YCF-YDD Digital Animation Program

The YCF–YDD Digital Animation Program was established with the goal of narrowing the digital literacy gap between rural and urban school communities. SK Trusan is truly privileged to have been selected as one of the participating schools for this initiative. A total of 48 students from Year 4, 5, and 6 had the opportunity to engage in meaningful and creative learning throughout the program.

Through the sessions, the students were introduced to a variety of digital animation platforms such as Piskel, 2D Pencil, Pivot Animator, and Tinkercad. As they explored these applications, they gradually developed the confidence to navigate digital tools independently. The hands-on nature of the program encouraged them to experiment, take initiative, and cultivate essential problem-solving skills.

On 26 November 2025, the students celebrated the successful completion of their Digital Animation Journey. During the final showcase, they proudly presented one of their favourite projects. A total of 13 teams took the stage to share their creations. Their presentations not only highlighted their developing animation skills but also demonstrated their collaboration, communication, and interpersonal abilities—all of which are crucial skills for their future academic and professional paths.

We extend our heartfelt appreciation to Yu Chai Foundation – Yayasan Daya Diri (YCF–YDD) for their generous funding and to Chumbaka for their continuous guidance and support. We are excited and optimistic as we look forward to next year’s learning adventure, which will focus on coding.


Other Pictures...

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TRUSAN TAHUN 2025

  

TARIKH  :21 NOVEMBER 2025

TEMPAT : KAWASAN KAMPUNG TRUSAN

PENYERTAAN : SEMUA MURID SK TRUSAN



OBJEKTIF :

1. Membentuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama dalam kalangan                        murid dengan sokongan dan penglibatan aktif guru-guru, AKP serta pekerja swasta.

2. Memupuk budaya penyertaan dan gaya hidup sihat di sekolah melalui penganjuran         kejohanan yang teratur, tersusun dan melibatkan seluruh warga SK Trusan.

3. Mencungkil dan mengenal pasti bakat murid dalam acara merentas desa bagi tujuan     pembangunan atlet sekolah pada masa hadapan.


                       

AKTIVITI BERMULA DENGAN SENAMROBIK.

Rumusan Pelaksanaan :

* Program Merentas Desa sekolah telah dilaksanakan melibatkan dua kategori umur 5-8 dan 9–12 tahun. 

* Persiapan melibatkan penyusunan laluan selamat dan pemeriksaan kelengkapan peralatan. 

*Aktiviti senamrobik dianjurkan sebelum bermulanya merentas desa. 

* Larian satu kilometer bagi murid kategori umur: 5-8 dan lebih kurang 4 kilometer bagi kategori                     umur 9 -12, disertai pemantauan jurulatih serta guru pengiring. 

* Penilaian merangkumi masa, kedudukan, semangat kesukanan, dan maklum balas murid. 

* Program meningkatkan kecergasan, kerjasama, dan disiplin diri, sambil memupuk budaya kesihatan                komuniti sekolah.



GAMBAR - GAMBAR MERENTAS DESA :








VIDEO MERENTAS DESA :



Aktiviti merentas desa tamat pada jam 11:30 pagi .


Dilaporkan oleh:

Mathuri a/p Marimuthu
SK Trusan
27 November 2025






Mini Kolokium Zon Trusan Kali Ke-4 Anjuran Bersama SJKC Chung Hua Trusan dan SK Trusan



Penganjuran Mini Kolokium Zon Trusan Kali Ke-4 telah berjaya diadakan pada 25 November 2025 oleh SJKC Chung Hua Trusan selaku tuan rumah dengan kerjasama SK Trusan sebagai rakan penganjur bersama. Tahun ini menandakan empat tahun berturut-turut kerjasama padu antara kedua-dua buah sekolah dalam menganjurkan mini kolokium tersebut.

Sebanyak 22 penyertaan telah diterima daripada 6 buah sekolah di Zon Trusan. Bilangan penyertaan ini mencerminkan budaya penyelidikan yang semakin kukuh dan berterusan diamalkan dalam kalangan guru-guru Zon Trusan. Melalui pembudayaan kajian tindakan, para guru berpeluang menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) masing-masing melalui proses yang tersusun dan sistematik. Pelbagai isu instruksional juga telah berjaya ditangani secara ilmiah dan profesional melalui pelaksanaan penyelidikan tindakan oleh para guru.


Seramai 12 orang pembentang daripada 6 buah sekolah telah terpilih untuk membuat pembentangan dalam mini kolokium ini. Pembentangan berlangsung dalam dua sesi selari yang dijalankan serentak mulai jam 2.00 petang, melibatkan pelbagai bidang mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Prasekolah.


Majlis Penutupan Mini Kolokium telah disempurnakan oleh Tuan Pengiran Abdul Kadir bin Pengiran Budin, Pegawai PPD Daerah Lawas.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pembentang, Tuan PPD, semua guru-guru Zon Trusan, serta seluruh jawatankuasa penganjur dari SK Trusan dan SJKC Chung Hua Trusan atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang telah memastikan penganjuran Mini Kolokium Zon Trusan Kali Ke-4 ini berjalan dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada wakil pembentang dari SK Trusan iaitu:
1. Dayangku Rohani binti Matyasin & Christina Koo (Pra Sekolah)
2. Nur Arifah Ilyana binti Mohd Anuar (Matematik)
3. Amanina Aqilah binti Matzalis, Syarkinah binti Wahap & Azza Maghfirah binti Awang Iderus (BA & PI)

Jika, Cikgu Dayangku Rohani (guru veteren yang hampir pencen) dapat melaksanakan Kajian Tindakan dan membentang dengan jayanya. Saya yakin semua guru dapat melaksanakan Kajian Tindakan.



Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran SK Trusan
26 November 2025

Gambar-gambar lain...

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH LAWAS 2025

 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK (HARI KEMERDEKAAN)

    Sekolah Kebangsaan Trusan telah melakar sejarah manis apabila buat pertama kalinya menyertai Pertandingan Video Pendek sempena Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Daerah Lawas 2025 yang dianjurkan oleh SK Kampung Seberang. Penyertaan video telah dihantar secara dalam talian melalui YouTube pada 7 September 2025.

    Tanpa meletakkan sebarang harapan besar, SK Trusan berjaya dinobatkan sebagai JOHAN pertandingan tersebut. Kejayaan ini amat membanggakan seluruh warga sekolah kerana ia merupakan penyertaan sulung yang membawa hasil luar jangka.



    Video tersebut menampilkan lakonan mantap daripada empat orang murid sebagai pelakon cilik, manakala penyuntingan video dilakukan oleh Cikgu Christina, selaku Guru TVPSS SK Trusan. Usaha dan kerjasama erat antara guru dan murid telah membuahkan hasil yang mengharumkan nama sekolah.

Impak Positif:

  1. Meningkatkan kreativiti dan kemahiran murid dalam bidang penerbitan media digital.

  2. Menyemai semangat patriotik dan kebanggaan terhadap sekolah serta negara.

Harapan:

Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada SK Trusan untuk terus aktif dalam bidang seni digital dan penerbitan video pada masa hadapan. Semoga lebih banyak bakat baharu dapat diketengahkan dan kecemerlangan terus dikekalkan!



Ditulis oleh:
Cikgu Christina
Guru TVPSS

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LAWAS 2025

 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LAWAS




    Pada 7 hingga 8 Mei 2025, Sekolah Kebangsaan Trusan telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga peringkat MSSD Lawas 2025 yang berlangsung di Stadium Lawas. Seramai 10 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki telah mewakili sekolah dalam pelbagai acara seperti larian, lontar peluru, lompat jauh dan acara berganti-ganti. Murid diiringi oleh PK KO( Cikgu Marlvin), 2 Jurulatih (Cikgu Joshua, Cikgu Christina), 2 guru pengiring dan penasihat (Cikgu Natasha dan Cikgu Nur Farahim).




     Sebagai seorang jurulatih, kami tidak meletak harapan yang tinggi pada atlet sekolah kerana kami tahu akan kemampuan mereka. Namun, apa yang tidak dijangka seorang murid kami bernama Shahrizwan telah mendapat Johan dalam acara Lontar Peluru. Itu merupakan satu kebanggaan untuk SK Trusan kerana penantian ini hampir 3 tahun tidak mendapat pingat. Sejarah tercipta dan kejayaan ini diraihkan bersama. Shahrizwan akan mewakili Kejohanan Olahraga MSSB Limbang.

    Sepanjang kejohanan, walaupun tidak mendapat tempat ke final semua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin serta komitmen yang membanggakan. Walaupun berdepan dengan saingan sengit daripada sekolah-sekolah lain, para atlet tetap memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama sekolah.

Impak Positif:

  1. Membentuk sahsiah murid melalui nilai kerjasama, semangat juang dan disiplin diri.

  2. Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

Harapan:
Diharapkan para atlet akan terus berusaha memperbaiki prestasi, menimba pengalaman dan meneruskan latihan bagi mencapai kecemerlangan dalam kejohanan yang akan datang.



Ditulis oleh:
Cikgu Christina
Jurulatih Olahraga


KEJOHANAN BOLA BALING MSSD LAWAS 2025 KATEGORI 12 TKB

 KEJOHANAN BOLA BALING MSSD LAWAS 


    Pada 8 April 2025, sekolah telah menghantar 10 murid perempuan kategori 12 TKB dan 10 murid lelaki 12 TKB untuk menyertai Kejohanan Bola Baling MSSD Lawas di Arena Lawas. Peserta telah diiringi oleh PK KO Cikgu Marlvin ak Nonging, 2 jurulatiha Bola Baling Cikgu Christina dan Cikgu Azwa serta seorang PPM Encik Abas sebagai penasihat team Bola Baling SK Trusan.



Tempat ke-3


Tempat ke-4


Lawas (Johan) vs Limbang (Naib Johan)

    Pasukan perempuan kategori 12 Tahun ke Bawah (12 TKB) telah berjaya menunjukkan persembahan cemerlang dengan meraih tempat ketiga, manakala pasukan lelaki pula terpaksa akur di tempat keempat setelah berjuang dengan penuh semangat dan daya juang tinggi. Seorang murid SK Trusan iaitu Nurul Izzah telah terpilih untuk mewakili daerah Lawas menentang daerah Limbang pada 15 April 2025.

    Walaupun tidak bergelar juara, kedua-dua pasukan tetap menunjukkan disiplin, kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Para guru jurulatih turut berasa bangga dengan usaha gigih dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain.

Impak Positif:

  1. Meningkatkan semangat berpasukan dan keyakinan diri dalam kalangan murid.

  2. Membentuk nilai disiplin, ketahanan fizikal serta mental melalui aktiviti sukan.

Harapan:
Diharapkan pasukan bola baling sekolah akan terus berusaha meningkatkan prestasi dan menimba lebih banyak pengalaman bagi menghadapi kejohanan akan datang. Semoga kejayaan yang lebih besar menanti di masa hadapan!



Ditulis oleh:
Cikgu Christina
Jurulatih Bola Baling