Kids' Author Programme

Champion of Kids' Author Programme



Theme: Adventure in the Mysterious Forest

The recently held Kids' Author Programme was a resounding success, capturing the imagination and creativity of young minds. The theme for this year's programme was "Adventure in the Mysterious Forest." This captivating theme encouraged students to let their imaginations run wild, resulting in an engaging collection of stories and illustrations.


Number of Participation:

- 9 Malay stories

- 7 English stories


A total of 16 students participated in the programme, showcasing their storytelling abilities in both Malay and English Language. Each student wrote their own story and drew accompanying pictures, reflecting their unique perspectives and artistic styles.


Programme Activities:

Students were responsible for writing their own stories and creating illustrations to bring their tales to life. Throughout the process, teachers provided guidance and support, helping students to refine and improve their writing. This collaborative effort not only enhanced the students' writing skills but also fostered a sense of accomplishment and pride in their creative work.

The Kids' Author Programme has once again demonstrated the power of storytelling and creativity in nurturing young minds. The students' enthusiasm and dedication were evident in the high-quality stories and artwork they produced, making this year's programme a memorable experience for all involved.


Reported by:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
2 December 2024

Klinik Motivasi dan Ceramah Teknik Menjawab Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik 2024


Klinik Motivasi dan Ceramah Teknik Menjawab Soalan merupakan satu program yang sering diadakan semasa zaman UPSR bagi menyediakan murid-murid untuk menduduki ujian dari pelbagai seperti motivasi, pengetahuan dan kemahiran, dan mental.

Namun, sejak pemansuhan UPSR pada tahun 2022, program ini telah dilupakan. Hasilnya murid-murid menduduki ujian tanpa sebarang persediaan yang rapi, bahkan minggu ulangkaji juga tidak terlaksana di kebanyakan sekolah. Fenomena ini seakan-akan pencapaian akademik tidak lagi dititik-beratkan.

Ujian Akhir Sesi Akademik merupakan satu ujian penilaian yang penting untuk mengukur pencapaian dan penguasaan murid ada suatu sesi persekolahan. Oleh yang demikian, ujian ini haruslah ditadbirkan dengan sebaiknya, dan ini termasuklah memastikan murid-murid dapat membuat persiapan yang cukup dan rapi sebelum menduduki ujian.



SK Trusan telah mengambil inisiatif untuk mengembalikan Klinik Motivasi dan Ceramah Teknik Menjawab Soalan pada 14 November 2024 yang lepas. Dan seterusnya disambung dengan minggu ulangkaji selama 3 minggu sebelum murid-murid menduduki ujian pada 9 - 11 Disember 2024.

4 orang penceramah telah dijemput untuk memberikan ceramah iaitu;

  1. Cikgu Baby Trucy Sedrek, SK Long Sebangang untuk Bahasa Inggeris;
  2. Cikgu Mardiana Binti Tali, SK Pusat Lawas untuk Matematik;
  3. Cikgu Johanna Binti Ahmad@ Jalil, SK Puru Sia untuk Bahasa Melayu; dan
  4. Cikgu Izzuddin, SK Punang untuk Sains;
Hasil daripada ceramah teknik menjawab soalan, murid-murid jelas bersemangat dan bermotivasi untuk belajar bagi menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik itu. Diharap pencapaian murid-murid SK Trusan meningkat pada tahun ini.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
2 Disember 2024













Lawatan Penanda Aras SK Chinta Mata, Tenom


SK Trusan, Lawas (Sarawak) & SK Chinta Mata, Tenom (Sabah)


2024, November 11- SK Chinta Mata, Tenom telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SK Trusan untuk melihat pembudayaan STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics).

SK Trusan sangat berterima kasih kepada SK Chinta Mata, Tenom (iaitu sekolah rakan kami) kerana telah memilih dan memberi penghargaan kepada kami dengan mengadakan lawatan ke sekolah kami. 

Sesi lawatan itu bermula dengan sarapan di Dewan Dato Pengiran Mohammad, SK Trusan. Dan seterusnya rombongan SK Chinta Mata itu disajikan dengan satu pembentangan ringkas tentang pembudayaan STEAM di SK Trusan yang disampaikan oleh Cg.Tan Kan Tsai, PK Pentadbiran, SK Trusan.


Berikut merupakan Slide Pembentangan Pembudayaan STEAM di SK Trusan: Sila Klik di sini...


