PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH LAWAS 2025

 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK (HARI KEMERDEKAAN)

    Sekolah Kebangsaan Trusan telah melakar sejarah manis apabila buat pertama kalinya menyertai Pertandingan Video Pendek sempena Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Daerah Lawas 2025 yang dianjurkan oleh SK Kampung Seberang. Penyertaan video telah dihantar secara dalam talian melalui YouTube pada 7 September 2025.

    Tanpa meletakkan sebarang harapan besar, SK Trusan berjaya dinobatkan sebagai JOHAN pertandingan tersebut. Kejayaan ini amat membanggakan seluruh warga sekolah kerana ia merupakan penyertaan sulung yang membawa hasil luar jangka.



    Video tersebut menampilkan lakonan mantap daripada empat orang murid sebagai pelakon cilik, manakala penyuntingan video dilakukan oleh Cikgu Christina, selaku Guru TVPSS SK Trusan. Usaha dan kerjasama erat antara guru dan murid telah membuahkan hasil yang mengharumkan nama sekolah.

Impak Positif:

  1. Meningkatkan kreativiti dan kemahiran murid dalam bidang penerbitan media digital.

  2. Menyemai semangat patriotik dan kebanggaan terhadap sekolah serta negara.

Harapan:

Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada SK Trusan untuk terus aktif dalam bidang seni digital dan penerbitan video pada masa hadapan. Semoga lebih banyak bakat baharu dapat diketengahkan dan kecemerlangan terus dikekalkan!



Ditulis oleh:
Cikgu Christina
Guru TVPSS

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LAWAS 2025

 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LAWAS




    Pada 7 hingga 8 Mei 2025, Sekolah Kebangsaan Trusan telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga peringkat MSSD Lawas 2025 yang berlangsung di Stadium Lawas. Seramai 10 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki telah mewakili sekolah dalam pelbagai acara seperti larian, lontar peluru, lompat jauh dan acara berganti-ganti. Murid diiringi oleh PK KO( Cikgu Marlvin), 2 Jurulatih (Cikgu Joshua, Cikgu Christina), 2 guru pengiring dan penasihat (Cikgu Natasha dan Cikgu Nur Farahim).




     Sebagai seorang jurulatih, kami tidak meletak harapan yang tinggi pada atlet sekolah kerana kami tahu akan kemampuan mereka. Namun, apa yang tidak dijangka seorang murid kami bernama Shahrizwan telah mendapat Johan dalam acara Lontar Peluru. Itu merupakan satu kebanggaan untuk SK Trusan kerana penantian ini hampir 3 tahun tidak mendapat pingat. Sejarah tercipta dan kejayaan ini diraihkan bersama. Shahrizwan akan mewakili Kejohanan Olahraga MSSB Limbang.

    Sepanjang kejohanan, walaupun tidak mendapat tempat ke final semua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin serta komitmen yang membanggakan. Walaupun berdepan dengan saingan sengit daripada sekolah-sekolah lain, para atlet tetap memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama sekolah.

Impak Positif:

  1. Membentuk sahsiah murid melalui nilai kerjasama, semangat juang dan disiplin diri.

  2. Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

Harapan:
Diharapkan para atlet akan terus berusaha memperbaiki prestasi, menimba pengalaman dan meneruskan latihan bagi mencapai kecemerlangan dalam kejohanan yang akan datang.



Ditulis oleh:
Cikgu Christina
Jurulatih Olahraga


KEJOHANAN BOLA BALING MSSD LAWAS 2025 KATEGORI 12 TKB

 KEJOHANAN BOLA BALING MSSD LAWAS 


    Pada 8 April 2025, sekolah telah menghantar 10 murid perempuan kategori 12 TKB dan 10 murid lelaki 12 TKB untuk menyertai Kejohanan Bola Baling MSSD Lawas di Arena Lawas. Peserta telah diiringi oleh PK KO Cikgu Marlvin ak Nonging, 2 jurulatiha Bola Baling Cikgu Christina dan Cikgu Azwa serta seorang PPM Encik Abas sebagai penasihat team Bola Baling SK Trusan.



Tempat ke-3


Tempat ke-4


Lawas (Johan) vs Limbang (Naib Johan)

    Pasukan perempuan kategori 12 Tahun ke Bawah (12 TKB) telah berjaya menunjukkan persembahan cemerlang dengan meraih tempat ketiga, manakala pasukan lelaki pula terpaksa akur di tempat keempat setelah berjuang dengan penuh semangat dan daya juang tinggi. Seorang murid SK Trusan iaitu Nurul Izzah telah terpilih untuk mewakili daerah Lawas menentang daerah Limbang pada 15 April 2025.

