Lawatan Penanda Aras SK Chinta Mata, Tenom


SK Trusan, Lawas (Sarawak) & SK Chinta Mata, Tenom (Sabah)


2024, November 11- SK Chinta Mata, Tenom telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SK Trusan untuk melihat pembudayaan STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics).

SK Trusan sangat berterima kasih kepada SK Chinta Mata, Tenom (iaitu sekolah rakan kami) kerana telah memilih dan memberi penghargaan kepada kami dengan mengadakan lawatan ke sekolah kami. 

Sesi lawatan itu bermula dengan sarapan di Dewan Dato Pengiran Mohammad, SK Trusan. Dan seterusnya rombongan SK Chinta Mata itu disajikan dengan satu pembentangan ringkas tentang pembudayaan STEAM di SK Trusan yang disampaikan oleh Cg.Tan Kan Tsai, PK Pentadbiran, SK Trusan.


Berikut merupakan Slide Pembentangan Pembudayaan STEAM di SK Trusan: Sila Klik di sini...


Kemudian, rombongan SK Chinta Mata dibawa untuk melihat projek-projek Econovator atau projek reka cipta yang telah dihasilkan oleh murid-murid SK Trusan (Prasekolah - Darjah 6).


Akhir sekali, mereka dibawa ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk mendengar pembentangan projek oleh peserta-peserta Junior Innovate Sarawak State Maker Fair 2024 yang lepas.


Selepas itu, rombongan SK Chinta Mata dan staf SK Trusan berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad untuk sesi bertukar cenderamata dan menandatangani Memorandum of Understanding (MoU). Melalui lawatan ini, telah mengeratkan silaturahim dan jaringan antara kedua-dua sekolah ini.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
14 November 2024 

Gambar-gambar lain