SARAWAK BOOKFAIR AND AUTHOR FESTIVAL- Sebagai Panel Penulis

 


Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pustaka Sarawak kerana memberikan penghargaan and pengiktirafan kepada SK Trusan dengan menjemput Cikgu Tan Kan Tsai dan Cikgu Christina Koo untuk berkongsi tentang penulisan dan pengkaryaan di SK Trusan dalam Sarawak Bookfair and Author Festival pada 24 - 27 Oktober 2024 di Bintang Megamall, Miri.

Bagi SK Trusan, ini merupakan satu peluang untuk lebih dikenali oleh masyarakat. Segala usaha dan kerja-kerja pengkaryaan yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak sekolah dapat disebarkan secara berkesan kepada masyarakat luar. Pada kesempatan ini juga, kami dapat membuat jalinan dengan pihak-pihak luar seperti penulis-penulis yang lain dan juga pihak Pustaka Sarawak sendiri.

Kami juga telah bertemu dengan penulis kanak-kanak yang lain seperti Aidid Mikael dan Harith Aziz yang berusia 9 Tahun dan 12 Tahun. Ini menunjukkan potensi kanak-kanak dalam bidang penulisan dan pengkaryaan. Oleh yang demikian, pihak sekolah seharusnya memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka serta mengolah kreativiti dan idea mereka dalam menghasilkan karya mereka.


Diharap SK Trusan dapat terus berkarya dan menghasilkan karya-karya yang kreatif, menarik dan berkualiti pada masa-masa akan datang.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
8 November 2024