    Walaupun tidak bergelar juara, kedua-dua pasukan tetap menunjukkan disiplin, kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Para guru jurulatih turut berasa bangga dengan usaha gigih dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain.

Impak Positif:

  1. Meningkatkan semangat berpasukan dan keyakinan diri dalam kalangan murid.

  2. Membentuk nilai disiplin, ketahanan fizikal serta mental melalui aktiviti sukan.

Harapan:
Diharapkan pasukan bola baling sekolah akan terus berusaha meningkatkan prestasi dan menimba lebih banyak pengalaman bagi menghadapi kejohanan akan datang. Semoga kejayaan yang lebih besar menanti di masa hadapan!



Ditulis oleh:
Cikgu Christina
Jurulatih Bola Baling

Pembentangan 2 Kajian Tindakan dan Inovasi SK Trusan & Perkongsian Amalan Terbaik Pembudayaan Kajian Tindakan

 LAPORAN PROGRAM


TAJUK: Pembentangan 2 Kajian Tindakan dan Inovasi SK Trusan & Perkongsian Amalan Terbaik Pembudayaan Kajian Tindakan

TARIKH: 28 Oktober 2025 (Selasa)
TEMPAT: Dewan Dato Pengiran Mohammad, SK Trusan


1. Pengenalan

Program Pembentangan 2 Kajian Tindakan dan Inovasi SK Trusan & Perkongsian Amalan Terbaik Pembudayaan Kajian Tindakan telah diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada guru-guru berkongsi hasil dapatan kajian tindakan serta memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik. Program ini juga menjadi platform untuk membudayakan amalan refleksi dan penambahbaikan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


2. Kehadiran

Seramai 38 orang peserta telah hadir ke program ini yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan dan guru-guru dari tiga buah sekolah, iaitu:

  1. Sekolah Kebangsaan Trusan

  2. Sekolah Kebangsaan Luagan

  3. Sekolah Kebangsaan Awat-Awat



3. Pengisian Program

Sebanyak tujuh (7) pembentangan Kajian Tindakan telah dijalankan sepanjang program ini. Antara pembentangan yang menarik perhatian ialah Kajian Tindakan Bahasa Arab dan Kajian Tindakan Prasekolah, yang merupakan subjek baharu terlibat dalam pelaksanaan kajian tindakan pada tahun ini.

Antara tajuk pembentangan yang menarik termasuklah:

  1. Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Murid Tahun 5 Melalui Permainan Quizizz dan Silang Kata

  2. Program Meningkatkan Penguasaan Asas Membaca Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 2 dan Tahun 3 di SK Trusan

  3. AI Generated Mock Examination Paper in Improving Students’ Achievement in English Subject


Sesi Soal Jawab semasa Pembentangan
Dari Kiri: GB Saptu (SK Awat-Awat), GB Kueh Pern Yaw (SK Luagan), GB Alifarizal (SK Trusan)


4. Perkongsian Amalan Terbaik

Selepas sesi pembentangan, satu Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) telah disampaikan oleh Cikgu Tan Kan Tsai. Beliau berkongsi pengalaman dan panduan pelaksanaan kajian tindakan dengan berkesan di sekolah. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada semua peserta untuk memulakan serta membudayakan pelaksanaan kajian tindakan di sekolah masing-masing, khususnya di daerah Lawas.


5. Penutup

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada semua peserta. Diharapkan usaha ini dapat terus memupuk semangat kolaborasi, inovasi dan pembudayaan kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik di daerah Lawas.

Dilaporkan oleh:
Natasha Lee Phay Wern
30 Oktober 2025

Junior Innovate Sarawak State Final 2025

SK Trusan proudly took part in the Junior Innovate Sarawak State Final on 25 & 26 September 2025. Guess what? We were the only rural school in the entire competition – standing tall among all the other teams!

Our young innovators, Ahmad Idham and Afi Khairi Danish, gave it their all. They worked super hard, polishing up their project before the big day. And when it came to presentation time… wow! They absolutely nailed it – hands down the best, most confident presentation I’ve ever seen.

Although we didn’t manage to grab a spot in the Top 3 (and miss the chance to go to Nationals in Penang), I couldn’t be prouder of these two. They showed heart, skill, and courage – and that’s a win in my book.