Kemudian, rombongan SK Chinta Mata dibawa untuk melihat projek-projek Econovator atau projek reka cipta yang telah dihasilkan oleh murid-murid SK Trusan (Prasekolah - Darjah 6).


Akhir sekali, mereka dibawa ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk mendengar pembentangan projek oleh peserta-peserta Junior Innovate Sarawak State Maker Fair 2024 yang lepas.


Selepas itu, rombongan SK Chinta Mata dan staf SK Trusan berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad untuk sesi bertukar cenderamata dan menandatangani Memorandum of Understanding (MoU). Melalui lawatan ini, telah mengeratkan silaturahim dan jaringan antara kedua-dua sekolah ini.


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
14 November 2024 

Gambar-gambar lain

ECONOVATOR: Pameran dan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Alam Sekitar

 


ECONOVATOR: Pameran dan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Alam Sekitar Peringkat Daerah Lawas merupakan satu program untuk mengalakkan pemikiran kritikal dan kreativiti murid-murid sekolah rendah dalam menghasilkan satu projek inovasi bertujuan untuk menyelesaikan satu isu alam sekitar seperti pencemaran dan sebagainya. Econovator ini telah diadakan pada 7 November 2024.


Sebanyak 8 sekolah daerah Lawas telah menyertai Econovator ini, dan sebanyak lebih daripada 80 murid SK Trusan telah mereka cipta projek alam sekitar mereka untuk dipertandingkan.

Selain daripada projek-projek inovasi, 6 kumpulan Junior Inovate Lawas- iaitu 3 kumpulan dari SK Trusan, dan 3 kumpulan dari SK Aru Baru telah mempamerkan dan membentangkan projek mereka kepada pada hadirin.

Pada hari pameran, SK Trusan juga telah menerima kunjungan daripada dua rombongan lawatan iaitu dari SJKC Chung Hua Trusan dan SK Long Tukon, seramai lebih 40 orang murid.

Terima Kasih kepada penyelaras Econovator, Cikgu Syarkinah Binti Wahap kerana telah merancang, melaksana dan menjayakan program ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Cikgu Arika Wira, Penolong Kanan Kokurikulum kerana telah memantau program ini. Di samping itu, terima kasih juga diucapkan kepada Natural Resources and Environmental Board (NREB) Sarawak atas sokongan yang diberikan kepada SK Trusan. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua warga SK Trusan dan PIBG SK Trusan yang telah bertungkus lumus menjayakan Econovator pada Tahun ini.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran & Guru Penasihak Kelab PALS
SK Trusan
8 November 2024

SARAWAK BOOKFAIR AND AUTHOR FESTIVAL- Sebagai Panel Penulis

 


Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pustaka Sarawak kerana memberikan penghargaan and pengiktirafan kepada SK Trusan dengan menjemput Cikgu Tan Kan Tsai dan Cikgu Christina Koo untuk berkongsi tentang penulisan dan pengkaryaan di SK Trusan dalam Sarawak Bookfair and Author Festival pada 24 - 27 Oktober 2024 di Bintang Megamall, Miri.

Bagi SK Trusan, ini merupakan satu peluang untuk lebih dikenali oleh masyarakat. Segala usaha dan kerja-kerja pengkaryaan yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak sekolah dapat disebarkan secara berkesan kepada masyarakat luar. Pada kesempatan ini juga, kami dapat membuat jalinan dengan pihak-pihak luar seperti penulis-penulis yang lain dan juga pihak Pustaka Sarawak sendiri.

Kami juga telah bertemu dengan penulis kanak-kanak yang lain seperti Aidid Mikael dan Harith Aziz yang berusia 9 Tahun dan 12 Tahun. Ini menunjukkan potensi kanak-kanak dalam bidang penulisan dan pengkaryaan. Oleh yang demikian, pihak sekolah seharusnya memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka serta mengolah kreativiti dan idea mereka dalam menghasilkan karya mereka.


