Kundasang 2D1N SK Trusan

Tarikh: 22 - 23 September 2017
Tujuan: Lawatan sambil belajar

Hari Pertama

Rombongan SK Trusan bertolak ke Kundasang seawal 6.30pagi. Kami melalui beberapa tempat seperti Tenom, Keningau dan Tembunan. Kami sempat singgah di Poring Hot Spring di Ranau selama hampir 2 jam sebelum naik ke Kundasang. Murid-murid telah mengambil peluang ini untuk berenang dan bermandi-manda.

Pada pukul 6petang, kami telah sampai di Umies Homestay. Makan malam yang amat sederhana tetapi sedap telah kami sediakan (panggang).

Hari Kedua

Kami telah melawat Desa Dairy Farm dan Memorial Park sebelum turun ke Imago, Kota Kinabalu dan akhir sekali balik ke Lawas.




Gotong Royong Mengecat Mural_26/7/17




Motivasi Tahun 6


Tarikh: 26 Julai 2017
Tempat: Pusat Sumber SK Trusan
Penceramah: Cikgu Rikan, Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Lawas.
Tujuan: Memberi suntikan semangat yang terakhir kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR.




Ramah Tamah Aidilfitri SK Trusan


Pada 5hb Julai 2017, pihak SK Trusan telah mengadakan Ramah Tamah Aidilfitri. Setiap kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah membawa makanan masing-masing untuk dikongsikan dengan swluruh warga SK Trusan.

Hari Pelaporan dan Penetapan Target Tahun 6


21 April 2017- Hari Pelaporan dan Penetapan Target Tahun 6 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya. Dalam program hari ini, murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bersama-sama dengan ibu bapa mereka telah berjumpa dengan guru kelas masing-masing bagi membincangkan tentang prestasi dan pencapaian mereka.

Murid-murid Tahun 6 pula telah berkumpul di dewan bersama-sama dengan ibu bapa mereka untuk mendengar laporan prestasi Gerak Gempur 1, menetapkan target, menandatangani MOU dan berjumpa dengan guru-guru subjek bagi membincangkan tentang pencapaian anak-anak mereka.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai

Motivasi dan Klinik UPSR Bahasa Inggeris Tahun 6 2017

Rumusan Motivasi dan Klinik UPSR Tahun 6 2017

20 April 2017 - Motivasi dan Klinik UPSR Bahasa Inggeris Tahun 6 telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah dikendalikan oleh Madam Florida Engillia Sim, seorang penceramah yang sangat berpengalaman dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Inggeris.


Pada pukul 7.30pagi, beliau telah tiba di SK Trusan dan telah bersedia untuk memberikan ceramah beliau. Pada tepat pukul 8pagi, beliau memulakan Ceramah Motivasinya dengan satu aktiviti "Refleksi Diri".

MTQSS KPM PERINGKAT SK TRUSAN 2017


13 April 2017, telah berlansung Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Sekolah Kebangsaan Trusan. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Trusan ini bertujuan untuk menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran dalam kalangan murid - murid. Selain itu ianya bertujuan untuk mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Program MTQ tahun ini mempertandingkan 4 acara iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Bercerita Kisah Nabi, dan Nasyid. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dimana semua acara dipertandingkan di dua venue. Pertandingan Hafazan Al-Quran dijalankan di Bilik Kelas Tahun 1. Manakala pertandingan Tilawah Al- Quran dan Bercerita kisah Nabi dijalankan di Dewan Dato' Pengiran Mohammad. 

Klinik UPSR Matematik 2017


Tarikh: 11 April 2017
Masa: 0730 - 1240
Penceramah: Kenny Voo

Dalam klinik UPSR Matematik 2017, murid-murid Tahun 6 SK Trusan seramai 17 orang telah disajikan dengan pelbagai informasi dan teknik menjawab soalan-soalan UPSR.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai

Ceramah Keselamatan Kebakaran Bangunan


Pada 10 April 2017, satu ceramah Keselamatan Kebakaran Bangunan telah dijalankan oleh unit Kokurikulum SK Trusan di bawah bimbingan Cg. Nancy Opi dengan kerjasama Pegawai Bomba Lawas.

Pada pukul 8.50pagi, murid-murid telah berkumpul di dalam Dewan Dato Pengiran Mohammad. Ceramah Keselamatan kebakaran telah diberikan oleh PB Azmal Bin Laman.

Karnival Bahasa Peringkat Daerah Lawas 2017

 Tiada laporan lagi... gambar sahaja...

Pertandingan Bola Baling MSSRD Lawas


Pertandingan Bola Baling MSSRD Lawas telah diadakan pada 3 April 2017 di dua venue yang berlainan.

Bola Baling (perempuan) - SJKC Chung Hua Lawas
SK Puru Sia vs Sk Trusan (7 - 1) , Sk Siang-Siang vs - SK Trusan (1 - 1) , SK Long Tuma vs SK Trusan (3 - 1), SK Long Tukon vs SK Trusan (4 - 1), SK Long Sebangan vs SK Trusan (8 - 0).

Dilaporkan: Cg. Emlly Uding Gau


Bola Baling (Lelaki) - Gelanggang Serbaguna LDC
Ada 11 buah sekolah yg menyertai pertandingan ini. Sk Trusan di undi dalam kumpulan B iaitu:

  1. SK Ulu Merapok
  2. SK Long sebangang
  3. SK long tukon
  4. SK Pusat
  5. SK Trusan

Perlawanan pertama tewas 3-4 lawan SK Long Sebangang. Perlawanan kedua tewas 0-8 lawan SK Ulu Merapok. Perlawanan ketiga tewas lawan SK Pusat 3-5. Perlawanan keempat menang 2-0 lawan long tukon.

