Liga Bola Baling SK Trusan (LBBST)

Laporan Perlawanan 18 Mei 2015
Liga Bola Baling SK Trusan diteruskan semalam menyaksikan 4 perlawanan berlangsung. Rumah Biru terus menguatkan cengkaman di takhta liga menafikan lawan dengan bergaya menewaskan rumah kuning dengan 3 gol berbalas 1. Pemain handalan mereka Zul Zalani Wal Ikram begitu tangkas memperdayakan lawan membuat serangan demi serangan merobek kubu lawan. Hantaran yang jitu dan balingan yang padu seakan membunuh penjaga gawang lawan hingga terpaksa berputih mata. Walaupun begitu, rumah kuning tetap dapat menerbusi benteng akhir rumah biru dan menyumbat satu gol sebagai menjaga maruah agar tidak pulang dengan karung kosong. Di wesel terakhir rumah biru berjaya membawa pulang 3 mata berharga bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam carta liga.

Sementara itu, rumah merah lelaki sudah mula mengatur gerak dan bangkit memberi persaingan di gelanggang. Kepulangan Mohd Hafiz Joll ternyata membawa rahmat selepas berehat dua perlawanan atas sebab tidak diketahui. Beliau yang jelas seperti mengamuk di atas gelanggang bertubi-tubi menguji gawang lawan. Mujurlah penjaga gawang rumah hijau mampu menidakkan serangan tersebut dan melepaskan 2 gol sahaja. Mohd Najib tidak mahu tenggelam dan muncul secara tiba-tiba menjadi penjaring menjadikan jaringan di minit 3 jaringan. Walaupun begitu, Hafiz Irfan sempat mengambil kesempatan atas kelekaan penjaga gawang rumah merah apabila berjaya menyumbat 1 gol melalui balingan jauh yang tidak sempat ditampan kemas AK Hakim yang akhirnya merubah jumlah balingan kepada 3 berbalas 1.