Reported by:
Tan Kan Tsai
Escorting Teacher &
PK Pentadbiran

Photo & Video Gallery

JUNIOR INNOVATE NORTHERN SARAWAK STATE MAKER FAIR

 


Three Junior Innovate (JI) teams from Lawas have advanced to the Junior Innovate Northern Sarawak State Maker Fair, which will be held at Pustaka Sarawak, Miri on 6th September 2025.

The Junior Innovate Competition is a STEM-based program designed to nurture creativity, problem-solving, and digital literacy among students through hands-on projects combining coding, electronics, and innovation.

The Maker Fair serves as a platform to showcase these innovative projects, bringing together young inventors, educators, and the community to celebrate creativity, teamwork, and technological skills.

Congratulations to our JI teams! 🎉 Spark Vision and EvoGirls proudly brought home Silver Awards, while Engineer NextGen 2 shined with a Gold Award and will be representing us at the Sarawak State Final in Kuching on 26th September 2025.

Thank you to the Accompanying Mentor, GB Colly Kong Suan Fung, Cg. Mathuri A/P Marimuthu and Cg. Tan Kan Tsai for the outstanding effort and results. Thank you to the participants who has worked hard for the past few months in learning and preparation of the competition- Ahmad Idham & Afi Khairi Danish (Engineer NextGen 2), Evelyn Tan & Evaliana (EvoGirls for CH Lawas and CH Trusan), and Izzah & Delisya (Spark Vision).


Photo Gallery


Reported by:
Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran & Jurulatih JI
SK Trusan

LAWAS INNNOVATOR AND MAKER FAIR

Report on Lawas Innovator and Maker Fair 2025

Event Date & Venue:
27 August 2025, Dewan Masyarakat Trusan, Lawas

Organisers:
Sekolah Kebangsaan Trusan (SK Trusan), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lawas, and Chumbaka


1. Introduction

The Lawas Innovator and Maker Fair 2025 marked its inaugural launch as a milestone event to promote innovation, creativity, and digital literacy among students in the Lawas district. This pioneering initiative introduced block coding as an accessible programming tool for both primary and secondary school students, fostering computational thinking, problem-solving, and design skills in an engaging competition format.


2. Participation

The competition attracted 20 teams in total:

  • Junior Innovate (Primary School Category): 11 teams

  • Young Innovators Challenge (Secondary School Category): 9 teams


3. Objectives

The event aimed to:

  1. Cultivate problem-solving, creativity, and digital skills among students.

  2. Promote awareness of UN Sustainable Development Goal 16 (Peace, Justice, and Strong Institutions) through thematic game development.

  3. Foster a culture of innovation and strengthen STEM education in the district.

  4. Provide rural students with access to national-level innovation platforms.

  5. Establish a foundation for sustainable STEM Club development in Lawas schools.


4. Competition Categories


  • Junior Innovate (Primary School)

    • Theme: Game for Change – Justice & Peace

    • Students designed interactive games to reflect values of peace, justice, and strong institutions.

    • Judged on creativity, communication, mechanics, and technical execution.


  • Young Innovators Challenge (Secondary School)

    • Theme: AI for Social Good

    • Students developed AI-powered solutions addressing real-world community issues.

    • Judged on technical skills, problem-solving, and aspiration.


5. Event Highlights

The day-long program began with an opening ceremony featuring speeches by the Principal of SK Trusan, PPD Lawas representatives, and the Guest of Honour. Students participated in project presentations, interactive STEM activities such as robotics, and Science on Wheels program.

The competition showcasing young innovators from both primary and secondary school students present their projects, showcasing their creativity and innovative minds. All participants received trophies and certificates in recognition of their efforts.


6. Conclusion

The Lawas Innovator and Maker Fair 2025 successfully concluded on 27 August 2025, leaving a lasting impact as the district’s first large-scale STEM and innovation event. With 20 teams participating, the competition not only showcased the creativity of young innovators but also set the stage for future STEM initiatives in Lawas.

This fair stands as a pivotal movement in bridging the digital gap, nurturing rural talent, and inspiring the next generation of innovators and makers.


Photo Gallery


Reported by:

Tan Kan Tsai

PK Pentadbiran &
Penyelaras Lawas Innovator and Maker Fair

KARNIVAL STEM GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2025

Background

The Karnival STEM Generasi Madani at the State Level for Sarawak in 2025 aims to foster an engaging environment for students to explore Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM). This event promotes creativity, critical thinking, and practical application of knowledge.


