua dan timbalan ketua bagi setiap kumpulan. Pemilihan penghulu dan penghuluwati juga telah dilaksanakan dalam LDK ini. Kemudian, murid-murid membina logo kumpulan masing-masing.
LDK oleh Cikgu Tan Kan Tsai |
Menghasilkan logo kumpulan |
Melukis logo kumpulan |
Membentangkan logo kumpulan |
Kemudian, murid-murid direhatkan pada pukul 1230 tengahari untuk makan tengahari dan Solat Zohor.
Aktiviti sambung semula pada pukul 2 petang dengan slot tali temali di mana para peserta mempelajari tentang ikatan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cikgu Awg Amir bin Awg Arshad dan Cikgu Madini bin Masri.
Mempelajari ikatan |
berusaha mempelajari ikatan |
peserta dibantu oleh pembantu tadbir |
Selepas berehat sebentar sehingga 1615, aktiviti membina gajet telah dijalankan di bawah seliaan Cikgu Madini bin Masri dibantu oleh rakan-rakan.
Berbincang tentang gajet yang hendak dibina |
Membina gajet |
Murid-murid berehat pada pukul 6 petang untuk mandi, makan malam serta Solat Maghrib. Aktiviti disambung semula pada pukul 8 petang dengan LDK 2.
peserta seronok dengan aktiviti yang dijalankan |
peserta menikmati permainan ini |
Hari Kedua
Jumaat (16/10/15)
|
Aktiviti
|
0430 – 0600
|
Solat Subuh/ Tazkirah
|
0600 – 0800
|
Laporan pagi
Kawad Statik
Senaman Pagi
Persiapan Diri
Sarapan
|
0800 – 1930
|
Latihan Sembelih
|
0930 – 1000
|
Rehat
|
1000 – 1200
|
Masakan Rimba
|
1200 – 1400
|
Solat Jumaat
|
1400 – 1545
|
Orienteering
|
1545 – 1615
|
Rehat
|
1615 – 1800
|
Jerat & Perangkap
|
1800 – 2000
|
Persiapan diri
Makan malam
Solat Magrib & Isyak
|
2000 – 2200
|
LDK 3
|
Murid-murid bangun pada pukul 0400 dan bersiap sedia untuk aktiviti subuh iaitu Solat Subuh dan Tazkirah. Walaupun pada kebiasaannya, murid-murid masih tidur lagi pada ketika ini, namun semangat yang berkobar-kobar telah membangunkan mereka semua.
Semua peserta perkhemahan berkumpul di padang besar SK Trusan pada pukul 6 pagi untuk laporan pagi dan kawad pagi.
Berkumpul di padang |
Laporan pagi dan kawad kaki |
Pada pukul 8 pagi, para peserta berkumpul di kawasan berdekatan dengan pentas SK Trusan untuk aktiviti yang dinanti-nantikan oleh mereka iaitu latihan penyembelihan. Para peserta menyembelih burung puyuh untuk masakan rimba dengan bimbingan daripada Ustaz Hafizzudin. Beberapa orang murid tidak berani menyembelih buru puyuh tersebut.
Selepas latihan penyembelihan itu, murid-murid teruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu masakan rimba di mana mereka perlu menghidupkan api sendiri dan memasak makan tengah hari mereka sendiri. Masa yang suntuk menjadi halangan di mana mereka hanya ada 2 jam sahaja dari menghidupakan api sehingga memasak dan memakan masakan mereka. Walaubagaimanapun, berkat kerjasama mereka, semua kumpulan telah berjaya mengharungi cabaran ini.
Memasak dengan cara pansoh |
Harum bau masakan! |
Mula memasak! |
Yeah! |
Hati-hati bermain api! |
Pada sebelah petang pula, bermula pukul 2 petang, para peserta dicabar dengan cabaran utama iaitu aktiviti orienteering. Aktiviti ini disediakan dan dirangka oleh Cikgu Tan Kan Tsai dan dikendalikan oleh Cikgu Madini bin Masri. Sebanyak 8 kumpulan yang menyertai permainan ini, tiada 1 kumpulan pun yang berjaya menghabiskan kesemua 10 stesen/ check point yang disediakan.
Belajar membaca kompas |
Berusaha mencari kad tugasan yang disembunyikan |
Mari kita bersama-sama membaca peta! |
Pada pukul 5 petang, aktiviti jerat dan perangkap dilaksanakan. Dalam aktiviti ini murid-murid mempelajari cara memasang jerat dan perangkap sebagai satu kemahiran dalam "survival".
Para peserta berehat pada pukul 6 petang. Pada pukul 8 petang, mereka bermula dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 3.
LDK 3 |
Hari Ketiga
Sabtu (17/10/15)
|
Aktiviti
|
0430 – 0600
|
Solat Subuh
Tazkirah
|
0600 – 0800
|
Laporan Pagi
Kawad Statik
Senaman Pagi
Persiapan Diri
Sarapan
|
0800 – 0930
|
Majlis Penutupan & Penyampaian Sijil dan Hadiah
|
Pada hari terakhir, murid-murid mula mengemas khemah masing-masing pada pukul 7 pagi dan bersedia untuk majlis penutupan dan penyampaian sijil dan hadiah pada pukul 8 pagi.
Bekerjasama mengemas khemas induk |
Melipat kanvas |
Mengemas khemah |
Menyimpan khemah di tempat yang betul |
Laporan ringkas oleh: Tan Kan Tsai