Usaha Ibubapa Membantu Naik-taraf Bilik PSS!

 


Hasil usaha ibu bapa dalam Gotong Royong Madani yang diadakan pada 23 Jun 2024, Hari Ahad yang lepas, telah berjaya menaik-taraf Bilik Pusat Sumber Sekolah menjadikannya satu tarikan kepada murid-murid SK Trusan.

Ramai murid telah melawat Bilik PSS hari ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada pembelajaran mereka seperti meminjam buku, mencari maklumat menggunakan laptop dan membaca buku. Ini menunjukkan impak daripada gotong-royong madani itu.

Terima Kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang terlibat.



Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
24 Jun 2024


Gambar-gambar lain