Achievement of SK Trusan
We are proud to announce that Sekolah Kebangsaan Trusan won 1st place in the bridge building competition at the Lawas district level, earning the privilege to represent the Lawas district in the State Level Bridge Building Competition for Primary Schools in Sarawak 2025.

 1st place in the bridge building competition at the district level


Program Objectives (Goals & Outcomes)

  1. Enhance understanding of basic engineering concepts.
  2. Encourage critical thinking and problem-solving skills.
  3. Develop teamwork capabilities.
  4. Instill interest in STEM fields.
  5. Expose students to competitions based on innovation and real-world applications.

Event Details

  • Date: 16 & 19 June 2025 (Monday to Thursday)
  • Venue: Dewan Alumni SJK Chung Hua No. 3


Participants Details :

Our team consists of one teacher, MATHURI A/P MARIMUTHU, who has been guiding and training the students, along with three enthusiastic students:

1) NURUL IZZAH BINTI DAHALAN

2) NUR ARISSA HAZIQAH BINTI ABDULLAH EFFENDY 

3) DAYANG NOR AFASYA ALEYANA BINTI ABDULLAH 

from Sekolah Kebangsaan Trusan.


Program Schedule

Day 1: Registration of participants and briefing on the competition




Day 2: Bridge building competition takes place.


Day 3: Testing of bridge durability and efficiency.




Won 3rd place in the bridge building competition at the Sarawak state level



Day 4: Closing ceremony of the Karnival STEM Generasi Madani Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025.


* We are thrilled to announce that SK Trusan secured 3rd place in the State Level Bridge                  Building Competition, competing against 30 schools from across Sarawak. 

*This achievement highlights our students' hard work and dedication in the realm of STEM. 


Acknowledgments

We would like to extend our heartfelt gratitude to Yayasan Sarawak for their generous funding support. 

Additionally, we express our sincere THANKS to all the teachers who contributed their time and expertise, helping us succeed in both the district and state-level bridge building competitions. 

Your support has been invaluable in paving the way for our students' achievements


Written by :
Miss Mathuri Marimuthu
7 July 2025

PROGRAM MOTIVASI LALUAN KERJAYA 2025

Dua hari yang penuh semangat dan inspirasi! SK Trusan baru saja selesai menjalankan Program Motivasi Laluan Kerjaya yang berlangsung pada 7 dan 8 April 2025. Program ini diadakan khas untuk melahirkan murid yang berkualiti dan berwawasan. Bukan setakat mendapat ilmu, tetapi murid-murid juga dapat dorongan, motivasi dan semangat baru untuk mengejar cita-cita!

Program ini melibatkan 92 orang murid dan 14 orang guru dari SK Trusan, serta beberapa murid dari sekolah-sekolah sekitar Zon Trusan. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah diatur seperti ceramah kerjaya, pameran interaktif, ceramah kesihatan dan pertandingan.


🗓️ Hari Pertama - 7 April 2025

Program motivasi laluan kerjaya yang berlangsung di Dewan Masyarakat Trusan bermula pada jam 7.30 pagi dengan ketibaan guru dan murid. Aktiviti ice-breaking dijalankan untuk membangkitkan semangat murid. Program diteruskan dengan ceramah motivasi kerjaya oleh En. Awgku Hishamudin bin Awgku Abdol Kadir dan Pn. Elaine Rikan Kading, yang berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai pentingnya merancang masa depan dan kerjaya.

Selepas rehat, aktiviti interaktif oleh Pustaka Sarawak menarik perhatian murid, termasuk pameran STEM dan aktiviti literasi. Program hari pertama diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kuiz dan karangan pendek.

DETIK-DETIK BANJIR MELANDA SK TRUSAN LAGI???

 Detik-Detik Banjir Melanda SK Trusan, Lawas Pada 8 Mac 2025

Pada 8 Mac 2025, satu peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh warga SK Trusan, Lawas berlaku apabila kawasan sekolah tersebut dilanda banjir yang cukup besar. Kejadian ini memberi impak besar bukan sahaja kepada para pelajar dan guru, tetapi juga kepada komuniti setempat. Banjir yang berlaku ini menyaksikan detik-detik penuh ketegangan dan juga semangat persatuan yang tinggi dalam menghadapinya.