Diharap SK Trusan dapat terus berkarya dan menghasilkan karya-karya yang kreatif, menarik dan berkualiti pada masa-masa akan datang.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
PK Pentadbiran
SK Trusan
8 November 2024

YEAR 3 THEATRE ACTIVITY

YEAR 3 CAFE



Day & Date : Monday (2 September 2024)

Lesson         : Enlish (Topic 6, Food )

Theme         : Restaurant

Objective    : i) Provide real - world scenarios to help students to learn English

                      ii) Improve the students speaking proficiency in English

                     iii) To build the confidence level of students to act in front of others

        

SK Trusan Year 3 students had theatre activity based on theme restaurant. this activity takes place in classroom but based on restaurant set-up, with the students palying wait-staf and customers. 






In this role play activity,  students will continue to build confidence in using their body language to create a role and their communication proficiency in English.

The lesson includes the instructions, discussion questions and few sample scenarios of restaurant for groups.

This role play activity encourage the students to have interest in subject and the importance of English language.





Reported by:
Miss Mathuri Marimuthu
9 September 2024



Junior innovate Sarawak Maker Fair 2024


"Pergi dengan harapan, pulang dengan pengajaran"

That is the quotation that can be expressed by our JI team after the Junior Innovate Sarawak Maker Fair 2024 competition which took place on 7 and 8 September 2024 at Pustaka Miri today. SK Trusan had sent 3 teams consisting of 3 teachers and 6 students to compete in this competition.

All three teams from SK Trusan had done their best in terms of project construction and pitching preparation this year. However, all teams failed to bring back any medal this year. We were very disappointed with the results of the competition this year, but have to accept our shortcomings and weaknesses in order to remain competitive in this field. We need to improve and overcome our weaknesses next year to continue to compete with other schools in the state and national level.

2024 Projects

From a post-mortem conducted by the teachers, there are some conclusions that we made:

  1. The world of science and technology is developing very fast, so we need to keep up with the latest developments in STEM, especially in Artificial Intelligent (AI) applications.
  2. The project produced must be informative in order to provide information to the player, and not necessarily fun (although we don't really agree because games must be about the element of fun).
  3. latest information can determine the success of a team in a competition. Among our weaknesses this year is that we did not send teachers to attend the Train-the-Trainer session last April where we have missed various important information related to the changes, as well as the judging criterias (that is what the judges are looking for) on this year.

We promise to improve all our weaknesses in the coming year to be able to compete again in this competition.

For students, "Don't take our failure this year as tumbling stone, but take it as stepping stone as failure creates success. We learn and grow through series of failures" - Tan Kan Tsai


Reported by:

Tan Kan Tsai
Guru Penasihat Junior Innovate &
Penolong Kanan Pentadbiran 
SK Trusan
8 September 2024


Other Pictures

Perbincangan Meja Bulat Program Duta Guru (PDG) Zon Sarawak


Tan Kan Tsai, penolong kanan pentadbiran SK Trusan telah mewakili pihak sekolah menghadiri program di atas di waterfront Hotel, Kuching, Sarawak pada 2 September 2024 yang lalu. Program ini telah dihadiri oleh Pembimbing Duta guru, Duta Guru dan "stakeholder" yang berkaitan bagi membincangkan isu-isu pendidikan di Sarawak terutamanya dari segi peningkatan minat dan pencapaian STEM (science, technology, engineering and mathematics) pelajar-pelajar.

Melalui perkongsian dan perbincangan yang telah dilakukan, disimpulkan bahawa guru-guru perlu mencari peluang untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan pihak NGO/ stakeholder seperti YAYASAN PETRONAS, SDEC, TEGAS, CHUMBAKA, MEITD dan sebagainya. Ini kerana stakeholder seperti ini juga mempunyai matlamat yang selari dengan pihak sekolah.

Cg.Tan telah membentangkan hasil dan impak yang signifikan hasil daripada dana sebanyai RM20,000 yang disumbangkan oleh YAYASAN PETRONAS. Antaranya adalah pemasangan Smart TV Hisense di semua bilik darjah di sekolah, dan juga Projek Innovation for Nature (di mana murid-murid belajar membuat pelbagai inovasi bertemakan alam sekitar serta menerbitkan buku).

Melalui pelbagai perbincangan yang dilaksanakan, pihak sekolah berhasrat untuk mewujudkan komuniti STEM di Lawas. Antaranya langkah pertamanya adalah untuk menghasilkan jaringan dengan SMK Trusan supaya murid-murid yang telah dilatih dalam Junior Innovate dapat meneruskan minatnya dalam Young Innovator Challenge di sekolah menengah nanti. 


Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
5 September 2024


Gambar-gambar lain