Murid-murid terkejut, bilik darjah berubah wajah!

Alangkah terkejut dan seronoknya murid-murid apabila mereka menjejak kaki masuk ke dalam bilik darjah masing-masing kerana bilik darjah mereka telah mendapat wajah baharu pada hari ini.

Bilik darjah yang sebelum ini suram dan kurang ceria hari ini menyambut mereka dengan keceriaan yang baru. Diharap murid-murid dapat belajar dengan lebih seronok dalam bilik darjah mereka.

Terima kasih kepada ibu bapa, guru dan staf yang bersama-sama menjayakan gotong-royong Madani yang lepas.

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan

24 Jun 2024