😍Hadiah Basikal untuk Kehadiran 100%

 

Pemenang basikal: Dari kiri, SITI NURAZRAKURNIA BINTI ABDULLAH, EUNISSA CHRISTIARA, NURDINA NAYLIAUFA BINTI MADINI 

Tahniah diucapkan kepada 3 orang murid yang telah berjaya menghadirkan diri 100% dalam sesi persekolahan Tahun 2020.

Bagi yang belum dapat, jangan pula berputus asa. Rajin-rajinlah hadir ke sekolah kerana pihak sekolah akan cuba menyediakan hadiah basikal untuk murid yang hadir 100% pada tahun ini. Setiap orang murid yang hadir 100% akan mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah.

Jika bertuah maka, anda mungkin membawa pulang sebuah basikal!

Penyampaian sijil dan Hadiah Pertandingan Junior Innovate 2020

Tahniah! The V-Twins (Valerie Semuil dan Vivian Semuil) atas kejayaan dalam Pertandingan Junior Innovate 2020.

Silver Award!

Click di sini untuk:


Pemakluman Penghasilan E-kad, Kad Ucapan, Klip Video Ucapan Terima Kasih Cikgu Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-50 Tahun 2021

Garis Panduan Penghasilan E-kad dan Kad Ucapan

  1. Penyertaan boleh dihantar sama ada berbentuk: (1) kad ucpan yang dilukis sendiri atau (2) E-kad.
  2. Setiap penyertaan perlu mempunyai slogan dan tanda pagar #TerimaKasih Cikgu
  3. Setiap penyertaan perlu dihantar sebelum atau pada 5 Mac 2021. (Ambil gambar dan hantar kepada Cikgu Tan untuk tindakan seterusnya).


Garis Panduan Penghasilan Klip Video Pendek

  1. Format video ialah mp4 atau avi
  2. Tempoh masa video: tidak melebihi 1 minit
  3. Setiap penyertaan perlu mempunyai slogan dan tanda pagar #TerimaKasih Cikgu
  4. Setiap penyertaan perlu dihantar sebelum atau pada 5 Mac 2021. (Ambil gambar dan hantar kepada Cikgu Tan untuk tindakan seterusnya).