Stesen Kompos SK Trusan!!!

 



Pada hari ini (29 Julai 2022), Stesen kompos telah diwujudkan oleh kelab PALS di belakang Dewan Dato Pengiran Mohamad SK Trusan

Tujuan stesen kompos ini adalah untuk membudayakan kompos di sekolah di samping melatih murid-murid untuk "reduce" sampah jenis sisa makanan.

Pihak sekolah dan kelab PALS telah memutuskan untuk memulakan pembudayaan kompos ini dengan menggunakan kaedah kompos lapisan. Kaedah ini diadaptasikan oleh pihak sekolah sebagai satu eksperimen sahaja dahulu.

Ini adalah disebabkan oleh penghasilah Bioorganisme (BM) yang diperlukan untuk menghasilkan kompos mengunakan kaedah NREB memerlukan tempoh masa 3 bulan. Oleh yang demikian, sementara menunggu BM itu tersedia dan boleh digunakan, kaedah kompos lapisan digunakan.

Pembudayaan kompos akan bermula pada 1 Ogos 2022 dengan kuantiti 1 tong dahulu. Tempoh masa eksperimen ini adalah selama 3 bulan.

Laporan oleh: Tan Kan Tsai




PROJEK PEMBUDAYAAN BAJA KOMPOS

Program Pembudayaan Baja Kompos


Baja kompos ialah baja organik yang dihasilkan daripada sisa tanaman, sisa makanan dan najis ternakan. Kesemua bahan ini akan akan disimpan di suatu tempat khas sehingga ia mereput. Baja kompos ini bersifat mesra alam kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun perosak. Oleh yang demikian proses ini dapat memelihara kesihatan dan memulihara alam sekitar.

Demi untuk membudayakan baja kompos di Sekolah Kebangsaan Trusan. Kelab Pals SK Trusan telah menjemput penceramah daripada pihak Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak untuk memberikan ceramah kepada pihak sekolah. Tujuan ceramah ini adalah untuk menyediakan warga sekolah dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan penghasilan baja kompos di sekolah.

TENTATIF PROGRAM

            Tarikh aktiviti : 27 Julai 2022

            7.20 pagi         : Warga sekolah berkumpul di Dewan

            7.30 pagi         : Ketibaan Pegawai NREB

            8.00 pagi         : Pengenalan Kelab Pals

            8.30 pagi         : Permainan Alam Sekitar

            9.00 pagi         : Envirohunt

            10.00 pagi       : Rehat

            10.30 pagi       : Ceramah Kompos

: Demonstrasi cara-cara membuat kompos

: Praktikal kompos

            11.30 pagi       : Majlis penutupan dan perlantikan pengawas PALS

                                    : Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku

: Ucapan penutupan Guru Besar

                                    : Penyampaian hadiah kepada peserta

                                    : Pengumuman PALS Rangers/ Pengawas PALS

                                    : Penyampaian cenderamata kepada pegawai NREB

            12.30 tghari     : Jamuan