Keputusan akhir

  1. Juara SK Ulu Merapok
  2. Naib Juara SK Long Sebangang
  3. Ketiga SK Ladang Baru
  4. Keempat SK batu Lima


Dilaporkan Oleh: En.Razali

Pertandingan Bola Sepak MSSRD LAWAS


5 dan 6 April 2017, Sekolah Kebangsaan Trusan telah menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Bola Sepak MSSRD Daerah Lawas. Seramai 20 buah sekolah telah menghantar pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tahunan ini. Perlawanan telah dilangsungkan dengan jayanya di padang bola sepak sekolah kebangsaan trusan seawal jam 7.30 pagi 5 April 2017 dan berakhir pada jam 2.30 petang 5 April 2017. 

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia

Pada 7 April 2017, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Peringkat Sekolah Kebangsaan Trusan 2017 telah dijalnkan. KM1M merupakan satu aktiviti tahunana Kementerian Pendidikan Malaysia. KM1M ini bertujuan mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Ucapan Perasmian GB SK Trusan
Pada tepat pukul 8 pagi, semua murid dan guru-guru serta staf SK Trusan telah berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad SK Trusan.

Kem ini telah dirasmikan oleh Cg. Suliman Bin Yahya, Guru Besar SK Trusan. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan harapannya supaya amalan membaca ini dapat diamalkan murid-murid SK Trusan.

Kem Membaca ini diteruskan dengan aktiviti-aktiviti seperti persembahan bercerita Bahasa Melayu (oleh Ainna Farhana, Tahun 6), persembahan deklamasi sajak (oleh Jason Utom Tahun 6 dan Nur Syafiqah Thn 5), persembahan bercerita Bahasa Inggeris (oleh Sophea Dallyn, Tahun 5), persembahan nyanyian (oleh Fara Nadia, Tahun 6 dan Aidil, Tahun 5) dan aktiviti jom membaca.

Dialog Prestasi 1 2017


Dialog prestasi diadakan pada 5 April 2017 pada pukul 2 petang. Tujuan dialog prestasi ini diadakan ialah untuk membentangkan keputusan Gerak Gempur 1 serta membincangkan kelemahan serta tindak susul yang akan diadakan bagi meningkatkan lagi pencapaian murid-murid.

Guru besar telah membentangkan keputusan Gerak Gempur 1. Beliau juga membentangkan sasaran serta ETR 2017 bagi setiap mata pelajaran.

Kemudian, dialog ini diteruskan dengan pembentangan analisis item guru-guru mata pelajaran serta tindak susul mereka.

Dialog prestasi  ini telah tamat pada pukul 4 petang.

Dilaporkan Oleh: Tan Kan Tsai

Mesyuarat Agung PIBG 2017


Pada pukul 1.00p.m, para ibu bapa dan penjaga telah hadir ke Dewan Dato Pengiran Mohammad SK Trusan. Pada pukul 1.30p.m, Mesyuarat dimulakan dengan mendengar Ucapan daripada Guru Besar, SK Trusan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua atas aktiviti-aktiviti yg diadakan pada tahun 2016. Antaranya majlis persaraan Yusop Bin Sitam, mantan Guru Besar SK Trusan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang menyumbangkan buku kerja kepada murid-murid Tahun 6 (2016). Begitu juga sumbangan sempena majlis penyampaian hadiah dan juga sumbangan LCD Projektor pada tahun lepas.

Kejohanan dan Latihan Balapan dan Padang MSSRD Lawas 2017


Kejohanan Balapan dan Padang MSSRD Lawas 2017 telah dijalankan pada 22 - 24 Februari 2017. Sekolah Kebangsaan Trusan telah menghantar seramai 23 orang atlet untuk bertanding di dalam kejohanan ini.

Sepanjang kejohanan ini, Sekolah Kebangsaan Trusan telah berjaya mendapat 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa dengan jumlah kutipan mata sebanyak 28 mata, meletakkan SK Trusan pada kedudukan ke 14. 

Emas diperolehi Larry Libat Nelson dalam acara 80M Lari Berpagar dengan mencipta rekod baharu iaitu 13.50saat. Pingat Perak juga diraih Larry LIbat Nelson dalam acara Lompat Tinggi dengan lompatan setinggi 1.28m. Pingat Gangsa pula diraih oleh Nursyafiqah Binti Abdul Kassim.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah berlatih bersungguh-sungguh selama 1 bulan lebih serta telah menunjukkan semangat kesukanan yang cukup tinggi dan juga telah berjaya memungut mata untuk  Sekolah Kebangsaan Trusan. Terima kasih juga kepada jurulatih-jurulatih yang terlibat Tan Kan Tsai, Damit Mandi, Drahman Kahar, Suraya Binti Serudin, Yunizar Binti Mohamad dan Razali Bin Usin serta semua guru-guru yang turut memberi sokongan.

Latihan Balapan dan Padang akan dimulakan seawal 28 Mac 2017 dan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun untuk menyediakan murid-murid bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun hadapan.

Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai

PROGRAM JOM KE SEKOLAH


Pada 06 Februari 2017, Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah telah diadakan. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di SK Trusan dalam program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan Tahun 2017 ini diharap akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah murid yang lebih positif.

Objektif program ini adalah bagi mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS, membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan menggalakkan penggunaan Peti Aduan Murid.