Kejadian Banjir Bermula

Pada pagi 8 Mac 2025, hujan lebat turun tanpa henti sejak malam sebelumnya, menyebabkan paras air di kawasan sekitar SK Trusan mulai naik. Walaupun pihak sekolah telah bersiap sedia dengan maklumat mengenai ramalan cuaca, keadaan yang semakin teruk itu tidak dapat dielakkan. Pada kira-kira pukul 10 pagi, air mula memasuki kawasan sekolah dan semakin meninggi, menenggelamkan jalan masuk utama ke sekolah serta beberapa kawasan. 

         
         
                                                         Air semakin naik setelah jam 2 pm

Pada keesokkan harinya iaitu 9 Mac 2025, Cikgu Christina, Cikgu Farah dan seorang pembersih sekolah (dipanggil Babu Yati) ke sekolah. Mereka ke sekolah untuk melihat keadaan sekolah dan pada masa waktu pagi masih lagi air belum surut sepenuhnya. Namun, mereka sempat menanyakan kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada masa itu. Kata pengawal keselamatan mengatakan " Aing semalam yang di belakang atu limpas leher sudah cikgu". Masa itu Cikgu Christina pun sempat lagi menjawab " Kalau dah limpas leher tu, kami yang rendah-rendah ni memang tidak nampak kepala sudah tu😂". Cikgu Christina dan Cikgu Farah yang menyaksikan kejadian banjir yang berlaku di depan mata pada hari kejadian. Mereka merupakan guru yang tinggal di kuartes guru terpaksa keluar dari sekolah untuk menyelamatkan diri takut hanyut (gurauan semata-mata 😂hahahaha). Pada 9 Mac 2025, air sudah surut dan sememangnya banyak harta benda yang rosak dan sekolah mengambil keputusan untuk mengadakan gotong-royong pada hari Isnin dan Selasa.

Pada 10 Mac 2025, guru-guru dan AKP turun ke sekolah untuk membersihkan kelas masing-masing. Aktiviti membersih merupakan aktiviti yang agar sukar dilakukan dengan keadaan kelas yang banyak lumpur dan berbau. Namun, murid tahap 2 membantu guru dan AKP membersihkan kawasan kelas, dewan, pejabat asrama dan bilik asrama.
 
 
Aktiviti gotong-royong selepas banjir

Detik-detik banjir yang melanda SK Trusan, Lawas pada 8 Mac 2025 pastinya menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan. Walaupun dalam kesulitan, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan warga sekolah menunjukkan bahawa cabaran besar dapat dihadapi bersama. 


Sumber dilaporkan oleh:

Christina Koo
Guru Biasa
SK Trusan






KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSB LIMBANG KATEGORI 12 TKB BAGI TAHUN 2025

 Kejohanan Merentas Desa MSSB Limbang Tahun 2025 Kategori 12 TBK

Sekolah Kebangsaan Trusan, Lawas telah menghantar 10 wakil untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSB Limbang Kategori 12 TBK. Murid juga rajin turun ke padang untuk membuat latihan setiap pagi dan petang untuk menambah stamina sebelum menjelang hari kejohanan. Jurulatih murid ialah Cikgu Christina dan Cikgu Joshua. 

Gambar murid yang menyertai merentas desa dan diiringi 2 guru(Jurulatih)

Pada 28 Februari 2025, Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Limbang (MSSB Limbang) telah berlangsung dengan penuh semangat diadakan bagi kategori 12 Tahun Bawah (12 TBK). Acara ini telah menarik perhatian ramai, terutamanya dengan penyertaan aktif daripada para murid yang bersemangat tinggi untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam acara merentas desa. Kejohanan Merentas Desa MSSB Limbang berlangsung di SK Sundar, Lawas.

Detik-detik Kejayaan Cemerlang: Johan Kejohanan

Di sebalik persaingan sengit yang berlangsung, seorang murid dari SK Trusan, Lawas telah berjaya menonjolkan prestasi yang luar biasa. Murid tersebut ialah Nur Arissa telah meraih gelaran Johan dalam Kejohanan Merentas Desa MSSB Limbang Kategori 12 TBK. Kejayaan ini pastinya amat membanggakan bukan sahaja diri murid tersebut, tetapi juga sekolah.

