KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LAWAS 2025

 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LAWAS




    Pada 7 hingga 8 Mei 2025, Sekolah Kebangsaan Trusan telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga peringkat MSSD Lawas 2025 yang berlangsung di Stadium Lawas. Seramai 10 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki telah mewakili sekolah dalam pelbagai acara seperti larian, lontar peluru, lompat jauh dan acara berganti-ganti. Murid diiringi oleh PK KO( Cikgu Marlvin), 2 Jurulatih (Cikgu Joshua, Cikgu Christina), 2 guru pengiring dan penasihat (Cikgu Natasha dan Cikgu Nur Farahim).




     Sebagai seorang jurulatih, kami tidak meletak harapan yang tinggi pada atlet sekolah kerana kami tahu akan kemampuan mereka. Namun, apa yang tidak dijangka seorang murid kami bernama Shahrizwan telah mendapat Johan dalam acara Lontar Peluru. Itu merupakan satu kebanggaan untuk SK Trusan kerana penantian ini hampir 3 tahun tidak mendapat pingat. Sejarah tercipta dan kejayaan ini diraihkan bersama. Shahrizwan akan mewakili Kejohanan Olahraga MSSB Limbang.

    Sepanjang kejohanan, walaupun tidak mendapat tempat ke final semua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin serta komitmen yang membanggakan. Walaupun berdepan dengan saingan sengit daripada sekolah-sekolah lain, para atlet tetap memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama sekolah.

Impak Positif:

  1. Membentuk sahsiah murid melalui nilai kerjasama, semangat juang dan disiplin diri.

  2. Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

Harapan:
Diharapkan para atlet akan terus berusaha memperbaiki prestasi, menimba pengalaman dan meneruskan latihan bagi mencapai kecemerlangan dalam kejohanan yang akan datang.



Ditulis oleh:
Cikgu Christina
Jurulatih Olahraga