The worst flood in SK Trusan History

 

Banjir yang bermula pada 19 Mei 2021 merupakan "The Worst Flood in SK Trusan History". Banjir ini mencapai kedalaman sehingga 2 meter di kawasan dewan SK Trusan dan 1.8 meter di dalam bilik darjah tingkat bawah.

Banjir ini telah menyebabkan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang amat banyak. Pelbagai tindakan terpaksa diambil oleh pihak sekolah susulan daripada bencana ini termasuklah kerja-kerja pembersihan dan pelupusan perabot-perabot dan aset-aset yang rosak.


Simpanan gambar-gambar banjir 2021

*Tujuan penyimpanan gambar-gambar ini adalah sebagai evidens untuk pelaporan kelak.

PDPR 3.0 SK Trusan

 Selamat pagi, Salam sejahtera. 

Makluman kepada ibu/bapa & penjaga.

1). Murid-murid akan mula bercuti perayaan pada Isnin 10/05/2021 sehingga  Ahad 16/05/2021.

2). Pdpr (pembelajaran dari rumah) bermula Isnin 17/05/2021 sehingga 28/05/2021. Selama 10 Hari.

3). Ibu/bapa/penjaga diminta mengambil latihan/kerja sekolah murid-murid pada Isnin 17/05/2021 pukul 8 sehingga 10 pagi.

4. Ibu/bapa/penjaga menghantar Dan mengambil semula latihan murid pada Isnin 24/05/2021 daripada pukul 8 sehingga 10 pagi.

5. Cuti pertengahan tahun bermula pada 29/05/2021 sehingga 13/06/2021.

6. Murid-murid akan kembali ke sekolah pada Isnin 14/06/2021.

Harap maklum. Terima kasih.

Jadual PDPR (17 - 28 Mei 2021)

 

Jadual PDPR Tahap 2

Jadual PDPR Tahap 1