Detik kemenangan

Cikgu Christina sempat lagi mengatakan dengan ibunya "Kenapa Arissa belum muncul-muncul lagi Kak, aduh risau lah". Perasaan nervous yang terus menghantui cikgunya dan ibunya sehinggakan ibunya menelefon bapanya untuk membubut (mengejar) belakang anaknya (Nur Arissa). Tidak lama kemudian, kata cikgunya melihat kelibat peserta yang menggunakan baju SK Trusan dan alangkah gembiranya dan terus menjerit memberikan kata semangat "Cepat Arissa No 1!" dan Nur Arissa tanpa berkata apa-apa terus mengangguk dan terus memecut untuk mendapatkan catatan masa yang lebih baik iaitu 19.28 minit.

Dengan kejayaan ini, Nur Arissa yang berjaya mendapat Johan akan mewakili MSS Sarawak di peringkat yang lebih tinggi, iaitu di Kejohanan Merentas Desa MSS Sarawak yang akan diadakan di Kapit pada 12 April 2025. Ini merupakan satu pencapaian yang amat berprestasi dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.

Penyampaian medal kepada pemenang

Harapan dan Sokongan

Kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Ianya hasil daripada latihan dan persiapan yang tidak kenal penat lelah. Sokongan daripada guru-guru, keluarga, dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan dorongan moral turut memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan tersebut. Mereka yang terlibat dalam penyediaan acara ini turut memberi pujian kepada semua peserta atas semangat yang ditunjukkan sepanjang perlumbaan.

Dengan mewakili MSS Sarawak di Kapit, murid yang berjaya meraih Johan ini diharapkan dapat membawa pulang kejayaan yang lebih gemilang dan mengukir nama di peringkat yang lebih tinggi. Pihak penganjur juga memberi penghargaan kepada semua peserta dan berharap mereka akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi diri dalam sukan merentas desa di masa hadapan.

Teruskan berusaha, teruskan berlatih, dan semoga kejayaan akan menyusul!


Sumber dilaporkan oleh: 

Christina Koo

Guru Biasa

Sk Trusan, Lawas

Update! Buku baharu dalam e-library!

 



"Wow! Kini terdapat 9 buku cerita Bahasa Melayu dan 7 buku cerita Bahasa Inggeris yang telah dimuat-naik ke e-library SK Trusan! 🎉

Lebih istimewa lagi, cerita-cerita ini adalah hasil kreativiti dan bakat luar biasa murid-murid SK Trusan sendiri. Jom beri sokongan dan hayati karya asli mereka di e-library sekarang! 📚✨

 #SKTrusan #BakatMuda #CeritaAsli #BanggaSekolah" 

Minikolokium Kajian Tindakan dan Inovasi Zon Trusan 2024


9 Januari 2025, Mini Kolokium Zon Trusan telah dianjurkan bersama oleh SK Trusan dan SJKC Chung Hua Trusan. Seramai 21 kajian tindakan dalam kalangan guru-guru Zon Trusan telah diterima oleh pihak pengelola, dan sebanyak 9 kajian tindakan yang terbaik telah dipilih untuk dibentangkan dalam Mini Kolokium ini.

Matlamat Mini Kolokium ini adalah untuk menyediakan platform dan peluang kepada guru-guru Zon Trusan untuk membentangkan kajian tindakan mereka, dan seteruskan menerima penghargaan dan pengiktirafan ke atas semua usaha dan penat lelah mereka melaksanakan kajian tindakan di sekolah masing-masing. Selain itu, kesemua 21 kajian tindakan itu akan diterbitkan dalam Jurnal Penyelikan Tindakan dan Inovasi sebagai usaha menghargai dan menggalakkan pembudayaan kajian tindakn di Zon Trusan ini.





Mini Kolokium Zon Trusan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Pgn Abdul Kadir bin Pgn Budin, Tuan PPD Lawas yang dihormati dan dikasihi.

"Terima kasih, tuan PPD kerana sanggup meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Mini Kolokium kami."

- Pengelola Mini Kolokium

Barisan panel hakim yang menghakimi pembentangan kajian tindakan pada tahun ini adalah, Cg.Dolphina Balang (PKKK SMK Sundar, bekas SISC+), Moktat bin Jaman (Guru Besar SK Long Sebangang) dan Muhammad Faizal bin Sahadan (Pen. PPD Sektor Pembelajaran).


Diharap Lebih ramai guru dapat menyertai Mini Kolokium ini pada tahun hadapan sebagai pembentang, dan berkongsi kajian tindakan yang telah dilaksanakan dalam amalan instruksional masing-masing.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
20 Januari 2025