Lawatan Penanda Aras SK Chinta Mata, Tenom


SK Trusan, Lawas (Sarawak) & SK Chinta Mata, Tenom (Sabah)


2024, November 11- SK Chinta Mata, Tenom telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SK Trusan untuk melihat pembudayaan STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics).

SK Trusan sangat berterima kasih kepada SK Chinta Mata, Tenom (iaitu sekolah rakan kami) kerana telah memilih dan memberi penghargaan kepada kami dengan mengadakan lawatan ke sekolah kami. 

Sesi lawatan itu bermula dengan sarapan di Dewan Dato Pengiran Mohammad, SK Trusan. Dan seterusnya rombongan SK Chinta Mata itu disajikan dengan satu pembentangan ringkas tentang pembudayaan STEAM di SK Trusan yang disampaikan oleh Cg.Tan Kan Tsai, PK Pentadbiran, SK Trusan.


Berikut merupakan Slide Pembentangan Pembudayaan STEAM di SK Trusan: Sila Klik di sini...


Kemudian, rombongan SK Chinta Mata dibawa untuk melihat projek-projek Econovator atau projek reka cipta yang telah dihasilkan oleh murid-murid SK Trusan (Prasekolah - Darjah 6).


Akhir sekali, mereka dibawa ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk mendengar pembentangan projek oleh peserta-peserta Junior Innovate Sarawak State Maker Fair 2024 yang lepas.


Selepas itu, rombongan SK Chinta Mata dan staf SK Trusan berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad untuk sesi bertukar cenderamata dan menandatangani Memorandum of Understanding (MoU). Melalui lawatan ini, telah mengeratkan silaturahim dan jaringan antara kedua-dua sekolah ini.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
14 November 2024 

Gambar-gambar lain

ECONOVATOR: Pameran dan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Alam Sekitar

 


ECONOVATOR: Pameran dan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Alam Sekitar Peringkat Daerah Lawas merupakan satu program untuk mengalakkan pemikiran kritikal dan kreativiti murid-murid sekolah rendah dalam menghasilkan satu projek inovasi bertujuan untuk menyelesaikan satu isu alam sekitar seperti pencemaran dan sebagainya. Econovator ini telah diadakan pada 7 November 2024.


Sebanyak 8 sekolah daerah Lawas telah menyertai Econovator ini, dan sebanyak lebih daripada 80 murid SK Trusan telah mereka cipta projek alam sekitar mereka untuk dipertandingkan.

Selain daripada projek-projek inovasi, 6 kumpulan Junior Inovate Lawas- iaitu 3 kumpulan dari SK Trusan, dan 3 kumpulan dari SK Aru Baru telah mempamerkan dan membentangkan projek mereka kepada pada hadirin.

Pada hari pameran, SK Trusan juga telah menerima kunjungan daripada dua rombongan lawatan iaitu dari SJKC Chung Hua Trusan dan SK Long Tukon, seramai lebih 40 orang murid.

Terima Kasih kepada penyelaras Econovator, Cikgu Syarkinah Binti Wahap kerana telah merancang, melaksana dan menjayakan program ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Cikgu Arika Wira, Penolong Kanan Kokurikulum kerana telah memantau program ini. Di samping itu, terima kasih juga diucapkan kepada Natural Resources and Environmental Board (NREB) Sarawak atas sokongan yang diberikan kepada SK Trusan. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua warga SK Trusan dan PIBG SK Trusan yang telah bertungkus lumus menjayakan Econovator pada Tahun ini.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran & Guru Penasihak Kelab PALS
SK Trusan
8 November 2024

SARAWAK BOOKFAIR AND AUTHOR FESTIVAL- Sebagai Panel Penulis

 


Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pustaka Sarawak kerana memberikan penghargaan and pengiktirafan kepada SK Trusan dengan menjemput Cikgu Tan Kan Tsai dan Cikgu Christina Koo untuk berkongsi tentang penulisan dan pengkaryaan di SK Trusan dalam Sarawak Bookfair and Author Festival pada 24 - 27 Oktober 2024 di Bintang Megamall, Miri.

Bagi SK Trusan, ini merupakan satu peluang untuk lebih dikenali oleh masyarakat. Segala usaha dan kerja-kerja pengkaryaan yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak sekolah dapat disebarkan secara berkesan kepada masyarakat luar. Pada kesempatan ini juga, kami dapat membuat jalinan dengan pihak-pihak luar seperti penulis-penulis yang lain dan juga pihak Pustaka Sarawak sendiri.

Kami juga telah bertemu dengan penulis kanak-kanak yang lain seperti Aidid Mikael dan Harith Aziz yang berusia 9 Tahun dan 12 Tahun. Ini menunjukkan potensi kanak-kanak dalam bidang penulisan dan pengkaryaan. Oleh yang demikian, pihak sekolah seharusnya memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka serta mengolah kreativiti dan idea mereka dalam menghasilkan karya mereka.


Diharap SK Trusan dapat terus berkarya dan menghasilkan karya-karya yang kreatif, menarik dan berkualiti pada masa-masa akan datang.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
8 November 2024