Perbincangan Meja Bulat Program Duta Guru (PDG) Zon Sarawak


Tan Kan Tsai, penolong kanan pentadbiran SK Trusan telah mewakili pihak sekolah menghadiri program di atas di waterfront Hotel, Kuching, Sarawak pada 2 September 2024 yang lalu. Program ini telah dihadiri oleh Pembimbing Duta guru, Duta Guru dan "stakeholder" yang berkaitan bagi membincangkan isu-isu pendidikan di Sarawak terutamanya dari segi peningkatan minat dan pencapaian STEM (science, technology, engineering and mathematics) pelajar-pelajar.

Melalui perkongsian dan perbincangan yang telah dilakukan, disimpulkan bahawa guru-guru perlu mencari peluang untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan pihak NGO/ stakeholder seperti YAYASAN PETRONAS, SDEC, TEGAS, CHUMBAKA, MEITD dan sebagainya. Ini kerana stakeholder seperti ini juga mempunyai matlamat yang selari dengan pihak sekolah.

Cg.Tan telah membentangkan hasil dan impak yang signifikan hasil daripada dana sebanyai RM20,000 yang disumbangkan oleh YAYASAN PETRONAS. Antaranya adalah pemasangan Smart TV Hisense di semua bilik darjah di sekolah, dan juga Projek Innovation for Nature (di mana murid-murid belajar membuat pelbagai inovasi bertemakan alam sekitar serta menerbitkan buku).

Melalui pelbagai perbincangan yang dilaksanakan, pihak sekolah berhasrat untuk mewujudkan komuniti STEM di Lawas. Antaranya langkah pertamanya adalah untuk menghasilkan jaringan dengan SMK Trusan supaya murid-murid yang telah dilatih dalam Junior Innovate dapat meneruskan minatnya dalam Young Innovator Challenge di sekolah menengah nanti. 


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
5 September 2024


Gambar-gambar lain