Sambutan Hari Guru 2015


Backdrop Sambutan Hari Guru 2015- rekaan Alifarizal

Pada tahun ini, guru-guru telah menerima hadiah yang cukup besar dan bermakna daripada murid-murid SK Trusan apabila mereka berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru ini untuk guru-guru yang  mereka sayangi.

Saban tahun, Sambutan Hari Guru dianjurkan oleh guru-guru untuk guru-guru sendiri. Tetapi tahun ini mereka hanya perlu duduk dan menikmati sambutan yang dirancang, dilatih dan dilaksanakan oleh murid-murid sendiri.

Guru-guru berasa cukup gembira dan bangga terhadap murid-murid SK Trusan kerana kejayaan perlaksanaan Sambutan Hari Guru ini menunjukkan bahawa mereka telah matang dan mempunyai kemahiran kepimpinan, pengurusan dan kerjasama yang tinggi.


Bacaan lanjut...

Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Demontrasi Alat Pemadam Api

Majlis Perasmian Taklimat Keselamatan Kebakaran

Pada 26 Mei 2015, satu Taklimat Keselamatan Kebakaran telah diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Trusan bagi menerangkan kepada murid-murid tentang bahayanya api dan langkah-langkah keselamatan kebakaran.


Ketibaan Pegawai Bomba dan Penyelamat
Pada tepat pukul 8.30 pagi, satu rombongan bomba dan penyelamat seramai enam orang telah tiba di dataran Sekolah Kebangsaan Trusan. Rombongan yang tiba dengan sebuah kereta pacuan empat roda dan sebuah jentera Bomba dan Penyelamat, cukup menggemparkan murid-murid SK Trusan. Mereka cukup seronok melihat ketibaan rombongan ini yang terdiri daripada 6 orang pegawai.

Klik di sini untuk Bacaan lanjut...

Liga Bola Baling SK Trusan (LBBST)

Laporan Perlawanan 18 Mei 2015
Liga Bola Baling SK Trusan diteruskan semalam menyaksikan 4 perlawanan berlangsung. Rumah Biru terus menguatkan cengkaman di takhta liga menafikan lawan dengan bergaya menewaskan rumah kuning dengan 3 gol berbalas 1. Pemain handalan mereka Zul Zalani Wal Ikram begitu tangkas memperdayakan lawan membuat serangan demi serangan merobek kubu lawan. Hantaran yang jitu dan balingan yang padu seakan membunuh penjaga gawang lawan hingga terpaksa berputih mata. Walaupun begitu, rumah kuning tetap dapat menerbusi benteng akhir rumah biru dan menyumbat satu gol sebagai menjaga maruah agar tidak pulang dengan karung kosong. Di wesel terakhir rumah biru berjaya membawa pulang 3 mata berharga bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam carta liga.

Sementara itu, rumah merah lelaki sudah mula mengatur gerak dan bangkit memberi persaingan di gelanggang. Kepulangan Mohd Hafiz Joll ternyata membawa rahmat selepas berehat dua perlawanan atas sebab tidak diketahui. Beliau yang jelas seperti mengamuk di atas gelanggang bertubi-tubi menguji gawang lawan. Mujurlah penjaga gawang rumah hijau mampu menidakkan serangan tersebut dan melepaskan 2 gol sahaja. Mohd Najib tidak mahu tenggelam dan muncul secara tiba-tiba menjadi penjaring menjadikan jaringan di minit 3 jaringan. Walaupun begitu, Hafiz Irfan sempat mengambil kesempatan atas kelekaan penjaga gawang rumah merah apabila berjaya menyumbat 1 gol melalui balingan jauh yang tidak sempat ditampan kemas AK Hakim yang akhirnya merubah jumlah balingan kepada 3 berbalas 1.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru 2015



"Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
Tema hari guru, "Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" cukup padan dengan tugas pendidik dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Insan yang seimbang dan holistik perlulah bukan sahaja mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tetapi juga perlu mempunyai akhlak yang tinggi serta moral yang baik agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada 18 Mei 2015, satu majlis perasmian Hari Guru telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Trusan, serentak dengan Sambutan Hari Guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Majlis perasmian ini telah dilaksanakan secara kecil-kecilan sahaja. Berikut merupakan aturcara Majlis Perasmian Hari Guru Tahun 2015.

Kursus Penyebaran DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6



Hasil Kerja Peserta Kursus Menggunakan Perisian Script

Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 telah dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lawas pada 13 dan 14 Mei 2015 bermula Jam 0800 hingga 1700. Kursus ini telah disampaikan oleh dua orang Jurulatih Utama Kebangsaan dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Pn. Christina dan Pn. Berta.

Secara ringkasnya, terdapat 6 slot dalam kursus ini seperti berikut.

Hari Pertama
0800 - 1000
Taklimat Umum KSSR
1030 - 1230
Taklimat DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1400 - 1500
Taklimat Pengaturcaraan dan Aplikasi Script
Amali/ projek Aplikasi Script
Hari Kedua
0800 - 1000
Amali/ projek Aplikasi Script
Pembentangan Script
1030 - 1230
Taklimat Rancangan Pengajaran Harian TMK
Amali/ menulis RPH
1400 - 1700
Pembentangan RPH
Taklimat Penilaian dan Pentaksiran

Di dalam kursus ini, kami telah mempelajari pengaturcaraan (programing) mudah yang mana akan diajarkan kepada murid-murid Tahun 6 pada tahun hadapan. Berikut merupakan salah satu projek pengaturcaraan yang dihasilkan oleh peserta kursus menggunakan perisian Scratch.

Klik di sini untuk maklumat lanjut...

Dilaporkan: Tan Kan Tsai